Font size
Worksheetsperniagaan SPM kertas 1 SET A
Total questions: 40
Worksheet time: 38mins
Apakah tujuan perniagaan dijalankan?
Menawarkan barang dan perkhidmatan kepada penguna.
Mementingkan keuntungan semata-mata
Meningkatkan pendapatan peniaga.
Meningkatkan ekonomi negara.
X ---- Individu yang menawarkan barang dan perkhidmatan kepada orang ramai.
Siapakah yang mewakili x di atas?
Pengguna
Kerajaan
Penjual
NGO
Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)
Menjual barang pada harga bawah kos.
Menjaga kebajikan ahlinya.
Menghasilkan barang dan perkhimatan kepada pengguna untuk mendapatkan untung.
Menyediakan perkhidmatan secara percuma atau sukarela.
Apakah yang dimaksudkan dengan jualan dibawah harga kos?
Penjual menjual barang melebihi harga kos sebenar.
Penjual menjual barang pada harga yang lebih rendah daripada jumlah kos.
Penjual menjual barang pada harga diskaun.
Apakah tujuan Borang A digunakan dalam perniagaan milikan tunggal?
Memperbaharu pendaftaran perniagaan
Memohon kelulusan nama perniagaan
Mendaftar penubuhan perniagaan
Mengubah maklumat perniagaan
Puan Firda menubuhkan sebuah perniagaan runcit dengan menggunakan wang simpanannya sebagai modal. Beliau dibantu oleh dua orang anaknya untuk menguruskan perniagaan tersebut.
Apakah jenis milikan perniagaan yang dipilih oleh Puan Firda?
Perkongsian
Syarikat sendirian berhad
Syarikat berhad
Milikan tunggal
- Menanggung liabiliti tidak terhad
- bilangan pemilik 2 hingga 20 orang
Apakah jenis milikan perniagaan tersebut?
A. Koperasi
syarikat berhad
Milikan tunggal
Perkongsian
Papan tanda yang manakah menunjukkan perniagaan
perkongsian?
Gerai Nasi Ayam Fatin
Klinik Dr. Ho dan Hiew
KEDAI TELEKOM BHD
SYARIKAT RAMESH SDN BHD
Pentadbiran sebuah syarikat sendirian berhad dikawal dan diuruskan oleh
pemiutang-pemiutang syarikat
pemegang-pemegang syer
ahli lembaga pengarah
pekerja syarikat
Apakah kelebihan Syarikat Awam Berhad berbanding
Syarikat Sendirian Berhad?
Pemegang syer menanggung liabiliti tidak terhad
Syer bebas dijual kepada orang ramai untuk menambah modal
Pemegang syer mempunyai kuasa mutlak melantik Ahli Lembaga Pengarah
Syarikat awam berhad mempunyai perundangan sendiri
- Penggunaan jenama perniagaan meati mendapat kebenaran syarikat induk
- peniaga perlu membayar royalti
Apakah cara perniagaan tersebut?
Perkongsian
Francais
Kedai sejaras
Jualan langsung
Menyumbang modal sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti perniagaan.
Rakan kongsi nominal
Rakan kongsi lelap
Rakan kongsi terhad
Rakan kongsi aktif
Kriteria manakah yang menentukan saiz sesuatu perniagaan.
Jumlah Modal pusingan
Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja
Jumlah pemegang saham
Jumlah pendapatan semasa
. Aktiviti manakah merupakan sektor ketiga?
Pertanian
Perternakan
Perkilangan
Perkhidmatan
Manakah yang merupakan tahap pasaran antarabangsa
Skala zon
Skala negeri
Skala tempatan
Skala kebangsaan
Antara yang berikut, manakah yang betul tentang
kepentingan struktur organisasi? (pilih 2 jawapan betul)
Melatih sumber manusia
Menetapkan visi dan misi
Mewujudkan rantaian arahan
Mengagihkan sumber organisasi dengan berkesan
Antara yang berikut, kesalahan manakah yang dilakukan oleh kakitangan yang boleh disiasat dan diambil tindakan oleh organisasi. (pilih 3 yang betul)
Ingkar arahan penyelia
Merompak orang awam
Menyalahgunakan aset syarikat
Menerima rasuah daripada pembekal
kesalahan Encik Malik Kudus, seorang kerani akaun
--> Lewat datang kerja sebanyak dua kali
Apakah tindakan yang patut diambil oleh majikan?
