wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kerajaan Abasiyah -Kukla

Total questions: 41

Worksheet time: 32mins

Name
Class
Date
1.

Nama kerajaan Abasiah diambil sempena____________.

a)

Pengasas kerajaan Abasiah iaitu Abu Abbas Abdullah al Saffah

b)

Bapa Saudara Nabi SAW al-Abbas

c)

Nama bapa Harun al-Rashid

2.
Abu Abbas Abdullah al Saffah merupakan pengasas kerajaan  
a)
Khulafak al Rasyidin 
b)
bani Umayyah
c)
bani Abasiyah
d)
Uthmaniah
3.
  • SAUDARA KANDUNG AS-SAFFAH
  • KHALIFAH KEDUA KERAJAAN BANI ABBASIYAH


Pernyataan di atas berkaitan dengan khalifah

a)

Al-Makmun

b)

Al-Mutawakkil

c)

Harun ar-Rashid

d)

Abu Jaafar al-Mansur

4.

Abu Jaafar al-Mansur telah menjadikan ____________sebagai ibu kota Kerajaan bani Abasiah.

a)

Basrah

b)

Baghdad

c)

Damsyik

d)

Cardova

5.

Sistem pentadbiran kerajaan Abasiah banyak diadaptasi daripada sistem pentadbiran kerajaan_____________.

a)

Umaiyah

b)

Parsi

c)

Rom

d)

Khulafa' al-Rashidin

6.

Pilih urutan yang BETUL mengenai sistem pemerintahan kerajaan Abasiah.

a)

al-Khalifah -> al Dawawin -> al Wazir

b)

al Wazir -> al Khalifah -> al Dawawin

c)

al-Khalifah -> al Wazir -> al Dawawin

d)

al Wazir -> al Dawawin -> al Khalifah

7.

KEGIATAN ILMU ZAMAN KERAJAAN BANI ABBASIYAH DI BAGHDAD:

*PUSAT SUMBER

*PUSAT PENTERJEMAHAN

*PUSAT PENYELIDIKAN ILMIAH

*PUSAT PERTEMUAN PARA SARJANA


Pernyataan di atas merujuk kepada..

a)

Madrasah Nizamiyah

b)

Baitul Hikmah

c)

Darul Hikmah

d)

Kuttab

8.

- Mengadakan seminar perubatan

- Membina balai cerap

- Menyediakan peruntukan yang banyak


Pernyataan di atas merujuk kepada faktor Sains dan teknologi di Zaman Abbasiyah dari aspek

a)

Aktiviti penterjemahan

b)

Kreativiti para ulama

c)

Galakkan khalifah

d)

Globalisasi ilmu

9.

Kegiatan Baitul Hikmah ialah pusat sumber, pusat pertemuan sarjana dan ____________

a)

Pusat Pendidikan

b)

Pusat Penterjemahan

10.

Kota ________muncul sebagai pusat kecemerlangan ilmu pada zaman kerajaan Abbasiyah.

a)

Kufah

b)

Basrah

c)

Madinah

d)

Baghdad

11.

Antara tempat yang menjadi tumpuan para ilmu di zaman Abasiyah ialah Sicily dan ___________.

a)

Basrah

b)

Baghdad

c)

Damsyik

d)

Andalus

12.

"Pada zaman Kerajaan Abbasiyah, tempat ini bukan sekadar tempat beribadah bahkan sebagai pusat penyebaran ilmu yang dipenuhi dengan halaqah2 ilmu."


Institusi pendidikan yang dimaksudkan pada penyataan di atas ialah___________.

a)

Darul Hikmah

b)

Baitul Hikmah

c)

Masjid

d)

al Madrasah al Nizamiyah

13.

Laluan peniaga muslim yang menghubungkan Samarkand dan Turkistan hingga ke Canton China dikenali sebagai _________.

a)

Laluan Emas

b)

Laluan Sutera

14.

Khalifah yang paling warak

Menubuhkan Baitul Hikmah dan Jawatan Kadi al Qudah (Ketua Hakim)


Kenyataan di atas merujuk kepada _____________.

a)

Abu Abbas al Saffah

b)

Abu Jaafar al Mansur

c)

al Makmun

d)

Harun al Rashid

15.

Mengurus hasil pendapatan negara,

Mengawal perbelanjaan negara


Kenyataan di atas merujuk kepada _______________.

a)

Diwan al Jundi

b)

Baitul Himah

c)

Diwan Tasnif

d)

Diwan al Ard

e)

Baitumal

16.

Jizyah adalah ________________.

a)

Cukai tanah

b)

bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami negara Islam

c)

Harta rampasan perang

d)

Harta rampasan daripada kafir harbi yang diperolehi tanpa peperangan.

