NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Berlawan Tahun 4_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Perempuan muda itu begitu ayu apabila dipandang
Perkataan berlawan bagi ayu ialah
jelik
cantik
menarik
lemah lembut
Emak melarang kami bermain di tepi lombong.
Perkataan berlawan bagi melarang ialah
menegah
memberi
mengusir
menyuruh
Tahanan reman itu telah dibebaskan setelah disoal siasat.
Perkataan berlawan bagi dibebaskan ialah
dicolek
dihukum
dilepaskan
dikurung
Sayur-sayuran yang segar boleh didapati di pasar borong pada waktu pagi.
Perkataan berlawan bagi segar ialah
basi
layu
subur
lembik
Lipan dapat merayap melalui lubang-lubang yang kecil kerana badannya sangat pipih.
Perkataan berlawan bagi pipih ialah
rata
tipis
bulat
leper
Dia menolong dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan.
Perkataan berlawan bagi ikhlas ialah
hati-hati
suci hati
pura-pura
busuk hati
Kekasaran seorang isteri sangat janggal kerana wanita sebenarnya bersikap serba lembut.
Perkataan berlawan bagi janggal ialah
aneh
pelik
sesuai
canggung
Penoreh getah surut ke belakang apabila terserempak dengan seekor harimau.
Perkataan berlawan bagi surut ialah
lari
takut
mara
undur
Adib memungut tin-tin minuman aluminium di Pantai Cahaya Bulan bagi meringankan bebanan ibunya yang sudah uzur.
Perkataan berlawan bagi memungut ialah
menjual
menanam
mengutip
membuang
Sejak di bangku sekolah rendah lagi persahabatan mereka sangat akrab hinggalah ke menara gading.
Perkataan berlawan bagi akrab ialah
baik
rapat
intim
renggang
Hujan gerimis itu menambahkan lagi rasa seram pada malam itu.
Perkataan berlawan bagi gerimis ialah
lebat
ribut
deras
renyai
Encik Lim mendapat untung yang besar dalam perniagaannya.
Perkataan berlawan bagi untung ialah
rugi
laba
hilang
merosot
Buah koko yang sudah matang boleh dipetik.
Perkataan berlawan bagi matang ialah
tua
muda
busuk
masak
Hati saya berasa rawan apabila mendengar berita yang menyedihkan.
Perkataan berlawan bagi rawan ialah
lara
sedih
kecewa
gembira
Kemalangan jalan raya disebabkan oleh kelalaian para pengguna jalan raya sendiri.
Perkataan berlawan bagi kelalaian ialah
kelajuan
kealpaan
kepantasan
kewaspadaan
Abang Iskandar menuntut di luar negara.
Perkataan berlawan bagi menuntut ialah
melatih
mengajar
menjawat
membimbing
Kita janganlah mudah mempercayai cerita-cerita dongeng yang didengari.
Perkataan berlawan bagi dongeng ialah
karut
nyata
khayal
bohong
Kemajuan ekonomi di Pulau Langkawi berkembang dengan pesat.
Perkataan berlawan bagi pesat ialah
maju
cepat
lambat
mundur
Daripada pakaiannya yang lusuh itu jelaslah Pak Saleh amat daif hidupnya.
Perkataan berlawan bagi daif ialah
hina
cacat
kaya
lemah
Orang yang amanah sentiasa mendapat pujian orang ramai.
Perkataan berlawan bagi amanah ialah
baik
jahat
benar
curang
