NEW
Font size
WorksheetsSains Tingkatan 2 Ulangkaji PT3
Total questions: 25
Worksheet time: 18mins
Mengapakah sesetengah bahagian badan seperti bibir dan hujung jari lebih peka pada rangsangan berbanding dengan bahagian badan yang lain?
Reseptor di bahagian ini lebih besar
Terdapat lebih banyak reseptor di bahagian ini
Lapisan epidermis di bahagian ini adalah lebih tebal
Antara sifat cahaya yang berikut, yang manakah yang digunakan dalam periskop?
Pantulan cahaya
Pembiasan cahaya
Penyerapan cahaya
Penyerakan cahaya
Mengapakah dinding bahagian dalam sebuah pawagam dilapisi dengan papan lembut?
untuk menghasilkan gema
untuk menyerap bunyi dengan baik
untuk menghasilkan bunyi yang kuat
untuk memantulkan bunyi dengan baik
Antara yang berikut, yang manakah kepentingan karbohidrat kepada manusia?
Sumber tenaga utama
Pelarut bagi sesetengah vitamin
Membantu dalam penyahtinjaan
Untuk pembaikan sel-sel yang rosak
Seorang pelajar mendapat kemalangan jalan raya. Beliau kehilangan banyak darah akibat pendarahan yang berterusan daripada kecederaannya. Vitamin apakah yang kurang dalam gizi beliau?
Vitamin A
Vitamin B
Vitamin C
Vitamin K
Antrara ujian makanan berikut yang manakah dapat mengesahkan kehadiran glukosa dalam suatu sampel makanan?
Ujian Iodin
Ujian Millon
Ujian Benedict
Ujian emulsi
Bahagian manakah pada sistem pencernaan terlibat dengan penyerapan semula air?
Usus kecil
Usus besar
Duodenum
Pankreas
Apakah fungsi hati dalam sistem pencernaan makanan manusia?
Menghasilkan cecair hempedu yang mengemulsikan lemak
Merembeskan jus pankreas yang mengandungi enzim
Merembeskan cecair berasid yang membunuh mikroorganisma
Menghasilkan enzim yang memecahkan protein kepada polipeptida
Antara pernyataan berikut yang manakah betul tentang biodiversiti?
Kepelbagaian organisma hidup
Tempat tinggal organisma hidup
Organisma hidup daripada spesies yang sama
Perbezaan sifat antara spesies organisma hidup
Antara haiwan berikut, yang manakah tergolong dalam kumpulan mamalia?
Helang
Kelawar
Penyu
Penguin
Antara pernyataan yang berikut, yang manakah BETUL tentang tumbuhan dikotiledon?
Mempunyai satu kotiledon pada biji benih
Mempunyai dua kotiledon pada biji benih
Mempunyai batang lembut
Membiak dengan spora
- Membuat makanan sendiri
- Mempunyai batang
- Tidak mempunyai akar
- Membiak melalui spora
Antara tumbuhan berikut yang manakah dihuraikan oleh pernyataan di atas?
Lumut
Pokok ru
Spirogira
Paku pakis langsuyar
Apakah pasangan berikut yang manakah mewakili jenis interaksi Komensalisme?
Serigala dan singa
Kulat dan batang pokok
Ikan badut dan buran laut
Ikan jerung dan ikan remora
Apakah kebaikan kawalan biologi berbanding kawalan kimia?
Menghapuskan semua perosak
Tidak mencemarkan alam sekitar
Haiwan perosak dapat dimusnahkan dalam masa yang singkat
Memastikan pemangsa dapat terus hidup dan bertambah bilangannya
Haiwan X hanya makan tumbuhan. Oleh itu, haiwan X dikenali sebagai..
Pengeluar
Pengguna primer
Pengguna sekunder
Pengurai
Tekanan udara di dalam bekas tertutup dipengaruhi oleh...
isipadu bekas dan suhu udara
suhu dan ketumpatan udara
jisim dan ketumpatan udara
suhu dan jisim udara
Daya graviti yang bertindak ke atas sesuatu objek ialah
jisim objek tersebut
berat objek tersebut
isipadu objek tersebut
daya tolakan ke atas objek tersebut
Suatu beban seberat 100 N memanjangkan spring sebanyak 1.5cm. Berapakah berat beban yang akan dapat memanjangkan spring sebanyak 4.5cm?
100 N
200 N
300 N
350 N
Seorang pekerja berjisim 60 kg mengangkat sebuah kotak berjisim 10 kg ke tempat yang tingginya 2 m.
Hitungkan kerja yang dilakukan oleh pekerja itu.
(anggapkan daya graviti yang bertindak ke atas jisim 1 kg ialah 10N)
120 J
600 J
1000 J
1400 J
Apakah kuasa sebuah kren yang mengangkat beban berjisim 1000 kg setinggi 20 m dalam masa 40 saat?
(Anggap daya graviti yang bertindak ke atas jisim 1 kg ialah 10 N)
500 W
2000 W
5000 W
20 000 W
Antara haiwan berikut yang manakah disokong oleh rangka hidrostatik?
Lipas
Cacing
Belut
Kala jengking
Antara tumbuhan berikut yang manakah mempunyai akar sokong sebagai struktur sokongan khasnya?
Pokok angsana
Pokok jagung
Pokok bakau
Pokok jati
Apakah hubungkait antara luas tapak objek dengan kestabilannya?
Lebih kecil luas tapak objek, lebih stabil objek
Lebih besar luas tapak objek, lebih stabil objek
Antara alat berikut, yang manakah tergolong dalam tuas kelas kedua?
Playar
Gunting
Penyepit ais
Pembuka botol
Nyatakan kelas tuas bagi cangkul
Kelas pertama
Kelas kedua
Kelas ketiga
