wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

AGAMA & KEPERCAYAAN

Total questions: 30

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Apakah buku rujukan utama bagi pengikut Taoisme

a)

Tao Te Ching

b)

To De Ching

c)

Tao Fu Ching

d)

Tao Dung

2.

Apakah prinsip ketiga dalam sistem kepercayaan Taoisme?

a)

Yin dan Yang saling melengkapi untuk menghasilkan tenaga dan kekuatan.

b)

Manusia yang sombong akan mendapat celaan dan akan membuatkan dia berduka

c)

Manusia mengarah kepada kehidupan alamiah tanpa adanya proses ikut campur.

3.

Siapakah pengasas agama Kristian?

a)

Jesus Christ

b)

Naza Christ

c)

Nabi Musa

d)

Paulus

4.

Manakah antara berikut yang benar?

a)

Good Friday - Hari Kebangkitan Jesus

b)

Easter - Hari Kematian Jesus

c)

Krismas - Hari Kelahiran Jesus

d)

Sabbath - Hari Tahun Baru

5.

Apakah tujuan akhir dari hidup manusia bagi penganut agama Buddha?

a)

Dihidupkan dalam kegembiraan

b)

Kembali ke dalam syurga

c)

Dilahirkan sebagai manusia yang gembira

d)

Naik ke langit yang paling tinggi

6.

Manakah antara berikut kitab suci agama Buddha?

a)

Mahayana dan Mahabrata

b)

Tripitaka dan Mahabrata

c)

Sutra Mahayana dan Tripitaka

d)

Viyana Pittaka dan Sutra Mahabrata

7.

Manakah antara berikut BUKAN bahasa yang dituturkan oleh penganut agama Buddha.

a)

Sanskrit

b)

Pali

c)

Sinhala

d)

Rohingya

8.

Tahun berapakah pengasas Konfusianisme di lahirkan?

a)

550 SM

b)

551 SM

c)

650 SM

d)

661 SM

9.

Berapakah nilai akhlak yang utama dalam ajaran Konfusianisme?

a)

Lima

b)

Enam

c)

Lapan

d)

Sepuluh

10.

Apakah nama lain bagi Si Shu?

a)

Lima Klasik

b)

Empat Buku

c)

Lima Buku

d)

Empat Klasik

11.

Apakah nama kitab yang ditinggalkan oleh Guru Gobind Singh?

a)

Guru Sahib Singh

b)

Guru Adi Sahib

c)

Guru Granth Sahib

d)

Guru Gobind Sahib

12.

Apakah bahasa yang digunakan oleh penganut agama Sikh?

a)

Bahasa Punjabi

b)

Bahasa Tamil

c)

Bahasa Urdu

d)

Bahasa Sanskrit

13.

Berapakah bahagian kitab suci agama Hindu?

a)

Dua

b)

Empat

c)

Lima

d)

Sepuluh

14.

Dewa Vishnu adalah dewa

a)

Pelindung

b)

Pencipta

c)

Pemusnah

15.

Apakah maksud Islam?

a)

Penyerahan

b)

Penyelamat

c)

Pengabadian

d)

Pengakuan

16.

Apakah kitab suci agama Islam ?

a)

Al Hadith

b)

As Sunnah

c)

Al Quran

d)

Al Kitab

17.

Apakah konsep tauhid yang dipercayai oleh seorang muslim?

a)

Mempercayai bahawa tuhan bagi orang Islam ialah Allah.

b)

Mempercayai hubungan makhluk dengan penciptanya.

c)

Mempercayai adat resam orang melayu.

d)

Mempercayai bahawa setiap manusia akan mati.

18.

Agama Sikh merupakan salah satu daripada agama yang diamalkan di Malaysia. Antara berikut, apakah konsep ketuhanan yang diamalkan oleh penganut agama Sikh?

a)

Bersatu dengan alam sekitar dan kerohaniannya.

b)

Hubungan antara golongan tua dan golongan muda.

c)

Hubungan antara pemimpin dan masyarakat umum.

d)

Kehidupan secara sederhana.

19.

Tan Lee merupakan seorang penganut agama Buddha yang taat. Namun rakan serumahnya, Ah Long yang juga penganut agama Buddha adalah seorang kaki botol dan kaki perempuan. Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh Tan Lee terhadap rakan serumahnya?

a)

Tan Lee tidak menghiraukan Ah Long dengan alasan menghormati hak asasi masing-masing.

b)

Tan Lee menghalau Ah Long daripada menghuni rumah yang sama dengan melaporkan kepada pemilik rumah.

c)

Tan Lee memutuskan persahabatan dengan Ah Long kerana beliau akan memberikan pengaruh negatif kepadanya.

d)

Tan Lee menasihati dan membimbing Ah Long bagi menjauhi perbuatan terkutuk itu kerana menyalahi prinsip ajaran Buddha.

