NEW
Font size
WorksheetsPenjodoh Bilangan (A-C)
Total questions: 27
Worksheet time: 14mins
Pak Karim menebang pokok itu dengan se__________ kapak yang tajam.
bilah
buah
batang
butir
Saya terjumpa se_______ jam tangan yang cantik di dalam bilik itu.
biji
buah
bentuk
butir
Encik Samad mempunyai se__________ tanah yang luasnya dua puluh hektar di kampung itu.
baris
buah
bidang
carik
gugus
biji
cucuk
batang
Di kedai itu, hanya tinggal beberapa __________ tikar sahaja.
buku
baris
bidang
batang
Di tepi perhentian bas itu terdapat se__________ tiang lampu.
bilah
buah
baris
batang
Mei Mei menjerit kerana terduduk di atas se__________ jarum.
buku
cebis
bilah
butir
Dua __________ kerusi di bahagian hadapan tempat duduk itu dikhaskan untuk tetamu jemputan.
bilah
batang
bentuk
baris
Pak Leman pulang dari ladang dengan menjunjung se__________ kayu api.
bilah
buah
berkas
buku
Mak Tijah memasukkan se__________ garam ke dalam masakannya.
cubit
biji
cucuk
cekak
Puan Maisarah membeli beberapa __________ benang emas untuk membuat tekat pada cadar baldu itu.
biji
buku
butir
cekak
Dua __________ keris tersilang pada dinding rumah Encik Hamid.
bilah
biji
baris
batang
"Berapakah harga se_____ buah kelapa ini?" tanya Pak Budin sambil menunjuk ke arah longgokan kelapa di tepi jalan itu.
butir
biji
colek
buah
Puan Barhah membeli beberapa __________ coklat untuk membuat gubahan yang ditempah oleh pelanggannya.
biji
cubit
bungkus
bongkah
Maznah mengambil se_______ perca kain untuk menampal kainnya yang koyak.
bungkus
colek
carik
bidang
Pak Andak mengasah dua _________ pisau sehingga tajam.
batang
bilah
cucuk
cubit
Dia begitu kenyang setelah menghabiskan se_______ durian.
biji
baris
buah
bongkah
Masih terdapat beberapa __________ tanah sawah di kampung saya yang tidak diusahakan.
buah
baris
bentuk
bidang
Tukang masak itu memasukkan se________ serbuk perasa ke dalam kari ayam itu untuk menyedapkan rasanya.
cucuk
cubit
bungkus
carik
Aidil membaling beberapa __________ guli ke dalam sungai.
biji
buah
butir
batang
Pak Haron mempunyai se__________ tanah yang luasnya tiga hektar.
blok
baris
bidang
batang
Se________ cincin berlian itu berharga RM2,000.
cebis
bongkah
colek
bentuk
Gajah sedang mengangkat se__________ kayu balak menggunakan belalainya.
buah
batang
Banjir kilat telah menyebabkan beberapa __________ jalan raya terpaksa ditutup.
buah
blok
batang
baris
Se__________ tentera
udara itu sedang menjalani latihan payung terjun.
baris
angkatan
berkas
buku
Dua __________ tayar keretanya terpaksa ditukar kerana sudah haus.
biji
butir
buah
bentuk
Hasliza membeli se______ sabun di kedai Pak Mail.
buah
buku
biji
berkas
