wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ SEJARAH BAB 5 TG 5

Total questions: 40

Worksheet time: 38mins

Name
Class
Date
1.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi.

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

2.

Rajah tersebut menunjukkan perkembangan politik di Tanah Melayu sebelum merdeka.


Mengapakah perkembangan tersebut berlaku ?

a)

Keputusan pilihan raya tidak memberangsangkan

b)

Kecekapan sistem pentadbiran negara meningkat

c)

Pengaruh orang dagang semakin kuat

d)

Perpaduan antara kaum tidak mantap

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi Suruhanjaya Reid.


  • MERANGKA PERLEMBAGAAN NEGARA
  • X


Apakah X?

a)

Membendung kegiatan komunis

b)

Menetapkan sempadan antara negeri

c)

Menetapkan kuasa Yang di-Pertuan Agong

d)

Membentuk rupa bangsa di Tanah Melayu

4.

Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Mendapat peluang mentadbir kerajaan

b)

Mengekalkan pentadbiran tradisional

c)

Mendapat pengiktirafan kuasa besar

d)

Menjimatkan kewangan kerajaan

5.

Maklumat berikut merujuk kepada rundingan antara wakil Tanah Melayu dengan British .


Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya umum

b)

Pemberian kemerdekaan tanah air

c)

Pengekalan hak istimewa orang melayu

d)

Pelantikan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri

6.

Maklumat berikut adalah usaha untuk menyatukan kaum di Tanah Melayu.


 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum ( CLC )

 Pembukaan keahlian Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ) kepada orang bukan Melayu


Mengapakah usaha tersebut penting?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan

b)

Mempercepat kemerdekaan negara

c)

Menetapkan syarat kerakyatan

d)

Memantapkan Sistem Ahli

7.

Sistem Ahli diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Bagaimanakah sistem tersebut dapat memperkukuh perpaduan rakyat?

a)

Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas

b)

Undang-undang antiperkauman digubal

c)

Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum

d)

Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan

8.

Gambar tersebbut berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 .


Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut

a)

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

9.

Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953. Apakah hasil konvensyen tersebut?

a)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran

b)

Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya

c)

Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya

d)

Pembentukan Parti Perikatan

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan Suruhanjaya Reid.


Fungsi Suruhanjaya Reid → Merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan merdeka.


Apakah isu yang diberikan perhatian oleh suruhanjaya tersebut?

a)

Hal kerakyatan

b)

Penetapan sempadan

c)

Hal ehwal imigresen

d)

Peruntukan kewangan

11.

Gambar tersebut adalah tokoh yang telah berjasa kepada Malaysia.


Apakah jasa mereka?

a)

Menjadi Yang di-Pertua Dewan Negara

b)

Menentang Malayan Union

c)

Menamatkan zaman darurat

d)

Menyatupadukan rakyat

12.

Gambar tersebut adalah Dato' Onn bin Jaafar.

Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?

a)

Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum

b)

Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Membentuk Parti Perikatan

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum

kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


18 Januari - 8 Februari 1956 → Rundingan London


Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

14.

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memperkukuh perpaduan kaum

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Mendapatkan sokongan luar

d)

Berunding dengan komunis

15.

Gambar di atas adalah tokoh yang telah menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (Independence for Malaya Party) pada tahun 1950-an.

Mengapakah beliau menubuhkan parti tersebut?

a)

Memantapkan kedudukan UMNO

b)

Mendapatkan bantuan daripada British

c)

Mewujudkan kerjasama pelbagai kaum

d)

Melemahkan ancaman pengganas komunis

16.

Pada tahun 1956, Suruhanjaya Reid telah dibentuk.

Apakah peranan suruhanjaya tersebut?

a)

Merancang pembangunan ekonomi

b)

Melatih rakyat tempatan dalam pentadbiran

c)

Membentuk Jawatankuasa Perpaduan Kaum

d)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

17.