20.

Apakah hukum meminum arak bagi orang Islam?

a)

Haram

b)

Wajib

c)

Makruh

d)

Harus

21.

Syariah dalam ajaran Islam meliputi aspek

a)

muamalat, munakahat, ibadah dan jinayat

b)

muamalat, mahmudah, jinayat dan ibadah

c)

muamalat, munakahat dan ibadah

d)

muamalat, ibadah dan jinayat

22.

Jalan Lapan Lapis Mulia telah diperkenalkan oleh Buddha sebagai

a)

melihat kehidupan sekarang disebabkan oleh perbuatan yang lepas

b)

penyelesaian menamatkan kesengsaraan dalam kehidupan duniawi

c)

memimpin manusia ke arah pendamaian dan cara berfikir yang logik

d)

memperjuangkan nasib wanita dan membantah pengalaman sistem kasta

23.

Kelvinjit Singh seorang penganut agama Sikh. Manakah antara amalan berikut yang TIDAK akan dilakukan olehnya?

a)

memakai seluar panjang

b)

tidak memotong rambutnya

c)

memakai gelang besi waja

d)

membawa satu sikat kecil

24.

Matlamat hidup seorang penganut agama Hindu ialah berusaha melakukan dharma, melakukan kebaikan dan mengelakkan kejahatan yang membawa karma yang buruk supaya dapat membebaskan dirinya daripada

a)

segala kedukaan dan mencapai nirwana

b)

kitaran samsara untuk mencapai moksha

c)

pelbagai penyakit dan keinginan kepada nafsu

d)

segala gundah gelana dan mencapai ketenangan

25.

Apakah maksud Tao melahirkan yang Satu dari sudut pengikut ajaran Taoisme?

a)

Kuasa yang membentuk segala makhluk.

b)

Sesuatu tindakan yang semulajadi dan bukan paksaan.

c)

Kuasa keharmonian dalam perjuangan antara nyawa dengan kematian.

d)

Kuasa tindakan bukan secara semulajadi tetapi menerusi latihan.

26.

Apakah maksud Wu-Wei bagi pengikut Taoisme?

a)

Kehidupan yang mementingkan lima hubungan masyarakat.

b)

Kehidupan yang sederhana dan mengambil jalan tengah berdasarkan jadual Vices.

c)

Kehidupan yang tidak dikongkong oleh hawa nafsu dan harus membantu golongan yang lemah dan tua.

d)

Kehidupan yang sederhana, bebas dan tidak dikongkong oleh hawa nafsu.

27.

Menyampaikan berita baik tentang pelaksanaan janji Tuhan dengan pengikut- pengikutnya dalam Kitab Lama selepas memberitahu bagaimana Tuhan mencipta alam dalam masa enam hari.Pernyataan ini menerangkan tentang

a)

kepercayaan oleh pengikut Taoisme

b)

ajaran yang terkandung dalam kitab Gospel

c)

Hadis yang dipegang oleh penganut agama Islam

d)

Perjanjian Baru yang diamalkan dalam agama Kristian

28.

Pengikut ajaran Taoisme mempercayai almanak T’ung Shu yang digunakan untuk

a)

menentukan hari yang sesuai untuk peristiwa seperti perjalanan jauh ataupun memulakan perniagaan

b)

mengawal keseimbangan dalam aliran badan

c)

menentukan kesesuaian penempatan rumah atau perniagaan

d)

mengekalkan keseimbangan dan keharmonian badan dengan makanan herba

29.

Terdapat dua perayaan yang utama. Perayaan 1 disambut oleh penganutnya setelah sebulan berpuasa. Manakala Perayaan 2 pula digalakkan melakukan pengorbanan, simbolik cerita pengorbanan seorang ayah yang taat kepada agama. Pernyataan di atas merupakan ciri agama

a)

Buddha

b)

Kristian

c)

Islam

d)

Hindu

30.

Apakah yang dimaksudkan dengan Mokhsa dalam agama Hindu?

a)

Setiap orang harus menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

b)

Kebebasan dari rantaian kelahiran.

c)

Kebebasan daripada kitaran hidup dan mati.

d)

Setiap aksi atau tindakan akan mempunyai reaksi.