wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Bab 7 Merancang Pengendalian Perniagaan

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Elemen manakah yang perlu dimuatkan dalam rancangan perniagaan?

a)

Latar belakang projek

b)

Lokasi tapak projek

c)

Kedudukan tapak projek

d)

Objektif tapak projek

2.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kepentingan rancangan perniagaan kepada usahawan?

I Sebagai alat kawalan

II Sebagai alat penanda aras

III Sebagai alat pengukur

IV Sebagai alat komunikasi

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

3.

Apakah maksud rancangan perniagaan?

a)

Satu dokumen yang menerangkan visi, misi dan objektif perniagaan

b)

Satu dokumen yang menerangkan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum memulakan perniagaan

c)

Satu dokumen yang menerangkan perniagaan yang hendak dijalankan

d)

Satu dokumen yang menerangkan risiko kritikal yang akan dihadapi oleh perniagaan pada masa depan

4.

Siapakah yang memerlukan rancangan perniagaan selain usahawan?

a)

Tiada sesiapa

b)

Pembekal

c)

Graduan universiti

d)

Guru sekolah

5.

Apakah kepentingan rancangan perniagaan kepada Pekerja?

a)

bantu menjustifikasikan permohonan usahawan bagi pembiayaan perniagaan

b)

meyakinkan bahawa perniagaan tersebut mampu memenuhi keperluan kontrak kerja dengan baik dan berterusan

c)

memberikan pendedahan terhadap matlamat organisasi serta peranan yang dimainkan oleh mereka

d)

meyakinkan terhadap kemantapan perancangan perniagaan untuk memperoleh bekalan bahan mentah atau barang niaga secara kredit

6.

Antara berikut yang mana perlu ada dalam ringkasan eksekutif?

a)

Bentuk perniagaan

b)

Peta lokasi perniagaan

c)

Rancangan operasi

d)

Rancangan pemasaran

7.

Antara berikut, yang mana definisi sasaran jualan yang betul?

a)

Anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

b)

Amaun jualan yang diterima selepas ditolak semua kos perniagaan

c)

Anggaran jualan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

d)

Amaun jualan yang berjaya diperoleh selepas tempoh masa tertentu

8.

Apakah yang dibincangkan dalam rancangan pentadbiran?

a)

Menerangkan secara terperinci tentang aktiviti perniagaan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan bagi mencapai objektif pemasaran organisasi

b)

Menjelaskan perancangan organisasi untuk memperoleh sumber pembiayaan dan penggunaan dana untuk jangka masa panjang dan pendek

c)

Menjelaskan rangkaian aktiviti pengeluaran yang akan dijalankan oleh sesebuah organisasi untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan

d)

Menerangkan semua maklumat yang berkaitan dengan sumber manusia dan kos pentadbiran yang berlaku di bahagian pentadbiran sesebuah organisasi

9.

Apakah yang dibincangkan dalam rancangan kewangan?

10.

Antara berikut, yang mana definisi sasaran pelanggan yang betul?

a)

Anggaran keuntungan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

b)

Kumpulan pelanggan yang bakal menggunakan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh organisasi

c)

Anggaran jualan yang akan diperoleh dalam tempoh masa tertentu

d)

Anggaran bilangan pelanggan yang mengambil tahu tentang produk atau perkhidmatan