wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TOKOH TINGKATAN 5-SOLEH

Total questions: 60

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Ulama hadis yang keturunannya bersambung dengan Sayyid Jamaludin al-Agfani ialah

a)

Imam Ahmad Hanbali

b)

Imam al-Tarmizi

c)

Imam al-Bukhari

d)

Imam al-Ghazali

2.

Sayyid Jamaludin al-Afghani pernah dilantik sebagai anggota majlis al-Ma’rif di.....

a)

Iran

b)

Russia

c)

Istanbul

d)

Baghdad

3.

Majlis al-Ma’rif bermaksud

a)

Kementerian Kesihatan

b)

Kementerian Pendidikan

c)

Kementeriaan Pertahanan

d)

Kementerian Pembangunan Manusia

4.

Sayyid Jamaludin al-Afghani meninggal dunia ketika berusia..

a)

50 tahun

b)

60 tahun

c)

70 tahun

d)

80 tahun

5.

Berikut adalah bentuk-bentuk Islah yang dibawa oleh Sayid Jamaludin al-Afghani kecuali

a)

Menyeru umat Islam supaya bertaklid

b)

Mengembalikan kegemilangan umat Islam

c)

Membina perpaduan umat Islam tanpa mengira bangsa

d)

Menjelaskan keburukan fanatik terhadap sesuatu mazhab

6.

Apakah nama akhbar yang diasaskan oleh Sayyid Jamaludin al-Afghani di London?

a)

Al-Urwatul Wusqa

b)

Al-Khafiqin

c)

Al-Tijarah

d)

Misr

7.

Anak murid Sayyid Jamaludin al-Afghani yang meneruskan idea islah beliau ialah

a)

Syeikh Muhammad Abduh

b)

Syeikh Abu Bakar al-Asy’ari

c)

Sayyid Sheikh al-Hadi

d)

Syeikh Tahir Jalaludin

8.

Sayyid Jamaludin al-Afghani menguasai beberapa bahasa dunia antaranya....

I Jerman

II Perancis

III Russia

IV Urdu

a)

I II dan III

b)

I II dan IV

c)

I III dan IV

d)

II III dan IV

9.

Manakah berikut merupakan kesan reformasi pemikiran Jamaludin terhadap masyarakat Islam?

I Membangkitkan semangat anti penjajah

II Penyelewengan agama semakin berleluasa

III Lahir beberapa tokoh perjuangan selepasnya

IV Mengubah pemikiran rakyat kepada kemajuan

berfikir

a)

I,II dan III

b)

I,II dan IV

c)

I,III dan IV

d)

II,III dan IV

10.

Manakah antara berikut tempat-tempat yang pernah Sayyid Jamaludin al-Afghani kunjungi.

I Iran

II Jordan

III London

IV Baghdad

a)

I II dan III

b)

I II dan IV

c)

I III dan IV

d)

II III dan IV

11.

· * Lahir dalam keluarga petani di Tanta, Mesir pada tahun 1249H / 1849M

· * Pernah menerbitkan majalah “ Al ‘Urwatul Wusqa”


Pernyataan di atas merujuk kepada tokoh

a)

Hamka

b)

Ibnu Khaldun

c)

Sheikh Tahir Jalaluddin

d)

Sheikh Muhammad Abduh

12.

Antara berikut yang manakah merupakan hasil karya Sheikh Muhammad Abduh

a)

Risalah Al Tauhid

b)

Ihya Ulumuddin

c)

Tafsir Al Azhar

d)

Al Muwattok

13.

Sheikh Muhammad Abduh telah menyerapkan konsep islah dalam sistem pentadbiran. Apakah pembaharuan yang beliau lakukan.

a)

Menghadkan semua pegawai terdiri dari orang Islam

b)

Memperkenal peraturan dari barat dalam pentadbiran

c)

Mengubah sistem pentadbiran kehakiman yang lebih sistematik

d)

Memasukkan undang – undang Inggeris ke dalam undang – undang Islam

14.

Sheikh Muhammad Abduh pernah menubuhkan satu badan yang dinamakan “Al Jamiah Al Khairiyyah” untuk para pelajar.


Apakah fungsi badan tersebut.

a)

Tempat rujukan dan kajian

b)

Asrama untuk pelajar yang jauh

c)

Tempat Kaunseling untuk pelajar bermasalah

d)

Membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan

15.

Sheikh Muhammad Abduh berasal dari negara

a)

Mesir

b)

Indonesia

c)

Arab Saudi

d)

Afghanistan

16.

