wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

HW raya haji

Total questions: 40

Worksheet time: 31mins

Name
Class
Date
1.

Seorang bayi hanya diiktiraf sebagai anak susuan setelah disusukan sebanyak ___ kali susuan

a)

2

b)

3

c)

4

d)

5

2.
Menghadiri walimatul urus adalah wajib dengan syarat
a)
Tiada unsur maksiat
b)
Jemputan khas untuk orang kaya
c)
Diadakan secara besar-besaran
d)
Tiada pembaziran
3.
Wali ialah orang yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang hendak berkahwin. Syarat wali ialah
a)
Bertanggungjawab
b)
Berakal
c)
Berharta
d)
Jujur
4.

Tawaaf yang wajib dikerjakan ialah

a)

Nazar

b)

Wida'

c)

Qudum

d)

Ifadah

5.

Berikut ialah rukun umrah kecuali

a)

Sa'i

b)

Tawaf

c)

Wuquf

d)

Bercukur

6.
Tarikh difardukan haji menurut pendapat Doktor Wahbah al-Zuhaili ialah
a)
6 Hijrah
b)
7 Hijrah
c)
8 Hijrah
d)
9 Hijrah
7.

Berikut adalah pengubahsuaian ciptaan Allah yang diharuskan oleh syara'

a)

Memakai susuk

b)

Pembedahan bibir mulut yang sumbing

c)

Pembedahan jantung cipanzi kepada manusia

d)

Membesarkan payudara

8.
Raja-raja Melayu menerima sistem residen yang bertindak sebagai penasihat. Kenyataan tersebut merujuk kepada
a)
Ordinan mahkamah 1948
b)
Perjanjian Pangkor 1874
c)
Enekmen undang-undang sivil 1937
d)
Kelulusan piagam keadilan 1807
9.

Sebab-sebab hilang kelayakan hadanah ialah

a)

Murtad

b)

Berkelakukan buruk atau fasik

c)

Berpindah ketempat jauh dari kanak-kanak

d)

Berkahwin dengan mahram kanak-kanak tersebut

10.

Urutan yang betul orang yang berhak memelihara kanak-kanak selepas berlaku perceraian ialah

a)

Ibu - nenek sebelah ibu - nenek sebelah bapa

b)

Bapa - ibu - nenek sebelah ibu

c)

Ibu - nenek sebelah ibu - bapa

d)

Bapa - ibu - nenek sebelah ibu

11.

Kenyataan yang benar mengenai syarat-syarat hadanah ialah

a)

Berkahwin dengan lelaki ajnabi

b)

Tidak menjaga maruah diri

c)

Berakal dan berfikiran waras

d)

Tinggal di kawasan kanak-kanak tersebut

12.
Pernyataan yang benar mengenai mut'ah ialah
a)
Mengeluarkan sesuatu untuk kebaikan
b)
Kewajipan suami terhadap isteri dan anak-anak
c)
Harta yang dibayar oleh suami kepada isteri yang diceraikan atas kehendak suami
d)
Harta yang wajib diberikan kerana perkahwinan
13.
Antara tanggungjawab bersama suami dan isteri ialah
a)
Menyediakan keperluan pakaian dan makanan
b)
Memberi didikan agama
c)
Mengekalkan kasih sayang terhadap rumah tangga
d)
Menyediakan tempat kediaman yang sesuai
14.
Berikut adalah perbuatan yang dilarang ketika berihram. Larangan yang khusus kepada jemaah haji lelaki ialah
a)
Memakai wangi-wangian
b)
Mengerat atau memotong kuku
c)
Memburu atau membunuh binatang
d)
Memakai penutup kepala
15.

