wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Total questions: 15

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah Madinah menjadi tumpuan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah?

a)

Pelabuhan utama

b)

Kedudukan strategik

c)

Pengeluar hasil pertanian

d)

Tumpuan melakukan ibadat

2.

*Bani Nadhir

*Bani Qunaiqa'

*Bani Quraizah


Apakah persamaan yang terdapat pada masyarakat Madinah berikut?

a)

Berketurunan kaum Yahudi

b)

Menjemput umat Islam ke Madinah

c)

Menandatangani Perjanjian Aqabah

d)

Bersaudara dengan orang Arab Quraisy

3.

Mengapakah semua kehidupan di Madinah berada dalam keadaan kurang aman sebelum peristiwa Hijrah?

a)

Amalan semangat assabiah

b)

Pergeseran antara suku Arab

c)

Perbezaan sistem kepercayaan

d)

Ketiadaan pemerintah berwibawa

4.

Apakah kepentingan Perjanjian Aqabah?

a)

Penyebaran dakwah Islamiah secara meluas

b)

Pembukaan semula kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w

c)

Genjatan senjata antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Quraisy

d)

Menjalin hubungan erat antara Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Quraisy

5.

Apakah sumbangan Amir bin Fuhairah kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar semasa berada di Gua Thur?

a)

Menghantar makanan

b)

Membekalkan susu kambing

c)

Menjadi jurupandu ke Madinah

d)

Mengintip kegiatan orang Quraisy

6.

Apakah perbezaan antara penghijrahan masa kini dengan penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah?

a)

Menyebarkan tamadun

b)

Meluaskan wilayah pengaruh

c)

Menjalankan dakwah Islamiah

d)

Melarikan diti akibat peperangan

7.

Apakah kepentingan surah al-Anfal?

a)

Kepentingan membaca

b)

Persetujuan genjatan senjata

c)

Kewajipan menyebarkan Islam

d)

Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w

8.

Apakah sumbangan orang Ansar terhadap orang Muhajirin?

a)

Menjaga keselamatan / Membekalkan makanan

b)

Menjaga keselamatan / Menyediakan tempat tinggal

c)

Membekalkan makanan / Menyebarkan ajaran Islam

d)

Menyebarkan ajaran Islam / Menyediakan tempat tinggal

9.

Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada peristiwa hijrah orang Islam Makkah ke Madinah?

a)

Toleransi / kesediaan berkorban

b)

Toleransi / Bijak mengambil kesempatan

c)

Kesediaan berkorban / Kesetiaan kepada pemimpin

d)

Kesetiaan kepada pemimpin / Bijak mengambil kesempatan

10.

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan Piagam Madinah?

a)

Mengandungi 46 fasal / Membentuk negara maju

b)

Mengandungi 46 fasal / Asas pemerintahan kerajaan Islam

c)

Membentuk negara maju / Berpandukan wahyu Allah

d)

Berpandukan wahyu Allah / Asas pemerintahan kerajaan Islam

11.

Apakah ciri-ciri undang-undang Islam dalam Piagam Madinah?

a)

Merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial

b)

Hukuman dan dnda mengikut susun lapis masyarakat

c)

Hukuman bukan bertujuan menzalimi tetapi untuk menginsafkan

d)

Dirangka berasaskan persetujuan orang Muhajirin dan Ansar

12.

Apakah peranan orang Yahudi terhadap orang Islam Madinah?

a)

Menjadi pentadbir Wilayah

b)

Memimpin pasukan tentera

c)

Memelihara keamanan negara

d)

Menghapuskan semangat assabiyah

13.

Apakah bukti Nabi Muhammad s.a.w panglima perang yang bijak mengatur strategi peperangan?

a)

Penggalian parit

b)

Serangan hendap

c)

Penggunaan bahan letupan

d)

Membina markas tentera di sempadan

14.

Mengapakah pada tahun 628M, orang Islam bercadang untuk menziarahi kota Makkah.

a)

Pusat kegiatan ekonomi

b)

Tempat ibadat orang Islam

c)

Pusat pemerintahan kerajaan Islam

d)

Tempat turunnya wahyu Islam

15.

Apakah kandungan Perjanjian Hudaibiyah yang bertujuan mengelakkan pertumpahan darah?

a)

Genjatan senjata selama 10 tahun

b)

Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya

c)

Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah harus dipulangkan

d)

Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tidak perlu dipulangkan