17.

Al-Ghanimah ialah.......

a)

cukai tanah ke atas pemilik bukan Islam dalam negara Islam

b)

cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi dalam negara Islam

c)

harta rampasan daripada orang kafir harbi bukan melalui peperangan

d)

harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam melalui peperangan

18.

Kharaj ialah.......

a)

cukai tanah ke atas pemilik bukan Islam dalam negara Islam

b)

cukai yang dikenakan kepada kafir zimmi dalam negara Islam

c)

harta rampasan daripada orang kafir harbi bukan melalui peperangan

d)

harta yang diperoleh daripada orang bukan Islam melalui peperangan

19.

Nyatakan sektor ekonomi yang utama karajaan Abasiyah

a)

Pertanian

b)

Perlombongan

c)

Perdagangan

d)

perikanan

e)

Perindustrian

20.

Pilih kenyataan yang BENAR mengenai usaha pemerintah untuk memajukan bidang pertanian.

a)

Melebarkan sungai-sungai dan tali air

b)

membuat penyelidikan dalam sektor pertanian

c)

membuka kawasan pertanian yang baru

d)

Melengkapkan perigi di pusat-pusat perniagaan khasnya di jalan-jalan utama.

21.

Diwan ______ bertanggungjawab mengutip cukai ke atas rakyat dalam negara.

a)

al Jundi

b)

al Kharaj

c)

al Tasnif

d)

al Ard

22.

Mesir dan _____________ adalah negara pengeluar pinggan mangkuk yang terkemuka.

a)

Parsi

b)

Iraq

c)

Syam

d)

Yaman

23.

"Banyak Pusat pendidikan didirikan oleh para khalifah, menteri dan orang kaya pada zaman Kerajaan Abbasiyah."


Pusat pendidikan yang terkenal ialah ______ yang dibina oleh salah seorang menteri berketurunan Saljuk.

a)

Darul Hikmah

b)

Baitul Hikmah

c)

Jamek al Mansur

d)

al Madrasah al Nizamiyah

24.

Diwan al-Jund pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah dikaitkan dengan

a)

pentadbiran

b)

ketenteraan

c)

pendidikan

d)

kewangan

25.

Faktor-faktor yang mendorong kejayaan tentera Islam Kerajaan Abasiyah ialah dipimpin oleh Khalifah yang berkaliber seperti ____________ dan ________________.

a)

Makmun

b)

al Mutawakkil

c)

Harun al Rashid

d)

Abu Jaafar al Mansur

26.

______________ digunakan oleh tentera Abasiyah yang berfungsi sebagai meriam.

a)

Dabbabah (Kayu pelentak)

b)

Manjanik (Ballista)

c)

Barud (gunpowder)

d)

Panah

27.

____________ adalah strategi peperangan yang membahagikan tentera kepada 5 ketumbukan besar yang mempunyai peranan masing-masing. Strategi ini diwarisi dari zaman Umar Al-Khatab dan diubah suai mengikut keperluan semasa.

a)

al Massahun

b)

al Karadis

c)

al Bahriyyah

d)

Manjanik (ballista)

28.

Berikut adalah antara pakar hadis yang muncul pada zaman Kerajaan Abasiyah kecuali ____________________.

a)

Iman Al-Bukhari menyusun kitab Sohih Al-Bukhari.

b)

Iman Abu Daud menyusun kitab Sunan Abu Daud

c)

Iman At-Tirmizi menyusun kitab Sunan At-Tirmizi.

d)

Iman Ibnu Majah menyusun kitab Sunan Ibnu Majah.

e)

Ibnu Jarir Tabari yang menyusun Kitab Tafsir al Tabari

29.

"Perkembangan ilmu falsafah telah memberi kesan negatif kepada umat Islam dalam perkara akidah kerana terdapat segelintir umat Islam yang menganggap falsafah Yunani adalah rujukan utama dalam masalah akidah."


Ulama terkenal yang telah melakukan pelbagai usaha bagi memurnikan semula akidah ialah _________ dan ______________.

a)

Imam Al- Ghazali

b)

Yahya bin Ziyad Al-Farra’

c)

Qadi Abu Yusuf

d)

Iman Abu Hassan Al-Asy’ari

30.

Ulama yang terkenal dalam bidang Matematik ialah ______________ . Beliau telah menghasilkan kitab bertajuk Hisab Al-Jabri wal Muqabalatun.

a)

Al-Batani (317H/929M)

b)

Muhammad bin Musa Al-Khawaranizmi (236H/850M)

c)

Jabir bin Hayyan (198H/813M)

d)

Al-Hassan bin Haritham (430H/1093M)

e)

As-Syarif Al-Idrisiyyi (461H/1037M)

31.

