wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSI ( 3 )

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah konsep tawakal yang bertentangan dengan Islam?

a)

Berazam mendapatkan kejayaan

b)

Berserah semata-mata kepada Allah SWT

c)

Berdoa agar dikurniakan apa yang dihajati

d)

Berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh

2.

Apakah perkara yang boleh membatalkan Iman ?

a)

Menghina AL-Quran

b)

Melakukan maksiat

c)

Meninggalkan amalan wajib

d)

Menziarahi tempat ibadah orang kafir

3.

Antara yang berikut yang manakah cara yang boleh membawa kepada kemanisan Iman ?

a)

Rezeki bertambah berkat

b)

Mengasihi sahabat kerana Allah

c)

Memiliki semangat jihad yang tinggi

d)

Bertambah rajin melakukan amalan ibadah

4.

*Ilmu pengetahuan manusia terbatas

*Manusia hanya mampu mengkaji perkara yang nyata sahaja


Pilih jawapan yang tepat mengenai pernyataan di atas

a)

Kejadian manusia secara berperingkat-peringkat

b)

Proses kejadian manusia menurut sains

c)

Proses kejadian manusia di dalam rahim ibu

d)

Peniupan ruh kedalam janin

5.

*Masyarakat primitif memohon kepada sesuatu yang dipercayai mempunyai kuasa gaib

*Apabila manusia di dalam kesusahan, mereka memohon kepada Allah SWT


Pernyataan di atas merujuk kepada...

a)

Iman yang diterima hanya kepada Allah SWT

b)

Beriman merupakan fitrah manusia

c)

Kepentingan iman di dalam kehidupan

d)

GAlakan berdoa kepada Allah

6.

"Ketika gembira mereka akan bersyukur kepada ALlah SWT, ketika menghadapi kesusahan mereka tidak mudah gelisah dan hilang pertimbangan."


Pernyataan di atas merujuk peranan iman dalam

a)

Mewujudkan ketenteraman

b)

Membina tamadun manusia

c)

Mewujudkan kekuatan jiwa

d)

Melakukan amalan dengan ikhlas

7.

Antara yang berikut yang manakah contoh perbuatan dosa kecil ?

a)

Merusakkan harta awam

b)

Memfitnah orang

c)

Mengumpat

d)

Mencuri

8.

-Menghina hukum Islam

-Membaca AL-Quran dengan cara mempersendakan

-Melahirkan kebencian ketika menyebut nama Allah SWT


Pernyataan di atas merujuk kepada perkara yang membatalkan iman melalui....

a)

Niat

b)

Perkataan

c)

Perbuatan

d)

I'tiqod

9.

Berikut ialah faktor ilmu kalam tidak timbul pada zaman Rasulullah SAW kecuali

a)

Mempunyai sumber rujukan Al-Quran dan As- Sunnah

b)

Segala masalah dirujuk kepada Rasulullah SAW

c)

Umat Islam sentiasa berijtihad dalam menyelesaikan masalah

d)

Umat Islam menerima hukum Islam dengan hati ikhlas

10.

Apakah maksud nas mutasyabihat ?

a)

Nas yang menunjukkan sifat-sifat Allah Yang Maha Tinggi

b)

Nas yang membezakan antara sifat-sifat Allah dan makhluk

c)

Nas yang mengelirukan tentang hakikat sebenar sifat-sifat Allah

d)

Nas pada zahirnya terdapat kekeliruan tentang sifat-sifat Allah yang menyerupai makhluk

11.

Apakah keistimewaan perundangan Islam ?

a)

Setiap kepatuhan dan ketaatan akan menerima ganjaran di dunia dan di akhirat

b)

Setiap pesalah menerima hukuman di dunia dan di akhirat

c)

Sentiasa menjaga kemaslahatan manusia

d)

Sentiasa berubah mengikut kesesuaian

12.

Perundangan Islam pada zaman mekah berlangsung selama _____tahun

a)

3

b)

10

c)

13

d)

23

13.

Pembahagian hukum taklifi

X

Tahrim

Nadbu

Karohah


X ialah...

a)

Sebab

b)

Ijab

c)

Syarat

d)

Mani'

14.

