wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Apakah sumber yang digunakan oleh sejarawan untuk mengkaji jangka masa kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara?

a)

Sumber lisan / Cerita legenda

b)

Cerita legenda / Sumber bertulis

c)

Sumber Lisan / Artifak arkeologi

d)

Sumber bertulis / Artifak arkeologi

2.

Mengapakah petempatan awal di Kuala Selinsing, Perak dan Batu Buruk, Terengganu tidka diiktiraf sebagai sebuah kerajaan?

a)

Tidak mempunyai hasil ekonomi

b)

Pemerintahnya belum bergelar raja

c)

Terletak jauh di kawasan pedalaman

d)

Menjalankan kegiatan pertanian sahaja

3.

Apakah bukti wujudnya hubungan antara petempatan awal di Asia Tenggara dengan Tamadun Rom?

a)

Persamaan artifak manik

b)

Catatan oleh pedagang China

c)

Penemuan patung keagamaan

d)

jumpaan artifak gendang gangsa

4.

Apakah kaitan penemuan artifak berikut dengan kerajaan awal di Asia Tenggara?

a)

Kemahiran penduduk dalam bidang seni

b)

Kemajuan kehidupan penduduk tempatan

c)

Kewujudan hubungan perdagangan maritim

d)

Kekayaan Asia Tenggara dengan logam gangsa

5.

Gambar berikut menunjukkan kegiatan ekonomi kerajaan awal di Asia Tenggara. Apakah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi di bawah?

a)

Angkor

b)

Srivijaya

c)

Kedah Tua

d)

Langksuka

6.

Apakah kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor?

a)

Sumber air minuman dan bekalan sumber protein

b)

Bekalan sumber protein dan kemudahan pelabuhan

c)

Kemudahan pelabuhan dan kawasan penanaman padi

d)

Kawasan penanaman padi dan pusat perdagangan

7.

Pada musim kemarau, kawasan sekitar Tasik Tonle Sap menjadi subur menyebabkan aktiviti pertanian masih dapat dijalankan.

Mengapakan berlaku keadaan tersebut?

a)

Cuaca hujan dan lembap

b)

Mendapan lumpur yang subur

c)

Pengaliran sumber air dari terusan

d)

Penggantian padi sawah kepada padi huma

8.

Antara berikut yang manakah kegiatan utama kerajaan maritim?

a)

Pertanian

b)

Perdagangan

c)

Perindustrian

d)

Perlombongan

9.

Antara berikut yang manakah merupakan pelabuhan kerajaan?

a)

Kedah Tua / Langkasuka

b)

Kedah Tua/ Kuala Berang

c)

Langkasuka / Kuala Berang

d)

Kuala Berang / Kuala Selinsing

10.

*Suvarnadvipa

*Suvarnabhumi


Istilah tersebut membuktikan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera kaya dengan?

a)

emas

b)

petroleum

c)

hasil hutan

d)

kain sutera

11.

Apakah maksud "Lingua Franca"?

a)

Bahasa yang digunakan secara rasmi

b)

Bahasa yang dituturkan oleh golongan istana

c)

Bahasa yang digunakan semasa upacara keagamaan

d)

Bahasa yang dituturkan secara meluas dalam pelbagai urusan

12.

Penduduk kerajaan maritim mempunyai kepakaran dalam membina perahu dan kapal. Apakah kesan daripada kemahiran tersebut?

a)

Mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh

b)

Industri pembuatan perahu dan kapal berkembang pesat

c)

Kerajaan maritim menghadapi masalah kepupusan hutan

d)

Banyak penduduk menjadi tukang kayu berbanding pedagang

13.

Apakah peranan Gunung Jerai terhadap perkembangan pelabuhan Kedah Tua?

a)

Panduan kapal pedagang

b)

Membekalkan hasil galian

c)

Benteng pertahanan musuh

d)

Merupakan kawasan pemujaan

14.

Andaikan anda seorang penduduk kerajaan agraria.

Apakah barang yang anda perlukan daripada kerajaan maritim?

a)

Kayu

b)

Beras

c)

Gajah

d)

Tekstil

15.

Antara berikut, kumpulan anak raja yang manakah tidak layak dilantik menjadi Raja Srivijaya?

a)

Yuvaraja

b)

Raja Putra

c)

Raja Kumara

d)

Pratiyuvaraja