NEW
Font size
WorksheetsKUIZ SEJARAH ( TINGKATAN 4)
Total questions: 20
Worksheet time: 7mins
Bagaimanakah raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan ?
ikrar taat setia
Upacara angkat sumpah
menderma wang kepada pemerintah
membina pintu gerbang di setiap daerah
Apakah gelaran bagi seorang raja dalam sistem pemerintahan Mesir Purba
Amon-Re
Pendeta
Ulama
Firaun
Apakah sumbangan tamadun China dalam peradaban dunia.
Sistem cukai
Sistem peperiksaan
Sistem perundangan
Pemerintahan demokrasi
Srivijaya digelar sebagai kerajaan maritim yang terulung di Asia Tenggara pada abad ke-7 hingga abad ke-13 M. Mengapakah wujudnya gelaran tersebut?
Kerajaan paling tua
Hasil perdagangan menguntungkan
Memiliki bala tentera laut yang besar
Kemewahan hidup rakyat dan pembesar
Halimatus Sa'diyah merupakan salah seorang tokoh yang berkait rapat dengan kehidupan Nabi Muhammad SAW. Siapakah tokoh tersebut kepada Nabi Muhammad SAW?
Ibu susuan
Sahabat
Nenek
Isteri
Sistem pendidikan pada zaman pemerintahan British gagal menyatupadukan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah berlaku keadaan sedemikian?
Pengaruh golongan ulama
Penyekatan ancaman komunis
Pembentukan sekolah inggeris
Perkembangan sekolah vernakular
Apakah manfaat yang diperoleh masyarakat Melayu menerusi Akta Tanah Simpanan Melayu
Mengusahakan tanaman komersial
Melindungi pertanian tradisional
Membekalkan subsidi dan baja
Mengekalkan hak milik tanah
Apakah yang menyebabkan berlakunya perkembangan dalam sistem pertanian kerajaan Angkor?
Perkembangan penternakan
Penguasaan laluan perdagangan
Penjualan bahan mentah menguntungkan.
Penglibatan raja dalam pembinaan baray
Apakah yang dimaksudkan dengan istilah arkeologi?
Kajian terhadap tinggalan petempatan manusia Zaman Prasejarah
Kajian terhadap tinggalan sejarah masyarakat lampau melalui kajian manuskrip
Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau secara sistematik melalui proses gali cari
Kajian terhadap tinggalan artifak, ekofak dan feature masyarakat lampau secara sistematik melalui proses pemerhatian dan temu bual
Dalam sesetengah masyarakat, alam sekitar seperti pokok, batu dan laut dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati. Mengapakah mereka beranggapan sedemikian?
Menghindari masyarakat daripada ditimpa bala
Demi menjaga keamanan dan kemakmuran hidup
Kerana alam sekitar yang mengawal kehidupan manusia
Kerana alam sekitar mempunyai kuasa ghaib yang menguasai alam sekeliling
Apakah kesan daripada pengenalan sistem pendidikan vernakular semasa penjajahan di Tanah Melayu?
Keadaan huru hara
Perbezaan pendapat
Perpaduan sukar dicapai
Peningkatan institusi pengajian
Bagaimanakah pembesar Melayu melibatkan diri dalam sektor perlombongan bijih timah?
Menentukan jenis barang dagangan
Menetapkan harga bijih timah
Meluaskan pasaran barangan
Melantik komprador
Dalam tamadun Mesopotamia, pusat bagi sesebuah kota ialah?
Istana
Pelabuhan
Rumah ibadat
Kubu pertahanan
Penganut agama Hanif digelar?
Rasul
Hanif
Syeikh
Hunafa
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Ciri masyarakat Arab Jahiliah manakah yang harus dielakkan oleh masyarakat kita?
Assabiah
Bersatu padu
Saling membantu
Saling menghormati
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada?
12 Rabiulawal 570 M.
12 Rabiulakhir 570 M
12 Rabiulawal Tahun Gajah
12 Rabiulakhir Tahun Gajah
Semasa pembukaan semula kota Makkah, orang Arab Quraisy yang menyerah diri telah diampunkan dan dibebaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w.. Apakah sikap yang ditunjukkan oleh baginda?
Pemaaf
Simpati
Bertolak ansur
Suka membantu
Nabi Muhammad s.a.w. sering bertahannuth di Gua Hirak. Apakah yang dimaksudkan dengan bertahannuth?
Mempelajari selok-belok perniagaan
Mengasingkan diri untuk menuntut ilmu agama
Mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah
Mengasingkan diri akibat kecewa dengan masalah masyarakat sekeliling
Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. merupakan titik tolak kemunculan agama Islam. Wahyu yang dimaksudkan ialah?
Surah al-Alaq
Surah al-Anfal
Surah al-Imran
Surah al-Muddasir
Bilakah peristiwa hijrah berlaku?
12 September Tahun 622 M.
12 September Tahun 623 M.
12 Oktober Tahun 622 M.
12 Oktober Tahun 623 M.
