wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Struktur Pemerintahan (Part1)

Total questions: 20

Worksheet time: 58mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah benar tentang konsep ketertinggian perlembagaan?


i. Perlembagaan tidak boleh dipinda melainkan dengan kebenaran Parlimen.

ii. Kuasa Yang di-Pertuan Agong adalah berasaskan kepada perlembgaan.

iii. Perlembagaan merupakan rang undang-undang yang hanya boleh digubal dengan perkenan Majlis Raja-raja.

iv. Rang undang-undang yang digubal akan terbatal dengan sendirinya setakat yang bercanggah dengan perlembagaan.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

2.

*Seseorang yang ditangkap perlulah diberitahu mengapa dia ditangkap.

*Hanya dengan undang-undang sahaja nyawa seseorang boleh diambil.


Pernyataan di atas merujuk

a)

Kebebasan diri

b)

Kebebasan asasi

c)

Kebebasan mutlak

d)

Kebebasan mutlak sementara

3.

Pindaan perlembagaan dalam perkara tertentu mestilah terlebih dahulu memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja sebelum di bawa ke Parlimen


Maklumat di atas berkaitan dengan perkara

a)

Bahasa Melayu

b)

Kabinet Persekutuan

c)

Persempadanan negeri

d)

Peraturan pilihan raya

4.

Yang manakah penyataan yang berkaitan sistem kehakiman?


i. Semua hakim tertakluk kepada Ketua Hakim Negara.

ii. Mengamalkan konsep pengasingan kuasa kehakiman.

iii. Pentadbir utama di sesebuah mahkamah ialah pendaftar.

iv. Keputusan penghakiman adalah tertakluk kepada beban pendakwaan.

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

5.

Yang manakah yang boleh menyebabkan seseorang terhenti menjadi ahli parlimen?


i. Beliau bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri.

ii. Didakwa di Mahkamah Syariah dalam kes tuntutan penceraian oleh isterinya.

iii. Tidak menghadiri persidangan parlimen enam bulan berturut-turut tanpa mengemukakan sijil sakit.

iv. Tidak mengangkat sumpah jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas pewartaan kemenangannya dalam pilihan raya.

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

6.

Yang manakah faktor yang menyebabkan seseorang hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya semasa?

a)

Beliau meletakkan jawatan selepas dua tahun menjadi wakil rakyat

b)

Semasa pencalonan beliau masih merupakan pengamal undang-undang yang aktif

c)

Berkemungkinan diisytiharkan muflis kerana tidak berupaya membayar hutang membiayai perumahan

d)

Gagal menunjukkan bukti keupayaan kewangannya untuk menyertai pilihan raya

7.

Yang manakah maklumat yang benar tentang Suruhanjaya Pilihan Raya?

a)

Menyemak sempadan pilihan

b)

Meminda undang-undang pilihan raya

c)

Menyediakan perbelanjaan untuk berkempen

d)

Mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Parlimen

8.

*Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

*Dipecat atas syor tribunal khas.


Pernyataan di atas merujuk

a)

Ketua Whip

b)

Ketua Pembangkang

c)

Speaker Dewan Negara

d)

Setiausaha Dewan Rakyat

9.

Yang manakah pengundi yang dibenarkan oleh Akta Pilihan Raya untuk mengundi secara pos?

a)

Banduan yang sedang dipenjarakan atas kesalahan jenayah

b)

Seorang yang sedang ditahan oleh polis untuk siasatan suatu kes

c)

Anggota tentera yang mengawal sempadan pada hari pengundian

d)

Rakyat Malaysia yang bekerja di seberang laut pada hari mengundi

10.

Yang manakah benar tentang Senarai Bersama dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan?


i. Biasiswa

ii. Pendidikan

iii. Perlindungan binatang dan burung liar

iv. Perlindungan penyu dan penangkapan ikan sungai

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

11.

Yang manakah kuasa budi bicara yang di-Pertuan Agong?


i. Mengisytiharkan darurat

ii. Melantik Perdana Menteri

iii. Melantik Speaker Dewan Rakyat

iv. Memanggil mesyuarat pertama Parlimen

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

12.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang Ketua Audit Negara

a)

Pelantikannya dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

b)

Boleh dipecat oleh Yang di-Pertuan Agong melalui syor tribunal

c)

Bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara

d)

Hanya melaksanakan pengauditan akaun Kerajaan Persekutuan sahaja

13.

Yang manakah kes jenayah yang dibicarakan di Mahkamah Syariah?

a)

Perbuatan rasuah

b)

Perbuatan minum arak

c)

Pengambilan anak angkat

d)

Pembahagian harta pusaka

14.

Yang manakah merupakan kes jenayah syariah?


i. Berzina

ii. Tuntutan hak penjagaan anak

iii. Tidak membayar zakat pendapatan

iv. Tuntutan nafkah hidup dan harta sepencarian

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

15.

Yang manakah benar tentang Dewan Rakyat?

a)

Ketua Setiausaha Negara merupakan Setiausaha Dewan Rakyat

b)

Ahli Dewan rakyat boleh mewakili dua kawasan Dewan Rakyat

c)

Yang Dipertua Dewan Rakyat mesti dipilih dalam kalangan ahli Dewan Rakyat

d)

Rang Undang-undang Perbekalan dikemukakan di dewan Rakyat

16.

Yang manakah tujuan pembahagian kuasa?

a)

Sistem Kerajaan Persekutuan terpelihara

b)

Kerajaan Negeri bebas membuat keputusan

c)

Kerajaan Pusat memiliki kuasa yang berlebihan

d)

Menentukan bidang kuasa antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri

17.

Yang manakah kuasa budi bicara Speaker Dewan?

a)

Menentukan kedudukan ahli Parlimen

b)

Menentukan bilangan undian di Parlimen

c)

Menangguhkan sesuatu persidangan Parlimen

d)

Menentukan bilangan kehadiran ahli parlimen

18.

Yang manakah pernyataan yang benar tentang parlimen?

a)

Yang di-Pertuan Agong boleh menolak keanggotaan ahli parlimen

b)

Tempoh hayat parlimen bermula daripada mesyuarat pertama parlimen

c)

Keahlian Dewan Negara terbubar apabila Dewan Rakyat mencapai tempoh matang

d)

Seseorang yang dibebaskan daripada pertuduhan tidak boleh didakwa lagi atas tuduhan sama

19.

Yang manakah benar tentang hak kebebasan seseorang?

a)

Setiap tahanan mempunyai hak untuk mendapatkan habeas corpus

b)

Seseorang yang ditahan tidak semestinya perlu diberitahu sebab penahannya

c)

Setiap tangkapan oleh pihak yang bertanggungjawab mesti dengan waran mahkamah

d)

Seseorang yang dibebaskan daripada pertuduhan tidak boleh didakwa lagi atas tuduhan yang sama

20.

Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?


i. Menentukan calon yang bertanding dalam pilihan raya

ii. memastikan keselamatan pengundi semasa pilihan raya

iii. Menjalankan urusan semakan datar pemilih pilihan raya

iv. Membuat persempadanan semula bahagian-bahagian pilihan raya

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv