Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sejarah B4 Kemunculan tamadun Islam

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah masyarakat Arab Jahiliyah sering di serang oleh Rom dan Parsi?

a)

mencabuli perjanjian yang telah dimeterai

b)

mengamalkan penyembahan berhala

c)

hidup berpecah belah

d)

tidak jujur dalam perniagaan

2.

Nabi Muhammad SAW telah membenarkan orang Islam Makkah berhijrah ke Habsyah?

Mengapakah baginda membenarkan penghijrahan tersebut?

a)

Menjalin hubungan diplomatik

b)

Mengelakkan penindasan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Memenuhi jemputan pemerintah

3.

1 Gambar 1 berkaitan dengan simbol Yin dan Yang.


Apakah maksud simbol tersebut?

a)

Mandat dari syurga

b)

Pemujaan roh nenek moyang

c)

Unsur alam yang saling melengkapi

d)

Ramalan peristiwa yang akan berlaku

4.

Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.


Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

Mempertahankan prinsip kesamarataan

b)

Mendapat galakan daripada keluarga

c)

Diberi jaminan keselamatan

d)

Peka terhadap perubahan

5.

Mengapakah masyarakat Arab jahiliah marah dan bermasam muka apabila menerima kelahiran anak perempuan?

a)

Harta tergadai

b)

Hilang jawatan

c)

Maruah keluarga tercemar

d)

Keluarga terancam

6.

Orang musyrikin Quraisy Makkah menentang penyebaran ajaran Islam oleh Nabi Muhammad SAW kerana


I) kepercayaan

II) persamaan taraf

III) menghormati tetamu

IV) mentaati pemimpin

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orangn Quraisy Makkah adalah larangan

a)

Mendekati orang ramai

b)

Menjalin hubungan luar

c)

Memasuki kota Makkah

d)

Menjalankan perniagaan

8.

Selepas Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia,penentangan terhadap penyebaran Islam di Makkah semakin meningkat.


Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menangani penentangan tersebut?

a)

membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah

b)

mengadakan rundingan dengan orang Quraisy

c)

mendapatkan bantuan penduduk Madinah

d)

mengasingkan diri di dalam Gua Hirak

9.

Mengapakah Perang Al-Basus berlaku selama 40 tahun di tanah Arab pada Zaman Jahiliah?

a)

perebutan sumber air

b)

perlanggaran syarat perjanjian

c)

menuntut pembebasan tawanan

d)

mengamalkan semangat assabiah

10.

Tokoh berikut adalah antara yang terawal memeluk Islam di Makkah

●Bilal Bin Rabah

●Amir Bin Fuhairah

Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam?

a)

persamaan taraf

b)

perubahan status

c)

desakan keluarga

d)

kebebasan beragama

11.

Surah berikut adalah wahyu kedua yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW yang mengandungi perintah supaya menyebarkan Islam.

Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW melaksanakan perintah tersebut?

a)

mendirikan kerajaan yang berpusat di Makkah

b)

mengarahkan sahabat menyampaikan dakwah di Madinah

c)

menawarkan kedudukan tinggi kepada kaum bangsawan Quraisy

d)

menyampaikan dakwah terhadap keluarga terdekat terlebih dahulu

12.

Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah

*Sistem kabilah

*Sistem assabiah

Bagaimanakah amalan tersebut boleh menghalang kejayaan "Gagasan 1M"

I Menggalakkan mobiliti sosial

II Menyukarkan perpaduan rakyat

III Menggalakkan semangat perkauman

IV Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Mengapakah Rasulullah digelar sebagai Al-Amin?

a)

Keturunan baginda dihormati

b)

Memiliki kebijaksanaan

c)

Berpengalaman luas

d)

Sentiasa dipercayai

14.

Antara berikut,yang manakah berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah?


I Menghalalkan amalan riba

II Menjalankan pemerintahan berpusat

III Menjalin kerjasama antara kabilah

IV Mengamalkan perkahwinan bebas

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Peperangan al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah menunjukkan masyarakat Arab mementingkan

a)

Agama

b)

Darjat

c)

Puak

d)

Kawasan

16.

Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Mewujudkan semangat assabiah

b)

Memulakan persaingan kuasa

c)

Memantapkan sistem pentadbiran

d)

Memperkukuh perpaduan antara suku

17.

Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Memencilkan diri

b)

Mengelakkan ancaman musuh

c)

Mengamalkan semangat kesukuan

d)

Mengamalkan kepercayaan politiesme

18.

Bilakah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad?

a)

6 OGOS 610M

b)

7 OGOS 610M

19.

Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Mengawal kaabah

b)

Menguasai telaga zamzam

c)

Merebut hak pungutan cukai

d)

Mengamalkan semangat kesukuan

20.

Berapa lamakah dakwah secara sulit berlangsung?

a)

3 tahun

b)

4 tahun

c)

8 tahun

d)

10 tahun