Tiada kenaikan pangkat
Ditahan kenaikan gaji
Amaran bertulis
Dipecat kerja
Berhubung dengan aspek pengelolaan sumber manusia.
pernyataan manakah yang betul tentang sistem penggajian?
Perniagaan yang mengamalkan sistem penggajian yang menarik dapat menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi
Pekerja yang telah berkhidmat lama akan dibayar gaji yang lebih tinggi berbanding pekerja mahir
Sistem penggajian yang kompetitif dapat meningkatkan kemahiran pekerja
Sistem penggajian yang adil dapat mengurangkan kadar lantik henti
Pilih definisi kebolehkerjaan yang betul.
Kemahiran yang dimiliki oleh pekerja dalam organisasi
Sistem dan peraturan kerja dalam sesebuah organisasi
Etika kerja yang perlu ada pada kakitangan organisasi
Peralatan yang sesuai digunakan dalam proses kerja
Syarikat Lever's Tech Berhad adaLah sebuah syarikat yang menghasilkan dan memasarkan pelbagai barangan elektrik dan elektronik. Syarikat ingin mengeluarkan sejenis produk baharu. Untuk itu, syarikat membentuk satu kumpulan khas seramai lima orang untuk menyediakan konsep produk
Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang perlu ada pada ahli dalam kumpulan berkenaan?(pilih 2 jawapan)
Berdikari
Penggunaan teknologi terkini
Kemahiran berkomunikasi
Kerja berpasukan
Mengapakah pelbagai jenis kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal graduan?
Berkeupayaan untuk menyelesaikan masalah
Dapat berkomunikasi dengan berkesan
Dapat merancang dan mengurus diri
Majikan berminat menawarkan kerja
Encik Nizam Gam berumur 45 tahun dan bertugas sebagai jurujual kereta dengan Syarikat X-Motors Sdn. Bhd. Sebelum ini, beliau pernah bekerja sebagai juruteknik menguji kereta di kilang pengeluaran kereta selama 25 tahun setelah menamatkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang keiuruteraan mekanikal
Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan berkenaan?
Keberkesanan mencapai sasaran individu dan pasukan
Berpengetahuan tentang produk
Berpengalaman
Kelayakan yang sesuai
Puan Azleen seorang akauntan bertauliah.
a. Pernah bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah syarikat cari gali minyak antarabangsa selama 10 tahun.
b. Sekarang ingin menjadi jururunding pelaburan dalam syarikat minyak dan gas.
Apakah keperluan kemahiran kebolehkerjaan yang ada pada Puan Azleen?
Keberkesanan mencapai sasaran kumpulan
Berpengetahuan tentang produk
Berpengalaman dalam industri
Kelayakan yang sesuai
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan ciri sejenis struktur
organisasi.
a. Pengelompokan tugas mengikut kemahiran individu dalam bidang pengeluaran, pemasaran dan kewangan.
b. Kebanyakan perniagaan kecil mengamalkan struktur organisasi ini kerana mudah dibentuk.
Apakah struktur organisasi berkenaan?
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan geografi
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Struktur organisasi berdasarkan produk
Perniagaan manakah yang sesuai mengamalkan struktur organisasi berdasarkan matriks?
Kilang roti dan kek
Agensi pengildanan
Institusi kewangan
Pengeluar kereta
Mengapakah bank mengamalkan struktur organisasi
berdasarkan pelanggan?
Bilangan pelanggan bank adalah ramai
Bank mempunyai cawangan di merata-rata
Bank dapat meminimumkan kos operasi perniagaan
Bank menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan
Syarikat Nisley Berhad adalah sebuah syarikat tempatan bersaiz besar memasarkan pelbagai keluaran pengguna yang terdiri daripada makanan dan minuman seperti biskut, bijirin, mi segera, sos, dan minuman kesihatan. Keluaran syarikat diedarkan di Malaysia, Negara ASEAN, Timur Tengah, dan China. Pada masa terdekat, syarikat bercita cita untuk mengedarkan hasilnya ke Asia Barat dan Amerika Selatan.
Struktur organisasi manakah yang paling sesuai untuk Syarikat Nisley Berhad untuk mencapai matlamat perniagaan?
Struktur organisasi berdasarkan fungsi
Struktur organisasi berdasarkan produk
Struktur organisasi berdasarkan matriks
Struktur organisasi berdasarkan geografi
Apakah maksud gaji?
