WorksheetsPENGAJIAN AM PENGGAL 3 BADAN/MESYUARAT/KERJASAMA LAIN
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)? STPM2013(U)
A Memperjuangkan pasaran bebas
B Memperjuangkan hak asasi manusia
C Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat
D Mewujudkan peluang baharu dalam hubungan perdagangan
Yang manakah sektor yang dipertanggungjawabkan kepada Malaysia oleh Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)? STPM2013 (U)
A Pengangkutan
B Tenaga dan mineral
C Kewangan dan perbankan
D Pertanian dan keselamatan makanan
Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)? (STPM2013)
I. Mengurangkan halangan perdagangan
II. Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global
III. Membangunkan sistem perdagangan multilateral
IV. Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
• Menggalakkan pertukaran idea dan pendapat
• Memperjelas kebudayaan antara benua
Pernyataan di atas merujuk kepada STPM2013(U)
A Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
B Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
C Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
D Forum Serantau ASEAN (ARF)
Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)? STPM2013 (U)
I. Persaingan antara negara China dengan Jepun
II. Tuntutan bertindih, terutamanya di Laut China Selatan
III. Perubahan persekitaran antarabangsa yang mencabar
IV. Ketidakstabilan politik di beberapa buah negara ASEAN
A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV
• Dialog politik, kerjasama ekonomi dan interaksi budaya
antara benua
• Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa Islam
sebagai agama yang tidak menghalang kemajuan dan
pemodenan dalam forum yang disertai.
Pernyataan di atas merujuk kepada STPM2013
A. Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
B. Kumpulan 8 Negara Membangun (D8)
C. Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
D. Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
Malaysia memberikan bantuan untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman pembangunan.
Pernyataan di atas merujuk kepada STPM2014
A Rancangan Colombo
B Dialog Antarabangsa Langkawi
C Program Kerjasama Teknikal Malaysia
D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
Sidang Kemuncak Copenhagen 2009
Yang manakah cabaran dalaman yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mencapai hasrat persetujuan dalamperkara di atas? STPM2014
A Kesedaran mengenai hak asasi
B Kekurangan sumber tenaga manusia
C Integriti rakyat mengenai alam sekitar
D Kelemahan sistem pendidikan negara
Yang manakah yang benar tentang Protokol Kyoto yang dipersetujui oleh Malaysia? STPM2015
A. Menghijaukan bumi dengan penghutanan semula
B. Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau
C. Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon
D. Mengitar semula sisa bahan buangan
Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Kyoto? (STPM2014)
A. Ancaman pencemaran jerebu
B. Pembebasan gas rumah hijau
C. Kekurangan bekalan makanan dunia
D. Keselamatan makanan yang diubah genetik
Penjelasan kepada salah tanggapan terhadap agama Islam dilakukan oleh Malaysia dalam (STPM 2016)
A Mesyuarat Asia-Eropah
B Sidang Kemuncak Asia Timur
C Dialog Antarabangsa Langkawi
D Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel
• Mempertingkat sistem perdagangan dan menangani isu
ekonomi global
• Mengeratkan hubungan dua hala antara negara-negara di
dua rantau
Pernyataan di atas merujuk kepada kerjasama Malaysia dalam (STPM 2017)
A Mesyuarat Asia-Eropah
B Dialog Antarabangsa Langkawi
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Pertubuhan Perdagangan Sedunia
• Membincangkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan
serta integrasi ekonomi serantau
• Membincangkan kepentingan pembiayaan industri kecil dan
sederhana
Perkara di atas dibincangkan oleh Malaysia dalam
(STPM 2017)
A Kerjasama Selatan-Selatan
B Pertubuhan Persidangan Islam
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
• Kerjasama politik dan keselamatan
• Menggalakkan pembinaan komuniti serantau
Pernyataan di atas merujuk kepada bentuk kerjasama yang ingin Malaysia capai melalui (STPM 2017)
A Mesyuarat Asia-Eropah
B Sidang Kemuncak Asia Timur
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik
D Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa
Apakah faedah yang diperoleh Malaysia dengan menganggotai Kumpulan Lapan Negara Membangun? (STPM 2015 (U))
A Pemindahan teknologi industri automobil
B Penurunan kadar kemiskinan dan buta huruf
C Peningkatan kemasukan pelaburan langsung asing
D Peluasan peluang baharu bagi kerjasama perdagangan
• Menolak dasar perlindungan dari segi perdagangan yang boleh merencatkan pemulihan ekonomi dunia.
• Menggalakkan kerjasama multilateral.
Penyataan di atas dipersetujui oleh Malaysia semasa persidangan di (STPM 2013(U))
A Forum Serantau ASEAN (ARF)
B Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
D Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)
