NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Kerja Tahun 5_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Aini tidak __________ begnya yang sangat berat itu.
terbuang
terbuka
terangkat
terambil
Datuk belajar __________ tikar dengan nenek.
menganyam
mengait
menyulam
menenun
Kakak __________ buah mangga yang masak ranum itu dengan sebatang galah panjang.
menghulur
menghiris
menjolok
menjerut
Sima __________ hadiah yang dibeli itu dengan kertas yang berbunga.
melipat
mengisi
membalut
menyarung
Masyitah __________ pelajarannya di Universiti Sains Malaysia dalam jurusan perubatan.
melanjut
berlanjutan
perlanjutan
melanjutkan
Saya selalu __________ dengan Shafiqah pada masa cuti sekolah yang lepas.
bersua
bercerai
berpisah
berlanggar
"Bolehkah saya __________ basikal awak?" tanya Raju kepada Amran.
mengayuh
menaik
memimpin
membonceng
Hang Nadim __________ kerisnya untuk menikam ketua lanun.
menghulurkan
menyarungkan
menghunuskan
menyorongkan
Hassan sering __________ mengenangkan nasib dirinya yang masih lagi menganggur.
terasing
ternganga
termenung
terdiam
Kakak __________ kerana tidak dapat menyertai pertandingan syarahan itu.
terharu
terkilan
terkejut
tersentak
Pertandingan Rekaan Batik Piala Seri Endon telah ___________ pada pertengahan tahun lalu.
diraikan
disahkan
diadakan
ditetapkan
Suara orang sedang __________ jelas kedengaran di telinga Basirah semasa dia melalui rumah usang itu.
berderai
berdengung
berdesing
berdendang
Kepetahan Afif Izzat berpidato berjaya __________ hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang.
memperkuat
memperdaya
memintas
memikat
Pak Samad dan cucunya sedang __________ pokok manggis itu.
menebas
mencabut
menebang
mencantas
Ayah sedang __________ kasut yang hendak dibelinya itu.
mengacu
membaiki
membaling
Ayah __________ sampah-sarap di dalam lubang.
menyapu
menggali
membakar
mengambil
Setelah rahsia itu __________, dia terus dipecat oleh pengarahnya.
terangkat
terbongkar
terkeluar
terbalik
Dia __________ orang tua itu melintas jalan yang sibuk itu.
menuntun
memandu
menarik
memikul
Lutut Amir berdarah kerana __________ ke batu.
tercuit
terhantuk
terjatuh
tersentuh
Pokok betik yang ditanam oleh abang __________ dengan cepatnya.
mengembang
memanjang
membesar
melebar