Elaun, bonus, dan komisen yang dibayar kepada pekerja tetap syarikat
Bayaran yang dibayar kepada kakitangan yang bekerja lebih daripada lapan jam
Bayaran yang dibayar kepada pekerja berdasarkan tempoh jam bekerja
Bayaran tetap yang dibayar kepada pekerja yang menyumbangkan tenaga
Apakah tujuan penggajian yang diamalkan oleh sesebuah
organisasi perniagaan? pilih 3
Menarik pekerja yang sesuai untuk bekerja dengan organisasi
Memotivasikan pekerja agar dapat memaksimumkan produktiviti
Mengekalkan pekerja yang berpengalaman untuk terus berkhidmat
Dapat memenuhi keperluan undang-undang dan peraturan gaji minima
Antara yang berikut, item manakah yang digolongkan
sebagai komponen gaji?
Upah
Gaji asas
Komisen
Bonus
Encik Mat Lentok ialah jurujual syarikat - Beliau dibayar sebanyak 15% daripada jumlah jualan yang dilakukannya.
Encik Man Sembang ialah pekerja sambilan syarikat - beliau dibayar sebanyak RM100 sehari setiap kali hadir kerja.
Apakah bentuk penggajian Encik Mat Lentok, Encik Man Sembang?
Mat Lentok - gaji, Encik Man Sembang - elaun
Mat Lentok - elaun, Encik Man Sembang - gaji
Mat Lentok - elaun, Encik Man Sembang - upah
Pada 1 Januari 2016, Cik.Nadia mempunyai baki sebanyak RM500 dalam akaun semasanya.
Pada 5 Januari 2016, beliau telah memasukkan tunai sebanyak RM600 ke dalam akaun tersebut.
Pada 10 Januari 2016, beliau telah diberikan kelulusan overdraf oleh bank untuk mengeluarkan cek bernilai RM1800 untuk pembayaran. Cik Nadia akan dikenakan faedah oleh bank untuk amaun sebanyak.
RM700
RM500
RM700
RM600
Pembiayaan hutang oleh institusi kewangan terhadap invois dikenal sebagai….
Pajakan
Pemfaktoran
Sewa beli
Pinjaman perniagaan
Antara yang berikut, manakah sumber modal bagi syarikat penerbitan? PILIH 2
Penulis
Pereka grafik
Bangunan dan kilang
Peralatan teknologi dan komunikasi
Manakah yang benar mengenai agensi tersebut?
Menawarkan geran insentif dalam bidang sains dan teknologi
Memberi jaminan kredit
Menawarkan modal tambahan kepada usahawan
Menyediakan kemudahan ruang niaga
Manakah yang diperlukan semasa membuat permohonan pembiayaan daripada agensi berkenaan?
Salinan bil utiliti
Lesen perniagaan
Salinan kad pengenalan
Salinan lesen pihak berkuasa tempatan
Cik Amalina merupakan seorang tukang jahit yang mengambil upah menjahit pakaian di sekitar kawasan rumahnya. Setelah beberapa tahun, Cik Amalina mengambil keputusan untuk memulakan sebuah butik dengan menggunakan modal simpanannya dan sumber pembiayaan daripada agensi kerajaan
Mengapakah Cik Amalina mengambil keputusan untuk membuat permohonan kepada agensi kerajaan dan bukan dengan bank dan institusi kewangan?
Kos pinjaman lebih murah
Jumlah pinjaman tidak terhad
Beliau tidak mempunyai cagaran bernilai
Pinjaman tidak tertakluk kepada terma dan syarat
Syarikat Penerbitan Bestari memohon hak cipta terpelihara bagi beberapa karya yang diterbitkan. Apakah tujuan syarikat tersebut berbuat demikian?
Mendapatkan hak perundangan ke atas ciptaan mereka
Mendapatkan kebenaran untuk mencetak karya syarikat
Mendapatkan kelulusan untuk menjual pada harga diskaun
Mendapatkan kebenaran memasarkan karya syarikat ke luar Negara
Apakah tujuan menguruskan sumber fizikal?
Mencukupi untuk memenuhi keperluan pengguna
Supaya berada dalam keadaan selamat
Boleh dijual semula untuk mendapatkan keuntungan
Berfungsi dan boleh digunakan untuk operasi pengeluaran