Pada bulan Februari 1952, UMNO Kuala Lumpur dan MCA telah menjalin kerjasama dalam bidang politik.


Apakah kesan kerjasama tersebut terhadap UMNO dan MCA?

a)

Ditentang hebat oleh Parti Kemerdekaan Malaya

b)

Mendapat bantuan kewangan daripada British

c)

Gagal mendapat sokongan semua kaum

d)

Menang dalam pilihan raya majlis perbandaran

18.

Pada tahun 1951, Dato. Onn bin Jaafar mencadangkan agar keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.

Mengapakah beliau bertindak sedemikian?

a)

Memantapkan pentadbiran kerajaan

b)

Mengiktiraf peranan kaum imigran

c)

Memperkuat organisasi parti

d)

Memperkukuh perpaduan

19.

Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?


I Melalui permohonan

II Kuat kuasa undang-undang

III Perkenan Raja-Raja Melayu

IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Mengapakah sistem berikut diperkenalkan oleh British di tanah Melayu?


1951 → Sistem Ahli diperkenalkan

a)

Merangka perlembagaan baru

b)

Membincangkan syarat kewarganegaraan

c)

Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri

d)

Melaksanakan pilihan raya umum

21.

Tokoh berikut telah dilantik memegang portfolio dalam Sistem Ahli pada tahun 1951.


 Dato Onn Bin Jaafar

 Dr Lee Tiang Keng

 Dato E.E.C Thuraisingam


Apakah persamaan tugas mereka dalam sistem tersebut?

a)

Menasihati raja dalam pentadbiran

b)

Mencadangkan undang-undang

c)

Merangka sistem pendidikan

d)

Memajukan kegiatan ekonomi

22.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957.


Apakah kesan perjanjian tersebut?

a)

Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan

b)

Pembentukan kerajaan bercorak republik

c)

Pesuruhjaya Negeri dikekalkan

d)

Pengaruh golongan kiri dihapuskan

23.

Sistem Ahli diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1951.

Sejauh manakah sistem tersebut menepati matlamat British untuk mematuhi proses dekolonisasi

a)

Kabinet bayangan bebas daripada kawalan kerajaan pusat

b)

Pemimpin tempatan merangka dasar kerajaan

c)

Pengiktirafan terhadap pemerintahan beraja

d)

Penduduk tempatan diberi peluang mentadbir

24.

British memperkenalkan Sistem Ahli di Tanah Melayu bertujuan


I. melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran.

II. menerapkan sistem pentadbiran Barat.

III. mengukuhkan lagi penguasaan politik.

IV mengurangkan tekanan Parti Komunis Malaya.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Majlis Raja-Raja Melayu merujuk kepada

a)

badan yang menguruskan persidangan raja-raja Melayu

b)

badan yang menguruskan hal ehwal raja-raja Melayu

c)

badan yang dianggotai oleh sembilan orang raja Melayu yang memerintah

d)

persidangan raja-raja Melayu

26.

Setiap ahli dalam Sistem Ahli menjaga satu

a)

jabatan

b)

kementerian

c)

bahagian

d)

portfolio

27.

Dari sudut kaum, Sistem Ahli menjadi asas perpaduan kerana

a)

ahlinya gabungan pemimpin daripada pelbagai kaum

b)

pandangan setiap kaum diambil kira dalam sesuatu keputusan

c)

idea penubuhannya hasil cadangan pelbagai kaum

d)

setiap kaum berhak memilih anggota Sistem Ahli

28.

Kaitan di antara Sistem Ahli dengan pentadbiran negara ialah


I. tapak asas melatih orang tempatan bekerajaan sendiri.

II. setiap ahli menjaga satu portfolio.

III. satu bentuk kerajaan yang mentadbir negara.

IV. keahliannya dipilih oleh rakyat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

Kewujudan Pakatan Murni adalah hasil daripada

a)

pemilihan yang melibatkan semua kaum

b)

tolak ansur politik melalui rundingan

c)

kesanggupaan kaum menerima kaum lain

d)

penglibatan setiap kaum dalam pentadbiran

30.

Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum


Jawatankuasa di atas adalah langkah awal ke arah Pakatan Murni kerana

a)

sering membincangkan kepentingan setiap kaum.

b)

penubuhannya adalah idea daripada pelbagai kaum

c)

bertanggung jawab menjaga kepentingan setiap kaum

d)

keanggotaannya terdiri daripada pelbagai kaum

31.

Perkaitan di antara kedua-dua di atas dilihat dari sudu

a)

kesanggupan UMNO berunding dengan kaum lain

b)

UMNO dibuka keahliannya kepada kaum lain

c)

jawatankuasa tersebut adalah idea UMNO

d)

UMNO adalah peneraju jawatankuasa tersebut

32.

Sebagai tukar ganti kepada kelonggaran Kerakyatan Negeri, ditubuhkan

a)

Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum

b)

Lembaga Pembangunan Industri Desa

c)

Majlis Amanah Rakyat

d)

Majlis Perundangan Persekutuan

33.

Lembaga Pembangunan Industri Desa yang ditubuhkan pada Oktober 1950 memberikan penumpuan kepada


I. pembangunan

II. sosial

III. ekonomi

IV. pendidikan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

KERAKYATAN NEGERI


Syarat utama kerakyataan di atas ialah

a)

bermastautin tetap di Tanah Melayu

b)

ibu bapanya rakyat Tanah Melayu

c)

dilahirkan di Tanah Melayu

d)

bermastautin lebih daripada 10 tahun di Tanah Melayu

35.

“…. hidup hanyalah di bawah tempurung sendiri dan

tidak menghiraukan tempurung lain di sebelahnya”

Dato’ Onn Ja’afar


Tindakan Dato’ Onn Ja’afar terhadap kata-kata beliau di atas ialah

a)

membubarkan UMNO

b)

menubuhkan parti mewakili kaum

c)

membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu

d)

mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil kaum

36.

Sifat pandaangan jauh Dato’ Onn Ja’afar berkaitan dengan isu kaum boleh dilihat kepada tindakan beliau

a)

menubuhkan parti yang berkonsepkan kerjasama kaum

b)

mengalakkan kerjasama antara kaum

c)

mencadangkan pertukaran budaya antara kaum

d)

mengwujudkan satu kawasan petempatan pelbagai kaum

37.

Kaum-kaum di Tanah Melayu sekitar 1950an

masih mengasingkan diri antara satu sama lain.


Kesan daripada keadaan di atas ialah


I. pengekalan parti mewakili kaum.

II. idea satu parti pelbagai kaum ditolak.

III. wujud parti politik bercorak setempat.

IV. Parti Kemerdekaan Malaya gagal.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

38.

Dato’ Onn Ja’afar bertindak menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya kerana


I. parti politik meruapakan pengerak utama ke arah kemerdekaan

II. kerakyatan negeri meletakkan orang Melayu bukan lagi rakyat tunggal Tanah Melayu.

III. cadangan membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu ditolak.

IV. perlunya kerjasama kaum dalam sesebuah parti politik untuk perpaduan.

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

39.

Parti Kemerdekaan Malaya yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn Ja’afar bercirikan


I. anggotanya terdiri daripada pelbagai kaum.

II. kepentingan kerjasama dalam satu parti.

III. penglibatan semua kaum ke arah kemerdekaan.

IV parti politik penting ke arah kemerdekaan negara.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.
  • Ditubuhkan oleh Malcom Mac Donald
  • Dipengerusikan oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang


Penubuhan pertubuhan yang berkaitan dengan maklumat di atas bertujuan

I. mewujudkan kerjasama politik di kalangan penduduk.

II. mencari resolusi berkaitan masalah perkauman.

III. mengenalpasti langkah mengatasi masalah perkauman.

IV. mengurangkan masalah perkauman di kalangan penduduk.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV