wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Majmuk Tahun 5_1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

__________ kerajaan bercuti pada hari Sabtu minggu pertama dan ketiga pada setiap bulan.

a)

Urus setia

b)

Urus niaga

c)

Kakitangan

d)

Suruhanjaya

2.

"Kita hanya nampak kejayaannya sahaja, tetapi __________nya dalam perniagaan selama hampir empat puluh tahun tiada siapa yang tahu," Kata Encik Kassim.

a)

suci murni

b)

tulus ikhlas

c)

jatuh bangun

d)

sepak terajang

3.

Walaupun masih belajar di universiti di luar negara, Saiful sempat juga melakukan __________ ketika cuti.

a)

kerjasama

b)

kerja tetap

c)

kerja kosong

d)

kerja sambilan

4.

Nelayan itu turun ke laut awal pagi dan pulang setelah kelihatan __________ di kaki langit kerana matahari hampir terbenam.

a)

cahaya lampu

b)

cahaya merah

c)

merah merang

d)

merah menyala

5.

Pemuda itu sentiasa mengangkat tangannya apabila bertemu rakan-rakannya sebagai __________.

a)

tanda mata

b)

tanda bahaya

c)

tanda hormat

d)

tanda kenangan

6.

Kami menaiki __________ untuk pergi ke Stadium Shah Alam.

a)

kapal laut

b)

kerusi roda

c)

bas sekolah

d)

papan luncur

7.

Datuk saya telah menempah __________ di klinik gigi itu.

a)

gigi susu

b)

gigi kacip

c)

gigi palsu

d)

gigi kekal

8.

Pemuda yang disyaki terlibat dalam beberapa kegiatan jenayah itu telah dibebaskan setelah menjalani __________.

a)

kawad cam

b)

kawad kaki

c)

kawad senjata

d)

kawad perpisahan

9.

Abang saya baru saja membeli sebuah __________ yang berjenama Nokia.

a)

telefon awam

b)

telefon bimbit

c)

pondok telefon

d)

nombor telefon

10.

__________ ialah permainan tradisional yang dimainkan sejak zaman dahulu lagi.

a)

Bola sepak

b)

Bola tangan

c)

Sepak takraw

11.

Puan Mazni berasa __________ atas peristiwa yang berlaku itu.

a)

kecil hati

b)

sampai hati

c)

cantik jelita

d)

lemah lembut

12.

Pegawai itu mengulurkan sepucuk __________ kepada pekerjanya yang akan menghadiri temu duga.

a)

surat aduan

b)

surat akuan

c)

surat layang

d)

surat kiriman

13.

Pegawai yang __________ akan didakwa di mahkamah.

a)

duit kopi

b)

makan hati

c)

mata duitan

d)

makan suap

14.

Beberapa campuran bahan kimia dijadikan sebagai __________ oleh beberapa orang pakar di makmal itu.

a)

bahan uji

b)

bahan asli

c)

bahan awet

d)

bahan kasar

15.

Azmi yang __________ sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawanan bola sepak itu.

a)

kaki bola

b)

kaki tidur

c)

kaki ayam

d)

kaki bangku

16.

Setelah pencen, Encik Azim telah menjalani perniagaan perkhidmatan __________ yang diusahakan sejak dua tahun yang lalu.

a)

rumah ladang

b)

rumah pangsa

c)

rumah samping

d)

rumah tumpangan

17.

Tengku Hassan yang masih kecil lagi itu ialah sepupu kepada baginda sultan merupakan __________ yang menetap di istana baginda.

a)

warga kota

b)

warga emas

c)

warga dunia

d)

warga dalam

18.

Ayah telah membeli __________ untuk berbaring ketika pulang dari pejabat.

a)

kerusi seti

b)

kerusi rehat

c)

kerusi malas

d)

kerusi tangan

19.

Haji Faris ialah __________ di Masjid Teliar sejak beberapa tahun yang lalu.

a)

tukang hias

b)

tukang bang

c)

tukang andam

d)

tukang karang

20.

__________ itu kelihatan tenang kerana tidak mengalir ke mana-mana.

a)

Air bah

b)

Air tasik

c)

Air terjun

d)

Air sungai