Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSI

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Mengucap dua kalimat syahadah

Yakin dengan kewujudan Allah

Melaksanakan tuntutan Allah dan Rasul-Nya


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Beriman kepada Allah

b)

Peranan iman dalam kehidupan

c)

Fitrah manusia memerlukan iman

d)

Iman dan ketenangan jiwa

2.

Apakah keistimewaan manusia berbanding dengan makhluk lain?

a)

Dijadikan berpasang-pasangan

b)

Dikurniakan anggota yang lengkap

c)

Diberi tanggungjawab mengurus alam

d)

Dukurniakan tenaga untuk bekerja

3.

Apakah akibat terhadap individu yang tidak bertaubat daripada kesalahan dan dosa yang dilakukan?

a)

Ibadat khusus tidak diterima

b)

Masyarakat tidak akan aman

c)

Keruntuhan institusi

d)

Jiwa tidak tenteram

4.

Orang yang sentiasa berkurang imannya ialah

a)

Orang musyrik

b)

Orang fasik

c)

Orang munafik

d)

Orang awam

5.

Berikut ialah faktor perkembangan ilmu kalam, kecuali

a)

Percampuran orang arab dengan a'jam ( bukan arab)

b)

Tersebarnya ilmu falsafah dengan meluas

c)

Persepakatan dalam kalangan ulama

d)

Meluasnya wilayah Islam

6.

Al-Imam As-Sayafi'ie dan beberapa ulama' lain menolak keautoritian Al-Istihsan sebagai dalil hukum syarak kerana ia

a)

Mengharuskan apa yang diharamkan Allah SWT

b)

Menyebabkan berlakunya khilaf dalam kalangan ulama'

c)

Mengikut prinsip kemudahan yang diakui syarak

d)

Membuka ruang penentuan hukum mengikut hawa nafsu manusia

7.

Kumpulan AL-Ijmak

X

Ijamk Ahlul Madinah

Ijmak Khulafa' Ar-Rasyudin

Ijmak Al-Ulama'


X dalam pernyataan di atas ialah

a)

Ijmak As-Sorih

b)

Ijmak As-Sukuti

c)

Ijmak Ahlul Bait

d)

Ijmak Ahlul Kufah

8.

Takhsis dengan dalil bukan nas


Takhsis dengan ------------------> Hisi

Takhsis dengan ------------------> Q

Takhsis dengan ------------------> Uruf dan Adat

Takhsis dengan ------------------> Akal


Berpandukan rajah di atas, Q ialah

a)

Istislah

b)

Istihsan

c)

Ijmak

d)

Qiyas

9.

Perkara yang benar mengenai Nasakh ialah

a)

Nasakh berlaku antara satu syariat dengan syariat yang lain

b)

Membaca ayat-ayat yang dinasakhkan hukum tidak menjadi ibadat

c)

Nasakh berlaku dalam perkara akidah

d)

Semua Nasakh ada ganti

10.

Golongan yang diberikan rukhsah puasa


Perempuan hamil

Perempuan yang menyusukan anak

X

Orang yang musafir


Dalam jadual di atas , X ialah

a)

Orang gila

b)

Orang sakit

c)

Perempuan haid

d)

Orang yang pengsan sepanjang hari

11.

Antara yang berikut yang manakah disunatkan sujud sahwi?

a)

Meninggalkan sunat haiat

b)

Meninggalkan salam kedua

c)

Terlupa membaca doa iftitah

d)

Membaca bacaan sunat bukan pada tempatnya

12.

Pilih pernyataan yang benar tentang hukum wasiat

a)

Wajib bagi orang yang berhutang

b)

Makruh berwasiat kepada orang kaya

c)

Haram memberi wasiat kepada orang fasik

d)

Harus memberi wasiat kepada kaum keluarga

13.