Semasa bekerja di Universiti Al Azhar , Sheikh Muhammad Abduh memegang jawatan sebagai

a)

Pensyarah

b)

Naib Canselor

c)

Pegawai perpustakaan

d)

Ahli Majlis Pengurusan

17.

Di negara manakah Sheikh Muhammad Abduh menerbitkan majalah Al Urwatul Wusta

a)

Mesir

b)

Perancis

c)

Sepanyol

d)

Arab Saudi

18.

Pada tahun 1882, Sheikh Muhammad Abduh telah di hukum buang negeri.

Apakah tuduhan yang dikenakan terhadap beliau?

a)

Enggan bekerjasama dengan Perdana Menteri Mesir

b)

Penerbitan majalah yang diharamkan Kerajaan Mesir

c)

Terlibat dalam pemberontakan ‘Urabiyy

d)

Menolak jawatan hakim

19.

Jawatan yang di sandang oleh Sheikh Muhammad Abduh ketika bekerja di Akhbar Al Waqa i’ Al Misriyyah ialah

a)

Wartawan

b)

Pengarang

c)

Ketua Editor

d)

Bahgaian penerbit

20.

Berikut merupakan bukan faktor yang mendorong Sheikh Muhammad Abduh menyerapkan konsep islah dalam pendidikan

a)

Umat Islam tertumpu kepada ilmu naqli dan aqli

b)

Menyedari sistem pendidikan yang ketinggalan zaman

c)

Kekurangan prasarana pendidikan untuk pelajar miskin

d)

Inspirasi dari idea islah Sayyid Jamaluddin Al Afghani

21.

Hamka seorang yang mahir berpidato sehinggakan beliau pernah diberi penghormatan untuk berpidato dalam satu rancangan radio di ?

a)

Indonesia

b)

Malaysia

c)

Arab Saudi

d)

Mesir

22.

Karya termasyhur Hamka yang telah meninggalkan kesan dalam bidang ilmu dan pemikiran di alam melayu ialah

a)

Al-Mukaddimah

b)

Al-Qanun fi Tib

c)

Al-Umm

d)

Tafsir al-Azhar

23.

Tujuan HAMKA mengasaskan Persatuan HindiaTimur semasa berada di Makkah ialah untuk

a)

Merangka program untuk meyekat kemaraan Belanda di Indonesia

b)

Memberi pengajaran agama kepada Jemaah haji Indonesia

c)

Menyebarkan idea islah dalam kalangan Jemaah haji seluruh dunia

d)

Merancang program menentang budaya barat di kalangan Negara Islam

24.

Berikut ialah metode yang digunakan oleh HAMKA dalam meyampaikan dakwah Islamiyyah nya


I Pidato

II Penulisan

III Jawatan yang disandang

IV Media elektronik

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

25.

Mengapakah HAMKA terkenal sebagai tokoh tersohor nusantara?

a)

Kerana menentang keras gerakan islah

b)

Kerana menentang kemaraan Belanda di Indonesia

c)

Kerana sumbangan besarnya dalam bidang agma,sastera dan falsafah

d)

Kerana menetang penubuhan Majlis Ulama Indonesia

26.

Yang berikut adalah perjuangan Hamka , kecuali

a)

Mengetuai front pertahanan Nasional

b)

Mendirikan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah

c)

Melancarkan penentangan bidaah dan khurafat

d)

Melancarkan serangan menentang penjajah Belanda di Indonesia

27.

Pilih penyataan yang tidak benar mengenai Hamka

a)

Beliau mahir dalam pelbagai bidang ilmu

b)

Tokoh ulama yang membawa pembaharuan kepada umat Islam

c)

Menerima banyak anugerah daripada Universiti Al-Azhar Mesir

d)

Menolak gerakan Islah yang boleh memecah belahkan umat Islam

28.

Berikut adalah sebab hamka menubuhkan Pusat Latihan Dakwah Muhammadiah

a)

Bagi menghapuskan amalan bidaah dan khurafat

b)

Sebagai tempat mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan

c)

Sebagai pusat pengajian ilmu agama dan akademik

d)

Sebagai tempat pemulihan akidah orang Islam

29.

Antara berikut, manakah bukan hasil karya Hamka dalam bidang agama

a)

Falsafah hidup muslim

b)

Tafsir al-Azhar

c)

Revolusi Agama

d)

Tasawwuf moden

30.

Apakah kelebihan Hamka yang membantu beliau menyebarkan islam kepada masyarakat ?


I Pandai berpidato

II Sahabat kepada ulama

III Anak ulama terkenal

IV Berani menegakkan kebenaran

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

31.

