wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAINS BENDA HIDUP

Total questions: 10

Worksheet time: 2mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud mikroorganisma?

a)

Hidupan yang hidup dalam udara.

b)

Hidupan yang melakukan proses hidup

c)

Hidupan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar

d)

Hidupan yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit

2.

Sepotong kek dibiarkan selama satu minggu. Kulat telah tumbuh pada kek itu. Apakah keadaan yang menyebabkan kulat bertumbuh pada kek itu?

a)

Panas dan kering

b)

Dingin dan kering

c)

Panas dan lembap

d)

Dingin dan lembap

3.

Seorang pembuat roti mendapati adunan rotinya tidak mengembang. Apakah yang harus dia lakukan untuk membuatkan adunan itu kembang?

a)

Bakar adunan itu dengan lebih lama

b)

Tambah sedikit air kepada adunan itu

c)

Tingkatkan suhu ketuhar

d)

Campur serbuk yis kepada adunan itu

4.

Selepas 10 minit adunan roti yang dibakar dalam ketuhar mengembang. Apakah kesimpulan yang dapat dibuat?

a)

Karbon dioksida masuk ke dalam adunan itu

b)

Yis mengeluarkan karbon dioksida

c)

Yis menyerap karbon dioksida

d)

Yis membiak dengan cepat

5.

Rajah menunjukkan seekor ikan dalam balang berisi air.

Apakah keperluan asas yang diperlukan oleh ikan itu untuk terus hidup?

a)

Hidrogen

b)

Oksigen

c)

Karbon dioksida

d)

Nitrogen

6.

Tapai , Tempe , Roti putih

Maklumat di atas menunjukkan beberapa jenis makanan di Malaysia.

Antara mikroorganisma berikut, yang manakah digunakan untuk membuat makanan itu?

a)

Virus

b)

Bakteria

c)

Kulat

d)

Protozoa

7.

Rajah menunjukkan sejenis tumbuhan.


Antara yang berikut, yang manakah berfungsi untuk mendapatkan air?

a)

Akar

b)

Daun

c)

Batang

d)

Pucuk

8.

Sebuah bikar bertudung yang mengandungi rama-rama diletakkan di dalam sebuah almari. Selepas dua jam rama-rama itu didapati mati. Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan rama-rama itu mati?

a)

Tidak cukup udara

b)

Tidak cukup air

c)

Tidak cukup makanan

d)

Tidak cukup cahaya

9.

Rajah menunjukkan dua jenis hidupan.

Apakah tabiat makan haiwan-haiwan itu?

a)

Serangga

b)

Omnivor

c)

Herbivor

d)

Karnivor

10.

Apakah maksud penyakit berjangkit?

a)

A. Penyakit yang disebabkan oleh virus

b)

B. Penyakit yang tidak dapat dirawat

c)

C. Penyakit yang dapat dijangkitkan kepada orang lain

d)

D. Penyakit yang dibawa oleh haiwan