Berikut adalah syarat sah melontar kecuali

a)

Melontar 7 kali pada setiap jamrah

b)

Melontar 7 biji anak batu secara serentak

c)

Mestilah menggunakan batu atau apa-apa sahaja yang sama dengannya

d)

Melontar menggunakan tangan bagi yang mampu

16.
Hilman menunaikan solat subuh, ketika tahiyat akhir beliau teringat bahawa beliau terlupa membaca doa qunut. Hukum solat Hilman ialah
a)
Sah dan sunat sujud sahwi
b)
Sah dan wajib menambah 1 rakaat
c)
Tidak sah dan wjaib mengulangi semula solat
d)
Sah tetapi wajib mengulangi semula bacaan qunut
17.
Amyn melakukan solat Zohor, beliau terlupa melakukan tahiyat awal sedangkan beliau berada pada tahiyat akhir. Apakah yng perlu dilakukan oleh Amyn
a)
Sujud sahwi sebelum salam
b)
Mengulangi semula tahiyat awal
c)
Menambah 1 rakaat
d)
Menambah 1 rakaat dan sujud sahwi
18.
Berikut adalah cara untuk mendapat khusyuk dalam solat kecuali
a)
Memandang tempat sujud
b)
Membaca al-Quran secara berlagu
c)
Memahami ayat-ayat yang dibaca
d)
Menumpu perhatian terhadap ibadah
19.
Antara berikut yang manakah kenyataan yang salah mengenai kuasa pengampunan dalam hukuman jenayah Islam
a)
Dalam kesalahan takzir pemerintah boleh memberikan pengampunan
b)
Waris mangsa berhak memberikan pengampunan dalam kesalahan qisas
c)
Dalam jenayah hudud tiada pihak yang mempunyai kuasa pengampunan
d)
Pembunuh dikenakan diat walaupun mangsa telah mengampunkan pembunuh sebelum kematian
20.
Apakah konsep tawakal yang bertentangan dengan Islam
a)
Berazam mendapatkan kejayaan
b)
Berserah semata-mata kepada Allah
c)
Berdoa agar dikurniakan apa yang dihajati
d)
Berikhtiar dan berusaha bersungguh-sungguh
21.

Antara berikut yang manakah terletak di bawah bidang kuasa mal mahkamah syariah

a)

Tuntutan nafkah

b)

Penderaan isteri

c)

Ingkar pada suami

d)

Perbuatan sumbang mahram

22.
Pernyataan yang benar mengenai wadi'ah ialah
a)
Menjadikan sesuatu barang sebagai sandaran
b)
Menjaga harta orang lain sebagai amanah
c)
Sesuatu kepentingan utama dalam sesuatu syarikat
d)
Modal diserahkan kepada pengusaha
23.
Islam sebagai addin bermaksud
a)
Satu pegangan hidup
b)
Satu cara hidup yang lengkap
c)
Satu panduan hidup
d)
Agama disisi Allah dalam kehidupan manusia
24.

Hukuman kepada penzina Ghairu muhsan ialah

a)

Direjam sampai mati

b)

Disebat 80 kali sebatan

c)

Disebat 100 kali sebatan

d)

Dibuang daerah

25.

Yang manakah contoh nasakh bacaan tanpa hukum?

a)

Pengurangan bilangan susuan

b)

Penetapan had zina kepada penzina Muhsan

c)

Pertambahan bilangan mukmin yang sabar dalam jihad

d)

Perubahan kiblat dari masjidil aqsa ke masjidil haram

26.
Berikut ialah syarat pelaksanaan qisas bagi kesalahan membunuh kecuali
a)
Mendapat keizinan ahli waris
b)
Mangsa bunuh terpelihara darahnya dengan sebab Islam
c)
Orang yang dijatuhkan hukuman adalah mukalaf
d)
Pembunuh bukan terdiri daripada bapa, ibu taau datuk ke atas
27.
Kerja atau projek dalam al-Mudarabah hendaklah dijalankan oleh
a)
Pemodal
b)
Pengusaha
c)
Penjual saham
d)
Peguam syarikat
28.

