Worksheetsbm t1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Name
Class
Date
1.
Lelaki yang kaya-raya harus menjauhi perempuan-perempuan di luar sana yang bersikap ____________.
a)
ambil berat
b)
mulut murai
c)
pisau cukur
d)
lidah bercabang
2.
Serbuan pihak polis kebelakangan ini tidak berhasil kerana wujudnya ______________ dalam kalangan polis yang membocorkan maklumat.
a)
ikat perut
b)
kacang hantu
c)
tali barut
d)
mulut tempayan
3.
Orang ramai dinasihati supaya tidak mudah mempercayai __________ dan perlu merujuk sumber yang betul bagi memperoleh maklumat yang sahih.
a)
khabar baik
b)
surat khabar
c)
khabar angin
d)
khabar gembira
4.
Lee Meng terpaksa __________ selepas dibuang kerja 2 bulan yang lepas.
a)
hidung tinggi
b)
tangkai jering
c)
lompat pagar
d)
ikat perut
5.
Syarikat NPS Sdn Bhd memecat semua pekerjanya setelah syarikat itu menanggung hutang yang tinggi dan terpaksa _______________.
a)
durian runtuh
b)
atas angin
c)
gulung tikar
d)
tutup untung
6.
Lagu terbaru penyanyi muda, Daniel Halif sering diputarkan di corong radio dan kini telah menjadi ____________ orang ramai.
a)
halwa telinga
b)
pemanis mulut
c)
jinak merbok
d)
alunan bayu
7.
Azman telah menggunakan abangnya sebagai __________ untuk berjaya dalam kariernya meskipun telah diberi amaran oleh kakaknya.
a)
batu api
b)
batu loncatan
c)
batu perigi
d)
batu kejayaan
8.
Keluarga Encik Azmi bertambah gembira selepas kehadiran _______________ yang ketiga buat mereka.
a)
cahaya hati
b)
cahaya mata
c)
cahaya fajar
d)
cahaya anak
9.
Kita tidak boleh terus ____________ sahaja tanpa mempunyai bukti yang kukuh dan saksi yang melihat kejadian tersebut
a)
tembak rambang
b)
guna akal
c)
tarik tali
d)
serkap jarang
10.
Sejak kelahiran Adam dalam keluarga, Adib tidak lagi menjadi _____________ ibunya.
a)
anak emas
b)
anak angkat
c)
permata hati
d)
sinar cahaya
11.
Iqbal bersikap _______________ apabila Cikgu Sabri mengarahkannya duduk bersebelahan dengan Zaiton.
a)
malu-malu kucing
b)
atas angin
c)
malu duri-semalu
d)
ikan kembong
12.
Sikap ______________ dalam membuat kerja yang sering dipamerkan telah menyebabkan mereka semua telah dibuang kerja baru-baru ini.
a)
iri hati
b)
mulut murai
c)
berat tulang
d)
mandi kerbau
13.
Syikin seorang murid yang misteri. Dia seorang yang ______________ dan sering kelihatan bersendirian.
a)
mulut murai
b)
berat mulut
c)
malu-malu kucing
d)
makan angin
14.
Syikin seorang murid yang misteri. Dia seorang yang ______________ dan sering kelihatan bersendirian.
a)
mulut murai
b)
berat mulut
c)
malu-malu kucing
d)
makan angin
15.
Ramai orang tidak menghadirkan diri pada malam itu kerana menganggap pelawaan Richard hanya _________________.
a)
mentari hijau
b)
ajak-ajak ayam
c)
tipu putih
d)
serkap jarang
100 %