Ulama yang terkenal dalam bidang Geografi ialah ______________ . Beliau pernah dijemput oleh King Roger II dari Sicily untuk membuat peta dunia yang terkini pada zaman itu.

a)

Al-Batani (317H/929M)

b)

Muhammad bin Musa Al-Khawaranizmi (236H/850M)

c)

Jabir bin Hayyan (198H/813M)

d)

Al-Hassan bin Haritham (430H/1093M)

e)

As-Syarif Al-Idrisiyyi (461H/1037M)

32.

•Terletak di tebing sungai Daljah (Tigris).

•Dibina dlm bentuk bulatan & terdapat 4 pintu.

•Dikelilingi benteng yang kukuh.

•Di tengahnya dibina istana dan masjid jamek Al-Mansor


Kenyataan diatas merujuk kepada kota _______________.

a)

Andalus

b)

Baghdad

c)

Sicily

d)

Damsyik

33.

Pilih penyataan yang benar mengenai Industri Pembuatan di zaman Kerajaan Abasiyah.

a)

Tenunan, Hamparan dan permaidani – di iraq, Syiraz serta Asfahan di Farsi

b)

Barangan kaca, timbikar, dan moze – di Baghdad, Mesir dan Syam

c)

Perhiasan dan batu permata– Mesir dan Syam

d)

Barangan kulit dan senjata – Mesir, Andalus dan Maghribi

e)

Kertas – Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus

34.

Berikut adalah pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Abbasyiah dalam Bidang Ketenteraan KECUALI

a)

Membuka keanggotaan tentera kepada orang bukan arab seperti orang Turki dan Farsi

b)

Mengemaskini system pentadbiran dan stuktur organisasi ketenteraan

c)

Mengekalkan keanggotaan tentera hanya kepada orang arab.

d)

Memberi gaji dan imbuhan yang lumayan kepada tentera

35.

Tentukan faktor-faktor yang membawa kepada kemerosotan Kerajaan Abasiyah.

a)

Kegawatan ekonomi

b)

Perebutan kuasa pemerintah

c)

Pemberontakan puak Syiah dan Khawarij

d)

Tekanan daripada pihak atasan

e)

Serangan daripada luar

36.

Manakah faktor-faktor yang membawa kepada kegawatan ekonomi kerajaan Abasiyah?

a)

Pedagang luar takut untuk datang berdagang ke Baghdad

b)

Rusuhan dan pemberontakan banyak berlaku dalam negara

c)

Dana simpanan Baitul mal merosot dan tidak mampu mengimbangi perbelanjaan negara

d)

Negara mengalami musim kemarau yang panjang

e)

Hasil negara tidak banyak

37.

Berikut adalah kenyataan yang benar mengenai serangan-serangan luar yang terpaksa dihadapi oleh kerajaan Abasiyah kecuali..

a)

berhadapan dengan orang Georgia dan Armenia menyerang Azerbaijan mengakibatkan beribu-ribu umat Islam dibunuh dari sebelah Utara.

b)

berhadapan dengan ancaman tentera Salib dari sebelah Barat,

c)

berhadapan dengan ancaman kerajaan al-Tahiriah ,al-Buwihiah,al-Tuluniah dan al-Saljuqiah dari sebelah selatan,

d)

Dari sebelah Timur, Mongul yang dipimpin oleh Hulagu Khan

38.

Berikut ialah faktor-faktor kegemilangan kerajaan Bani Abbasiyah kecuali

a)

kestabilan politik

b)

kekuatan ekonomi

c)

kedudukan Baghdad yang strategik

d)

sokongan padu daripada negara-negara jiran

39.

Manakah penyataan yang benar mengenai dasar politik Kerajaan Abasiyah?

a)

memberi layanan yang adil kepada semua rakyatnya tanpa mengira bangsa dan keturunan

b)

menjalin hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara luar.

c)

mengutamakan bangsa Arab untuk menjawat jawatan-jawatan penting dalam kerajaan

40.

Kerajaan Abbasiyah mula mengalami kemerosotan semasa pemerintahan ______________________.

a)

Al-Mutawakkil

b)

al-Wathiq bin al-Muktasim

c)

al-Muntasir bin Al-Mutawakkil

d)

al Mahdi

41.

Apakah program dilaksanakan untuk memajukan bidang sains dan teknologi zaman bani Abasiyah ?

a)

Mengadakan seminar perubatan dalam setiap musim haji

b)

Menyediakan bantuan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang

c)

Membina pusat penyelidikan sains

d)

Menyediakan peruntukan yang banyak

e)

Aktiviti penterjemahan