wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata kerja

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.
  1. Peniaga itu ___________ keuntungan dengan mengenakan harga jualan yang tinggi kepada pelanggan-pelanggannya.
a)

meraih

b)

mencapai

c)

mengumpul

d)

mengais

2.

Mulut adik _____________ semasa mendengar cerita yang disampaikan oleh nenek.

a)

tertutup

b)

tersengih

c)

terlopong

d)

terkatup

3.

Banduan itu terpaksa ____________ di penjara selama lima tahun akibat kesalahan mencuri.

a)

menetap

b)

menginap

c)

meringkuk

d)

menumpang

4.

Syarikat Tonggak Maju mampu ____________ projek kerajaan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit.

a)

melaksanakan

b)

meningkatkan

c)

mengadakan

d)

menganjurkan

5.

Adik ___________ kerana memakai kasut tumit tinggi ibu.

a)

terjatuh

b)

tertimpa

c)

terhantuk

d)

terhempas

6.

Aida ____________________ perca-perca kain itu pada selimut yang koyak.

a)

melekatkan

b)

menampalkan

c)

meletakkan

d)

mencantumkan

7.

Sang Kancil yang cerdik itu berjaya _______________ sungai yang dalam dengan tipu helahnya.

a)

melepasi

b)

melangkahi

c)

mengharungi

d)

menyeberangi

8.

Lidahnya melecur kerana _____________ air yang masih panas itu.

a)

terhisap

b)

tersedut

c)

tertelan

d)

terhirup

9.

Bekalan air di kawasan kami sering ___________ .

a)

terganggu

b)

terkandas

c)

terpotong

d)

terhalang

10.

Murid-murid Tahun Enam Gigih ketawa berdekah-dekah apabila mendengar celoteh guru kelas mereka yang __________ hati.

a)

menggeletek

b)

menyentuh

c)

mencuit

d)

menggores