wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MPU2322 IMM Final Test

Total questions: 20

Worksheet time: 1hrs 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah tuduhan barat terhadap Islam dalam abad ke-21 ini?

a)

Islam menggalakkan perdamaian.

b)

Islam menggalakkan kepada penganutnya bersikap ekstrim terhadap penganut agama yang lain.

c)

Islam menganjurkan kesepaduan antara kaum.

d)

Islam tidak sesuai dengan era sains & teknologi.

2.

“Merupakan hukum-hukum syariat yang berkaitan dengan urusan dunia seperti jual beli dan barangan sewaan”. Apakah istilah yang dimaksudkan dengan pernyataan tersebut?

a)

Munakahat

b)

Muamalat

c)

Akhlak

d)

Maliyyah

3.

Manakah antara berikut BUKAN terkandung dalam konsep Maqasid Syariah?

a)

Menyeru manusia menjauhi zina dan maksiat

b)

Melahirkan masyarakat yang beriman

c)

Mencari rezeki dengan cara yang halal

d)

Menerima semua pandangan orang lain

4.

Antara berikut, yang manakah BUKAN asas-asas syariat Islam?

a)

Akidah

b)

Mahmudah

c)

Syariah

d)

Akhlak

5.

Selain al-Quran, apakah sumber nilai yang menjadi rujukan dalam aksiologi Islam?

a)

al-Zabur

b)

al-Sunnah

c)

Taurat

d)

al-Balaghah

6.

Encik Faizal telah dikenakan hukuman sebat di atas kesalahannya meminum arak di khalayak ramai.


Manakah Maqasid Syariah yang PALING TEPAT berhubung dengan hukuman di atas?

a)

Menjaga akal

b)

Menjaga harta

c)

Menjaga agama

d)

Menjaga maruah

7.

Yang manakah antara berikut merupakan agama SAMAWI?

a)

Yahudi

b)

Buddha

c)

Hindu

d)

Sikh

8.

Apakah asas-asas hubungan sosial yang boleh diterapkan dalam kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia?

a)

Saling kenal-mengenali (Taaruf) sesama jiran untuk memusuhinya

b)

Sentiasa salah faham terhadap orang lain

c)

Membantu dan menolong orang yang di dalam kesusahan samada sesama agama atau tidak

d)

Berkasih sayang (Mahabbah) hanya sesama bangsa dan agama

9.

Pilih kenyataan yang BENAR mengenai ar-Rahnu:

a)

Sistem ekonomi yang memberi bantuan kepada golongan yang susah

b)

Akan mengenakan caj perkhidmatan terhadap setiap transaksi secara berpatutan

c)

Adalah satu perjanjian di antara penggadai dan penerima gadaian

d)

Hanya layak kepada golongan tertentu sahaja

10.

Antara penyataan berikut, yang manakah BENAR tentang syura (mesyuarat)?

a)

Syura dilakukan dalam semua perkara, termasuklah yang telah dijelaskan dalam al-Quran

b)

Syura hanya boleh dilakukan dalam hal-hal pentadbiran sahaja

c)

Syura merupakan konsep perbincangan yang melibatkan ahli-ahli majlis syura

d)

Syura berlaku selepas kewafatan Baginda S.A.W

11.

Ekonomi Islam mementingkan falsafah tauhid, di antaranya ialah tazkiyah. Berikut adalah benar mengenai prinsip tazkiyah dalam ekonomi Islam KECUALI:

a)

Prinsip tazkiyah ini akan mengotorkan jiwa, menghapuskan sifat mahmudah dalam aktiviti ekonomi yang dijalankan

b)

Prinsip tazkiyah ini akan membersihkan harta daripada hak orang lain yang terdapat dalam harta seseorang individu

c)

Prinsip tazkiyah ini akan melahirkan individu yang jujur amanah dan mempunyai sikap bertanggungjawab

d)

Prinsip tazkiyah akan membawa keberkatan kepada hasil ekonomi yang dijalankan

12.