Pernyataan di bawah menerangkan fungsi As-Sunnah sebagai hukum, kecuali

a)

Menasakhkan hukum-hukum Al-Quran

b)

Merupakan perbuatan dan pengakuan Nabi SAW

c)

Mentakhsiskan ayat-ayat AL-Quran yang umum

d)

Memperkukuh hukum yang sedia ada dalam AL-Quran

15.

Hujah Ulama' yang menerima Amal Ahlul Madinah sebagai dalil hukum syarak ialah

a)

Kata-kata sahabat sesuai dengan semua keadaan dan masa

b)

Mengikut perinsip kemudahan yang memang telah diakui oleh syarak

c)

Madinah sebagai tempat yang mulia dan banyak menyimpan khazanah wahyu dan kenabian

d)

Allah SWT menjanjikan syurga kepada sahabat serta orang yang mengikut jejak mereka

16.

Apakah contoh dalil Istishab ?

a)

Seseorang dikira tidak berhutang selagi tiada bukti menunjukkan dia berhutang

b)

Makmum tidak perlu membaca mana-mana surah dalam solat jahriah

c)

Jual beli salam dan tempahan dikira tidak harus

d)

Batal jual beli secara bertangguh

17.

Antara yang berikut yang manakah perkara sunah semasa bertayamum ?

a)

Memindahkan debu tanah ke anggota tayamum

b)

Bertayamum selepas masuk waktu solat

c)

Menepuk kedua tangan kedebu tanah

d)

Tidak mengangkat tangan dari anggota tayamum sebelum selesai sapuan

18.

Antara yang berikut yang manakah keistimewaan bulan ramadhan ?

I. Solat Terawih

II. Solat witir

III. Syaitan dibelenggu

IV. Al-Qur'an mula diturunkan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

19.

Mengapakah Islam melarang menasabkan anak angkat kepada bapa angkat ?

a)

Untuk memelihara batas pergaulan

b)

Dapat memuliakan kedudukan anak angkat

c)

Bagi mengelak permusuhan dalam masyarakat

d)

Supaya menimbulkan perasaan kurang senang bapa kandung

20.

Kesan pengurusan harta yang baik kepada anak yatim ialah

a)

Mengelakkan timbulnya fitnah

b)

Meningkatkan rasa tanggungjawab

c)

Menjamin kehidupan mereka di dunia

d)

Mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT

21.

Antara yang berikut yang manakah pernyataan yang benar mengenai wasiat ?

a)

Makruh berwasiat kepada kerabat bukan ahli waris

b)

Orang kaya tidak boleh menerima wasiat

c)

Boleh diberi kepada ahli waris dan bukan waris

d)

Penerima wasiat dikenali dan termaklum

22.

Apakah langkah yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk mengatasi perlakuan ganas ?

a)

Menitikberatkan pendidikan agama

b)

Memilih bahan bacaan yang sesuai

c)

Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat

d)

Menyekat budaya ganas yang bertentangan dengan Islam

23.

Syafiq hanya mewakafkan hasil sewa rumahnya kepada persatuan anak-anak yatim dikampungnya.


Apakah hukum wakaf dalam situasi di atas ?

a)

Makruh kerana mewakafkan manfaat sahaja

b)

Harus kerana rumah tersebut miliknya yang sah

c)

Sah kerana menepati rukun dan syarat yang diwakafkan

d)

Tidak sah kerana harta yang diwakafkan merangkumi manfaat sahaja

24.

Antara yang berikut yang manakah contoh wakaf khas ?

a)

Wakaf harta untuk anak-anak yatim

b)

Wakaf tanah untuk perkuburan Islam

c)

Wakaf harta untuk ahli keluarga

d)

Wakaf tanah untuk membangunkan sekolah agama

25.

Antara yang berikut yang manakah perkara wajib umrah ?

a)

Bermalam di Mina

b)

Melontar Jamrah

c)

Tawaf Ifadhah

d)

Meninggalkan larangan Ihram

26.

Rukun yang membezakan ibadah umrah dan haji ialah

a)

Sa'ie

b)

Bercukur

c)

Wukuf di Arafah

d)

Tawaf Ifadhah

27.

