Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

intai bahasa

Total questions: 20

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Kerajaan akan menaik taraf balai raya-balai raya di seluruh daerah untuk memudahkan masyarakat desa bermesyuarat.

a)

menaiktaraf

b)

balai raya

c)

balai-balai raya

d)

menaiktarafkan

2.

"Patik akan menyediakan hidangan untuk Tuan Puteri Senandung dengan segera," sembah dayang kepada baginda sultan.

a)

Beta

b)

santapan

c)

anaknda

d)

sultan

3.

kami teramat kagum sekali apabila mendengar berita kejayaan atlet itu dalam Sukan Komanwel 2018.

a)

amat kagum sekali

b)

amat kagum

c)

bila

d)

di

4.

Musim kemarau yang berpanjangan menyebabkan tanah di bendang itu kontang-kanting.

a)

musim-musim

b)

tanah-tanih

c)

kering-kontang

d)

kuntang-kanting

5.

Para pelajar mesti menjaga tata-tertib ketika berada di dalam makmal untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

a)

tatacara

b)

tata cara

c)

tatatertib

d)

tata tertib

6.

Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan telah bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia untuk menguat kuasakan undang-undang keselamatan jalan raya

a)

jalanraya

b)

di Raja

c)

bekerja sama

d)

menguatkuasakan

7.

Keenakkan makanan tradisional telah mendapat pujian daripada pelancong yang berkunjung ke Pesta Makanan Halal Se-Malaysia.

a)

seMalaysia

b)

Se Malaysia

c)

pelancung

d)

keenakan

8.

Salah satu punca banjir kilat kerap berlaku di kawasan itu adalah sistem perparitan yang kurang sempurna.

a)

pada

b)

ialah

c)

adalah

9.

Hujah beliau tentang keburukan penyalah gunaan laman sosial ialah benar.

a)

keburukkan

b)

penyalahgunaan

c)

adalah

10.

"Objektif aktiviti pembersihan secara gotong-royong ini ialah untuk menghalang pembiakkan nyamuk Aedes, " kata pengerusi persatuan pemduduk itu.

a)

Pengerusi

b)

aedes

c)

pembiakan

d)

adalah

11.

Sempena ulang tahun ke25 perkahwinan mereka, Encik Kelvin merancang untuk membawa isterinya melancung ke Kota Paris

a)

Semperna

b)

ke-25

c)

melancong

d)

di

12.

Rata-rata pekerja yang baru diambil bekerja itu merupakan graduan lepasan ijazah universiti tempatan yang berusia dalam lingkungan awal 20an.

a)

di ambil

b)

20-an

c)

20 an

d)

Universiti

13.

Selepas berjaya meraih pingat perak untuk acara terjun 10 meter platform se-irama, Pandalela Rinong hanya memperoleh kedudukan ke sebelas untuk acara terjun wanita 10 meter platform perseorangan.

a)

seirama

b)

Pingat Perak

c)

kesebelas

d)

demi

14.

Beberapa orang pemuda yang berjubah dan beserban kelihatan pergi dari rumah ke rumah untuk berdakwah

a)

pemuda-pemudi

b)

serta

c)

berserban

d)

daripada

15.

Ketua Pengarah JPJ menasihati para-para pengguna lebuhraya supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan dan tidak memandu kenderaan mereka secara merbahaya

a)

para

b)

lebuh raya

c)

berbahaya

d)

jangan

16.

Kementerian Pertahanan diberi peruntukkan yang besar untuk pembelian pelbagai peralatan ketenteraan yang diperlu oleh ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia.

a)

peruntukan

b)

berbagai

c)

diperlukan

d)

ketiga

17.

Sebagai persediaan menghadapi musim tengkujuh, beberapa buah sekolah serta dewan serbaguna telah dikenal pasti untuk dijadikan sebagai penempatan sementara mangsa banjir

a)

serba guna

b)

petempatan

c)

dikenalpasti

d)

pesediaan

18.

Sesiapa yang menyaksikan insiden pelanggaran antara sebuah bas persiaran dengan sebuah lori di Lebuh Raya Karak petang semalam diminta supaya menghubungi pihak polis.

a)

perlanggaran

b)

pesiaran

c)

siapa

d)

di antara

19.

Larian Khairul Hafiz Jantan dalam acara 100 meter dan 200 meter di Sukma tidak terkejar dan tidak tersaing oleh pelari-pelari lain.

a)

tersaingi

b)

dalam

c)

pada

d)

pelari

20.

"Kalau kamu terpandangkan anak kucing saya yang hilang itu, tangkap dan bawalah anak kucing itu ke rumah saya," kata Lina kepada Sarah.

a)

terpandang

b)

terpandang akan

c)

terpandangi

d)

memandang