Bilakah As-Syeikh Tahir Jalaluddin diberikan gelaran As-Syeikh?

a)

Ketika menjadi kadi di Johor

b)

Ketika menjadi mufti di Perak

c)

Ketika mengajar di Masjidil Haram di Makkah

d)

Ketika menjadi nazir sekolah-sekolah agama di Johor

32.

Antara yang berikut,Manakah bukan mesej As-Syeikh Tahir Jalaluddin kepada masyarakat Islam ?

a)

Menolak amalan taklid

b)

Menguasai ilmu fardhu ain sahaja

c)

Menjauhkan pengaruh yang negatif dari luar

d)

Mengajak masyarakat Islam supaya mengamalkan ajaran Islam yang sebenar

33.

Yang berikut adalah sumbangan As-Syeikh Tahir Jalaluddin dalam bidang Ilmu dan pemikiran kecuali.....

a)

Menerbitkan majalah untuk menyalur idea islah kepada masyarakat Melayu

b)

Berjuang untuk membebaskan Masyarakat Melayu dari penjajahan

c)

Beliau merupakan penggiat falsafah Islam moden di Malaysia

d)

Menubuhkan Madrasah Al-Iqbal Al-Islamiah di Singapura

34.

Berikut ialah metode As-Syeikh Tahir Jalaluddin dalam menyampaikan idea islah


*Melalui penerbitan majalah dan akhbar

*Melalui jawatan-jawatan yang disandang

*Melalui proses pengajaran di madrasah-madrasah

*Melalui ceramah dan perbincangan dengan anggota masyarakat

a)

I,IIdan III

b)

I,IIdan IV

c)

I.III dan IV

d)

II,III dan IV

35.

Siapakah yang membantu As-Syeikh Tahir

Jalaluddin menerbitkan majalah Al-Imam di Singapura ?


a)

As-Syeikh Muhammad Abduh

b)

As-Syeikh Muhammad Jamil

c)

As-Syed Syeikh Al-Hadi

d)

As-Syeikh Abdul Karim

36.

Lahir di Sumatera Barat , Indonesia pada tahun 1869 Masihi , Bapanya seorang ulamak terkenal dan pernah menjawat jawatan mufti Perak dan Johor.

Penerangan di atas menerangkan tentang riwayat hidup tokoh

a)

SayyidJamaluddin Al-Afghani

b)

As-Syeikh Tahir Jalaliddin

c)

As-Syeikh Muhammad Abduh

d)

Hamka

37.

As-Syeikh Tahir Jalaluddin seorang yang suka membaca , Di rumah beliau ada menyediakan........

a)

Skim pinjaman buku

b)

Kedai untuk jual beli buku

c)

Bilik Khusus untuk membaca

d)

Perpustakaan kecil

38.

Sumbangan terbesar As-Syeikh Tahir Jalaluddin dalam bidang pendidikan ialah menubuhkan sebuah madrasah di Singapura yang bernama

a)

Madrasah al-Iqbal al-Islamiyyah

b)

Madrasah al-Hadi

c)

Madrasah al-Mansur

d)

Madrasah al-Adabiyah

39.

Nyatakan majalah yang diterbitkan oleh As-Syeikh Tahir Jalaluddin


a)

Neraca

b)

Al-Imam

c)

Al-Munir

d)

Pedoman hidup

40.

Pernyataan manakah yang tidak benar tentang As-Syeikh Tahir

Jalaluddin ?


a)

Beliau merupakan anak saudara HAMKA

b)

Beliau pernah mengajar di Masjidil Haram

c)

Beliau mendapat gelaran al-falaki

d)

Beliau pernah dipenjarakan oleh Belanda

41.

Manakah antara berikut bukan guru

kepada Ibnu Sina?

a)

Al-Biruni

b)

Ismail Al-Zahid

c)

Abdullah Al-Nabuli

d)

Muhammad Al-Massah

42.

Manakah di antara berikut tiada kaitan dengan IBnu Sina

a)

Mencipta ubat bius

b)

Berguru dengan Ibnu Khaldun

c)

Mengarang kitab Al-Alfiyyah al-Tibbiyyah

d)

Pernah merawat penguasa Jurjan Syams al-Ma’ali Qabus

43.

· Dilahirkan pada tahun 370H/980M di Afsyanah Bukhara,Turkistan

· Bapanya seorang penguasa Kharmaisan,Bukhara

Penyataan di atas merujuk kepada tokoh…

a)

Ibnu Sina

b)

Imam Hanaf

c)

Ibnu Khaldun

d)

Imam Bukhari

44.