Zakat merupakan salah satu daripada ibadah teras dalam Islam. Manakah antara berikut hikmah kewajipan berzakat?

a)

Membersihkan jiwa daripada sifat mencintai harta

b)

Memberi jaminan kewangan kepada golongan miskin secara berterusan

c)

Melahirkan masyarakat yang sentiasa cintakan Rasulullah S.A.W

d)

Dapat mengembangkan negara Islam

13.

Masyarakat adalah di antara pihak yang berperanan penting dalam menjayakan sektor pendidikan negara. Antara peranan mereka adalah:

a)

Memberi sokongan mental dan fizikal kepada setiap lapisan masyarakat

b)

Mengutamakan golongan tertentu untuk memajukan potensi dalam pendidikan

c)

Memastikan maklumat dan kesedaran kepentingan pendidikan tidak tersebar terlalu luas

d)

Membentuk sikap mengutamakan pendidikan bagi mencapai kesenangan hidup

14.

Berikut adalah benar mengenai takaful dan insurans KECUALI:

a)

Takaful mengikut sistem dan cara Islam, manakala insuran mengikut sistem kapitalis

b)

Takaful membuat pelaburan dalam unsur riba’ dan perjudian, manakala insurans lebih telus dan adil

c)

Takaful memberi keuntungan samarata, manakala keuntungan insurans hanya sebelah pihak sahaj

d)

Takaful mempunyai lembaga pengarah dan panel syariah Islam, manakala insurans mempunyai lembaga pengarah sahaja

15.

Islam menyatakan bahawa rezeki & kekayaan adalah dari datang dari Allah s.w.t. Apakah amalan yang dianjurkan oleh Islam untuk menggalakkan umatnya saling berkongsi harta dan bertujuan untuk menyucikannya dari unsur yang haram?

a)

Derma kebajikan

b)

Sumbangan amal masyarakat

c)

Amalan zakat, wakaf dan sedekah

d)

Tajaan penganjuran aktiviti masyarakat

16.

Istilah yang digunakan bagi membincangkan persoalan nilai ilmu ialah...

a)

Epistemologi

b)

Aksiologi

c)

Antropologi

d)

Ontologi

17.

Pilih pernyataan yang BENAR mengenai ijma’ sebagai sumber perundangan Islam.

i. Sumber perundangan penting selepas as-Sunnah

ii. Merupakan kata sepakat Rasulullah s.a.w. bersama dengan para sahabat.

iii. Kesepakatan perlu dicapai oleh seluruh para mujtahid.

iv. Jika seorang mujtahid tidak bersetuju, maka ia tidak dianggap ijma’.

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

Semua di atas

18.

Dalam aktiviti muamalat Islam terdapat beberapa kriteria penting yang perlu dititikberatkan. Di antaranya adalah:

i. Aqad dalam perjanjian.

ii. Tidak mengamalkan riba.

iii. Mengamalkan gharar.

iv. Mengamalkan prinsip takaful.

a)

i, ii, dan iii

b)

i, ii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

Semua di atas

19.

Pilih kenyataan yang BENAR tentang konsep pendidikan dalam Islam.

i. Pendidikan juga dianggap sebagai ibadah

ii. Pendidikan dalam Islam adalah untuk seumur hidup

iii. Menuntut ilmu adalah satu kewajipan bagi lelaki dan perempuan

iv. Pendidikan yang bersumberkan aqli

a)

i, ii dan iii

b)

i.iii dan iv

c)

ii, iii dan iv

d)

i, ii dan iv

20.

Hudud merupakan hukuman bagi jenayah yang telah ditentukan oleh syariat Islam. Manakah antara berikut BUKAN merupakan jenayah hudud?

i. Menuduh zina

ii. Meninggalkan solat

iii. Tidak menunaikan zakat

iv. Minum arak


a)

i dan iii

b)

i dan iv.

c)

ii dan iv

d)

ii dan iii