Seekor kerbau jatuh dalam perigi dan sukar untuk dikeluarkan.


Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah cara mematikan binatang tersebut supaya halal dimakan ?

a)

Dilukakan mana-mana bahagian dengan niat sembelih

b)

Mematikannya dengan senjata tajam

c)

Disembelih seperti keadaan biasa

d)

Ditembak untuk mematikan

28.

Pemberian wajib daripada suami kepada isteri disebabkan akad nikah.


Pernyataan di atas merujuk kepada______

a)

Hibah

b)

Mahar

c)

Nafkah

d)

Mut'ah

29.

"Jual beli dengan bayaran harganya secara tunai semasa akad dan penyerahan barang ditangguh sehingga kesatu masa yang ditetapkan."


Pernyataan di atas merujuk kepada ____

a)

Khiyar

b)

Ar-Rahn

c)

Jual beli Salam

d)

Bai' bitsaman Ajil

30.

Semasa sedang tawaf pada pusingan kedua, Syafiq telah dilanggar menyebabkan beliau terpusing dan membelakangkan Ka'bah.


Apakah yang perlu dilakukan oleh Syafiq?

a)

Meneruskan tawafnya seperti biasa

b)

Meneruskan tawafnya dan membayar dam

c)

Menambahkan satu pusingan tawafnya yang rusak

d)

Membatalkan tawafnya dan buat semula dari awal

31.

"Satu kontrak yang mana seseorang itu bertanggungjawab membantu seseorang yang lain apabila berlaku sesuatu kejadian yang ditentukan dalam kontrak."


Pernyataan di atas merujuk kepada ...

a)

Saham

b)

Takaful

c)

Syarikat

d)

Mudhorobah

32.

" Seorang lelaki yang mempunyai kewangan yang kukuh tetapi lemah syahwat. "


Hukum berkahwin bagi situasi di atas ialah ...

a)

Sunnah

b)

Makruh

c)

Harus

d)

Haram

33.

Perkara yang membezakan Khulu' dan Fasakh ialah

a)

Pengurangan jumlah talak

b)

Isteri tidak mendapat hak mut'ah

c)

Tidak boleh rujuk kecuali akad yang baru

d)

Isteri hanya berhak mendapat tempat tinggal sahaja

34.

Syafiq telah memotong tangan Aiman yang lumpuh semasa berlaku pergaduhan.


Apakah hukum pelaksanaan Qisas ke atas Syafiq?

a)

Wajib Qisas dan membayar diat

b)

Wajib Qisas dan tidak wajib membayar diat

c)

Tidak wajib qisas tetapi wajib ta'zir

d)

Tidak wajib qisas tetapi wajib membayar diat

35.

Dam yang dikenakan bagi kesalahan memakai pakaian yang dilarang semasa ihram ialah

a)

Tartib Ta'dil

b)

Tartib Taqdir

c)

Takhyir Ta'dil

d)

Takhyir Taqdir

36.

Menjadikan sesuatu barang yang berharga sebagai sandaran bagi hutang yang boleh dibayar dengannya apabila hutang itu tidak dapat dibayar.

a)

Ar-Rahn

b)

Syarikat

c)

Wadi'ah

d)

Mudharabah

37.

Hukuman kepada peminum arak pada zaman Rasulullah SAW ialah sebatan sebanyak ...

a)

6 kali

b)

40 kali

c)

80 kali

d)

100 kali

38.

Antara hikmah nasakh ialah

a)

Mempelbagaikan perundangan Islam

b)

Supaya manusia menerima perintah Allah SWT

c)

Meningkatkan keimanan dan ketakwaan manusia

d)

Menolak kesulitan yang timbul daripada hukum terdahulu

39.

Contoh pengubahsuaian yang diharuskan dalam Islam ialah

a)

Menanam gigi

b)

Mencukur alis

c)

Memancungkan hidung

d)

Memakai rambut palsu

40.

Antara yang berikut yang manakah tidak benar mengenai syarat sah rujuk ?

a)

Talak Raj'i

b)

Dalam tempoh iddah

c)

Tanpa diikat dengan syarat

d)

Dengan persetujuan isteri