Karya tersohor Ibnu Sina dalam bidang perubatan ialah


I. Al-Isyarat

II. Al-Qanun Fi al-Tib

III. Al-Adawiyah al-Qalbiah

IV. Al-Syifa’ Fi al-Hikmah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

45.

Bilakah Ibnu Sina meninggal dunia?

a)

418

b)

428

c)

438

d)

483

46.

Muallafat Ibnu Sina

a)

Kelemahan Ibnu Sina

b)

Karya-karya Ibnu Sina

c)

Sumbangan-sumbangan Ibnu Sina

d)

Institut yang mengkaji pemikiran Ibnu Sina

47.

Menghasilkan ubat dan priskripsi yang mujarab untuk pelbagai penyakit kronik dan ubat bius

Penyataan di atas merujuk kepada pencapaian Ibnu Sina dalam

a)

Bidang farmasi

b)

Teknologi perubatan

c)

Penemuan penyakit baru

d)

Menyelesaikan masalah pesakit

48.

Ibnu Sina pernah menjadi penasihat agung kepada...

a)

Amir di Jurjan

b)

Amir di Hamazan

c)

Amir di Khawarizan

d)

Amir di Asfahan

49.

Antara berikut adalah hasil penemuan Ibnu Sina kecuali

a)

Penemuan penyakit baru dan puncanya

b)

Penemuan ubat bius semasa pembedahan

c)

Penemuan pengaruh kuman dalam penyakit

d)

Penemuan pengaruh kuman dalam penyakit

50.

Penemuan pengaruh kuman dalam penyakit

a)

Mula mempelajari al-Quran ketika berumur 5 tahun.

b)

Menghasilkan karya sebanyak 116 buah.

c)

Menjadi penasihat agung kepada Amir di Asfahan

d)

Dilantik sebagai perdana menteri oleh Gabenor Hamazan

51.

Hasil karya Ibnu Khaldun yang termasyhur adalah dalam bidang

a)

Sejarah

b)

Falsafah

c)

Perubatan

d)

Matematik

52.

Antara berikut ,manakah bukan jawatan yang pernah disandang oleh beliau ?

a)

Pensyarah Universiti

b)

Anggota Majlis Ilmiah

c)

Setiausaha Sulit Sultan

d)

Ketua Hakim Negara Mesir

53.
  • Abdul Rahman bin Muhammad
  • Muhammad bin Ibrahim al Ibli
  • Ahmad bin al- Qassar

Penyataan di atas merujuk kepada…

a)

Guru

b)

Sahabat

c)

Anak murid

d)

Rakan sekerja

54.

Berikut ialah panduan Ibnu Khaldun dalam memurnikan ilmu sejarah.

I Membandingkan antara peristiwa berdasarkan kaedah sebab musabab

II Mengambil kira pengaruh iklim dan alam sekitar

III Mengkaji keadaan penduduk dan pekerjaan

IV Mengkaji peristiwa-peristiwa yang lalu

a)

I , II dan III

b)

I , III dan IV

c)

I , II dan IV

d)

II,III dan IV

55.

Dimanakah university Ibnu Khaldun dibina ?

a)

Tunisia

b)

Baghdad

c)

Kuala Lumpur

d)

Jakarta, Indonesia

56.

IbnuKhaldun terkenal sebagai penggiat budaya dan kesusasteraan Arab

Di manakah beliau mendapatkan kemahiran tersebut ?

a)

Tunisia

b)

Andalus

c)

Granada

d)

Baghdad

57.

Satu universiti telah menjadikan anugerah ilmiah yang berprestij sempena nama Ibnu Khaldun iaitu IbnKhaldun Chair of Islamic Studies.

Universiti manakah yang dimaksudkan bagi pernyataan di atas ?

a)

University Of Paris, Perancis

b)

Oxford University , England

c)

Frankfurd University,Jerman

d)

University of America, Washington

58.

Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai Ibnu Khaldun.

a)

Termasyhur dalam bidang perubatan

b)

Mendapat pendidikan asas daripada bapanya

c)

Dilahirkan di Tunisia pada tahun 1332 Masihi

d)

Pakar dalam ilmu kemasyarakatan dan undang-undang

59.

Ibnu Khaldun memberi sumbangan yang besar dalam aspek-aspek yang berikut kecuali

a)

Ekonomi

b)

Keagamaan

c)

Pendidikan

d)

Kemasyarakatan

60.

Apakah perkara penting dalam membina sesebuah negara menurut Ibnu Khaldun?

a)

Sumber alam dalam negara

b)

Kekuatan dan kestabilan politik

c)

Rakyat yang berbilang kaum dan kebudayaan

d)

Agama, ekonomi, dan akhlak pemimpin serta rakyat