Siapakah isteri Rasulullah yang digelar صوامة دان قوامة kerana banyak berpuasa sunat dan beribadah kepada Allah

a)

Hafsah

b)

Aisyah

c)

Khadijah

d)

Ummu Salamah

29.
Semasa bertayamum Ahmad tidak mengangkat tangan dari anggota tayamum sebelum selesai sapuan. Apakah hukum perbuatan tersebut?
a)
Wajib
b)
Makruh
c)
Sunat
d)
Harus
30.
Manakah yang berikut bukan pendapat aliran Muktazilah
a)
Al-Quran adalah makhluk dan bukan Qadim
b)
Allah hanya mempunyai zat dan bukan sifat
c)
Allah tidak berkuasa menentukan nasib manusia
d)
Baik dan buruk sesuatu perbuatan ditentukan oleh Allah
31.
Am dalam ilmu usul fiqh bermaksud
a)
Lafaz yang mempunyai maksud lebih daripada satu
b)
Lafaz yang digunakan untuk makna yang ditakhsis
c)
Lafaz yang menunjukkan kepada sesuatu perkara tidak tertentu dalam jenisnya tanpa ikatan
d)
Lafaz yang digunakan untuk makna yang umum merangkumi semua makna yang sesuai baginya
32.
Antara berikut yang manakah benar mengenai wasiat
a)
Wasiat boleh diberikan kepada orang kaya
b)
Wasiat mestilah tidak melebihi 1/2 daripada harta
c)
Barang wasiat hendaklah merangkumi ain dan manfaat
d)
Lafaz qabul mestilah diucap sejurus selepas lafaz ijab
33.
Antara tanda al-Quran itu sebagai mukjizat ialah
a)
Penurunan secara beransur-ansur
b)
al-Quran diturunkan di dalam bahasa arab
c)
Keindahan bahasanya yang tidak dapat ditandingi
d)
Mengandungi perinsip-perinsip
34.

Ibadah solat diwajibkan lima waktu sehari semalam. Kenyataan di atas merujuk kepada

a)

العدالة

b)

الشمول

c)

قلة التكاليف

d)

عدم الحرج

35.
Dua golongan yang wajib meminta izin sebelum masuk bilik ibu bapa pada waktu-waktu tertentu ialah
a)
Anggota keluarga yng telah baligh dan hamba
b)
Kanak-kanak yang belum baligh dan tetamu
c)
Hamba dan kanak-kanak yang belum baligh
d)
Anggota keluarga yang telah baligh dan tetamu
36.

Amalan sunat dibulan Ramadan

a)

Berbuka dengan tamar

b)

Menyegerakan bersahur

c)

Membanyakkan bersedekah

d)

Membanyakkan membaca al-Quran

37.
Tauhid al-Uluhiyah bermaksud
a)
Mempercayai dan meyakini bahawa Allah sahaja yang wajib disembah
b)
Mempercayai dan meyakini bahawa Allah sahaja yang memberi rezeki
c)
Mempercayai dan meyakini bahawa Allah sahaja yang mencipta alam
d)
Mempercayai dan meyakini bahawa Allah sahaaja yang menghidup dan mematikan
38.
Nayan telah selesai melakukan solat Zohor, apabila hendak melakukan solat Asar beliau syak sama ada wuduknya batal atau belum. Beliau terus melakukan solat Asar. Berdasarkan situasai tersebut dalil yang membolehkan Nayan meneruskan solat Asar
a)
الاستصحاب
b)
المصالح المرسلة
c)
العرف والعادة
d)
عمل أهل المدينة
39.

Aliff berkata kepada isterinya "Saya cerai kamu dengan bayaran RM2000", adalah contoh lafaz

a)

Fasakh

b)

Khulu'

c)

Talak

d)

Zihar

40.

Hukuman kepada peminum arak ialah

a)

30 kali sebatan

b)

40 kali sebatan

c)

50 kali sebatan

d)

60 kali sebatan