Worksheets2014 PERLIS
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Berikut merupakan contoh dosa kecil kecuali
melihat aurat bukan mahram
mengurat
mengumpat
bercakap lucah
Iman seseorang boleh bertambah dengan melakukan perkara berikut kecuali
memperbanyakkan zikir
menuntut ilmu pengetahuan
tidak menghormati jiran
melakukan ibadat ibadat sunat
Antara berikut merupakan cara untuk mendapatkan kemanisan iman , kecuali
membenci perkara kufur
melihat perkara mungkar
mencintai Allah SWT dan rasul
mengasihi sesama manusia kerana Allah SWT
· Berpegang teguh dengan al Quran dan as sunnah
· Berpegang dengan prinsip-prinsip as Salaf as Soleh
· Tidak mengkafirkan orang tidak sealiran dengan mereka
Prinsip akidah di atas menjadi pegangan
Qadiani
Syiah
Khawarij
Ahli Sunah Wal Jamaah
Antara berikut merupakn pegangan Syiah Batiniyah , kecuali
percaya Saidina Ali dan imam mereka yang sebagai Tuhan
percaya imam mereka Muhammad bin Hanafiah masih hidup
beriktikad pelaku dosa besar adalah kafir
menghalalkan perbuatan haram
Upah haji sah di sisi syarak apabila
tidak berihram di miqat bagi orang yang mengupah haji
mengambil upah bagi beberapa orang dalam satu musim haji
orang yang mengambil upah haji sempurna syarat mengerjakan haji
orang yang mengambil upah haji telah mengerjakan haji terlebih dahulu
Manakah antara berikut bukan syarat barang yang hendak dijual
bersih dan suci
kepunyaan penjual
barang yang harganya murah
penjual dan pembeli mengetahui jenis barang
Pilih jual beli yang dilarang tetapi sah mengikut syarak
Membeli barang yang sedang dibeli oleh orang lain walaupun masih dalam tempoh khiyar
Berjual beli barang yang haram tetapi digunakan untuk kebaikan
Melakukan jual beli bersyarat
Monopoli dalam jual beli
Keutamaan memilih calon bakal isteri menurut pandangan Islam ialah
berketurunan baik
beragama dan beramal
cantik rupa paras
memiliki kekayaan
Peminangan boleh dilakukan dengan kata kata secara
sarih sahaja
kinayah sahaja
sarih dan kinayah
ijab dan Kabul
Antara berikut adalah rukun talak , kecuali
suami
isteri
saksi
lafaz talak
Antara yang berikut merupakan contoh perbuatan nusyuz , kecuali
melakukan kekasaran kepada suami
keluar rumah tanpa izin suami tanpa sebab yang munasabah
ingkar perintah suami yang menyuruh mendedahkan aurat
enggan melayan suami ke tempat tidur
Antara berikut , yang manakah merupakan hikmah diharuskan fasakh kepada isteri ?
Mengelak kemudaratan kepda isteri jika perkahwinan diteruskan
Peluang isteri membuat pembatalan perkahwinan
Peluang isteri memilih suami mengikut kehendak hati
Peluang isteri memperbaiki kesilapan lalu
· Menceraikan isteri ketika dalam haid
· Menceraikan isteri terus dengan talak tiga
Pernyataan di atas merujuk kepada jenis talak
bid’ie
sunni
raj’ie
bain
Pilih pernyataan yang benar megenai dasar pentadbiran khulafa’ ar-Rasyidin
Khalifah merupakan ketua negara
Khalifah memiliki hak keistimewaan
Pemimpin sahaja bertanggungjawab memajukan negara
Kuasa membuat sesuatu keputusan dibuat oleh khalifah
Antara sumbangan khalifah Umar al Khattab semasa menjadi khalifah ialah
memerangi orang yang enggan membayar zakat
membiayai aktiviti pengumpulan al-Quran
menyumbangkan harta dan kekayaan untuk pertahanan negara
menubuhkan beberapa jabatan untuk melicinkan pentadbiran
Beliau tidak pernah menunggang kuda di bumi Madinah kerana menghormati bumi yang di dalamnya terdapat jasad Rasulullah s.a.w.
Siapakah tokoh di atas ?
Imam Malik
Imam al-Ghazali
Imam Abu Hanifah
Imam Ahmad bin Hanbal
BAITUL MAL
1 Dewan an Nafaqah
2 ???
2 dalam rajah di atas ialah
Dewan al Khazraj
Dewan al Usul
Dewan al Azimah
Dewan al Ghanimah
· Negara bertambah maju
· Nama negara harum di mata dunia
· Negara dapat diselamatkan daripada ancaman musuh
Pernyataan di atas merujuk kepada
kepentingan mencintai negara
faedah menjaga adab negara
kebaikan berbakti kepada negara
kesan positif menjaga nama baik negara
Aspek emosi pesakit yang perlu diberi perhatian oleh orang yang menjaganya ialah
Menggunakan tutur kata yang lembut
Menasihati pesakit supaya bersabar
Mengingatkan pesakit supaya makan ubat
Mengingatkan pesakit supaya menunaikan solat 5 waktu
