NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SAINS MENENGAH RENDAH 2019
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara senarai kerjaya berikut, yang manakah berkaitan dengan bidang Sains?
Doktor, penari
Ahli meteorologi, guru sains
Jurutera, ahli botani
Pembantu makmal, kerani
Antara yang berikut, yang manakah BUKAN satu fenomena semulajadi?
Pencemaran udara
Letupan gunung berapi
Gempa bumi
Taufan
Badan manusia mempunyai bentuk yang tertentu. Sistem yang manakah bertanggungjawab untuk mengekalkan bentuk badan manusia?
Sistem otot
Sistem saraf
Sistem respirasi
Sistem rangka
Sel-sel serupa yang menjalankan fungsi yang sama membentuk
Tisu
Organ
Sistem
Organisma
Antara berikut, yang manakah boleh menyebabkan kesan rumah hijau?
Asap
Debu
Karbon dioksida
Nitrogen dioksida
Antara sumber tenaga berikut, yang manakah tidak boleh diperbaharui?
Biomass
Angin
Hidroelektrik
Gas asli
Antara vitamin berikut yang manakah terbentuk di dalam kulit dengan kehadiran cahaya matahari?
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin D
Vitamin K
Antara bahan berikut yang manakah boleh digunakan untuk mengubat sengatan lebah?
Ubat gigi
Alkali cair
Antasid
Cuka
Antara berikut peralatan manakah yang tidak mengaplikasikan prinsip tekanan udara dan fungsinya?
Kereta sorong
Sifon
Penyedut minuman
Picagari
Antara kumpulan darah berikut yang manakah penderma universal?
Kumpulan darah A
Kumpulan darah B
Kumpulan darah AB
Kumpulan darah O
Antara berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengukur masa yang paling tepat bagi aktiviti pada rajah tersebut?
Apakah yang dimaksudkan dengan penyahtijaan?
Proses penyingkiran bahan buangan
Bahan makanan yang diserap oleh badan
Proses penyingkiran tinja melalui dubur
Bahan makanan yang baik
Apakah radas atau peralatan sains yang digunakan untuk mengukur isipadu air?
Jam randik
Termometer
Silinder penyukat
Pembaris
Menyerap cahaya bagi proses fotosintesis menghasilkan makanan dan oksigen.
Antara haiwan berikut, yang manakah mengeluarkan racun berbisa apabila diancam musuh?
Lipan
Cicak
Landak
Ulat gonggok
" Menyamar diri daripada dilihat oleh musuh "
Maklumat di atas menerangkan tentang haiwan P. Apakah haiwan P itu?
Ikan buntal
Rama-rama
Kura-kura
Tenggiling
Haiwan Z mempunyai ciri-ciri berikut :
· Menyusukan anaknya
· Membawa anaknya di dalam kantung
Gajah
Seladang
Kanggaru
Badak sumbu
Antara haiwan berikut yang manakah akan bergerak dalam kumpulan untuk melindungi anaknya daripada musuh ?
Gajah dan buaya
Gajah dan zirafah
Buaya dan zirafah
Buaya dan kanggaru