Satu akad yang dapat memindahkan hak milik sesuatu barangan tanpa perlu menukar ganti kerana ia dibuat secara suka rela


Pernyataan di atas merujuk kepada

a)

Hibah

b)

Wakaf

c)

Pusaka

d)

Jual beli

14.

Antara yang berikut yang manakah tidak benar mengenai adab memberi salam?

a)

Kanak-kanak kepada orang dewasa

b)

Orang yang duduk kepada orang yang berjalan

c)

Kumpulan yang kecil kepada kumpulan yang besar

d)

Orang yang berkenderaan kepada orang yang berjalan kaki

15.

Islam melarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat kerana

a)

Memelihara batas pergaulan

b)

Mengelak permusuhan dalam masyarakat

c)

Memuliakan kedudukan anak angkat

d)

Menimbulkan perasaan kurang senang kepada bapa kandung

16.

Mengapakah berkelakuan ganas termasuk dalam perbuatan yang diharamkan oleh Allah SWT?

a)

Berkelakuan ganas adalah perbuatan yang menurut nafsu

b)

Perbuatan ganas merupakan perbuatan orang kafir

c)

Gangguan kepada ketenteraman dan keharmonian awam

d)

Keganasan adalah punca segala maksiat

17.

Kepentingan wakaf kepada pembangunan umat Islam ialah

a)

Melahirkan sifat pemurah

b)

Mendatangkan pahala yang berganda

c)

Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT

d)

Sebagai modal untuk sesuatu pelaburan

18.

Kediaman atau tempat tinggal merupakan miqat makani bagi orang yang menunaikan

a)

Ibadah haji ditanah haram

b)

Ibadah Umrah ditanah haram

c)

Ibadah haji di luar tanah haram

d)

Ibadah umrah di luar tanah haram

19.

Bapa Ahmad telah meninggal dunia sebelum sempat menunaikan haji. Ahmad berhasrat untuk melakukan niyabah haji bagi bapanya.


Apakah hukum niyabah tersebut?

a)

Harus jika dia telah menunaikan haji untuk dirinya

b)

Harus jika mendapat keizinan ahli warisnya

c)

Sunah jika Ahmad mempunyai kemampuan kewangan

d)

Wajib kerana beliau adalah ahli waris

20.

Apakah urat yang sunat diputuskan semasa menyembelih?

a)

Halkum

b)

Wajdan

c)

Saraf

d)

Marih

21.

Antara yang berikut yang manakah benar mengenai pengagihan daging qurban?


I. Diberikan kepada orang kaya

II. Diberikan kepada orang kafir

III. Diberikan kepada orang miskin

IV. Diberikan kepada orang yang melakukan qurban

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

22.

Amalan yang menyalahi muamalat Islam ialah

a)

Sentiasa mengambil keuntungan

b)

Menaikkan harga barang mengikut keadaan semasa

c)

Tidak terdapat logo halal pada barang yang dijual

d)

Menjual barang pada golongan tertentu sahaja

23.

Syarat pelaksanaan qisas menurut Imam Asy-Syafi'e ialah

a)

Mangsa bunuh terpelihara darahnya dengan sebab Islam

b)

Pelaku tidak semestinya sama taraf dengan mangsa

c)

Dituntut pelaksanaannya oleh waris mangsa

d)

Mangsa pembunuhan seorang yang berakal

24.

Antara yang berikut yang manakah syarat berpoligami?

a)

Berakhlak mulia

b)

Perempuan yang sekufu

c)

Mendapat kebenaran isteri

d)

Tidak lebih daripada empat isteri pada satu masa

25.

Antara berikut yang manakah usaha meningkatkan taraf mahkamah syar'iyyah di Malaysia?


I. Mengadakan tiga peringkat mahkamah syar'iyyah

II. Memberikan bidang kuasa mahkamah syar'iyyah kepada negeri

III. Melonggarkan syarat-syarat penerimaan masuk peguam mahkamah syar'iyyah

IV. Memisahkan jabatan kehakiman Syar'iyyah daripada majlis agama Islam

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV