NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Bilangan Tahun 5_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
__________ daripada harta arwah Mak Munah akan diserahkan kepada rumah anak yatim.
Separuh
Sekalian
Segala
__________ rumah tenggelam semasa banjir bulan lepas.
Kedua
Tiap-tiap
Berdua-dua
Berpuluh-puluh
Siva berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat tempat __________ dalam peperiksaan akhir tahun ini.
satu
semua
segala
pertama
__________ orang pemuda belasan tahun telah diberkas polis kerana meragut.
Empat
Segala
Separuh
Sekalian
__________ orang murid itu bersalam-salaman sebelum berpisah.
Dua
Kedua
Dua-dua
Kedua-dua
__________ guni beras dan berkotak-kotak biskut telah diterbangkan ke Banda Acheh yang dilanda Tsunami baru-baru ini.
Beratus-ratus
Semua
Satu
Keluarga Munirah tinggal di tingkat __________ kondominium itu.
ketiga
bertiga
tiga-tiga
ketiga-tiga
Dalam peperiksaan akhir tahun lepas, Amin mendapat tempat __________.
dua
kedua
berdua
perdua
Masih terdapat __________ murid yang memakai selipar ke sekolah.
semua
berapa
segenap
segelintir
Kami menjual __________ jenis ubat.
tiap
pelbagai
berbagai
sekalian
Hampir __________ pengunjung mengunjungi pameran kebudayaan yang berlangsung sejak minggu lalu.
para
semua
sembilan
sepuluh ribu
__________ rakyat berkumpul di pekarangan istana apabila mendapat tahu baginda sultan sangat gering.
Setiap
Segala
Segenap
Sekalian
Saya dan __________ orang kawan akan menyertai perkhemahan itu.
berapa
beberapa
seluruh
setengah
Semasa ketiadaan guru __________ murid membuat kerja masing-masing.
setiap
pelbagai
setengah
separuh
__________ orang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Pasukan Mahkota dengan Pasukan Kejora.
Ribu
Perseribu
Keseribu
Beribu-ribu
__________ murid lelaki diwajibkan memakai tali leher.
Tiap
Semua
Seluruh
Setengah
__________ daripada hasil pertanian itu akan dieksport.
Para
Setengah
Seberapa
Sebahagian
Hanya __________ daripada buah-buahan itu yang boleh dimakan.
setiap
semua
sekalian
setengah
__________ kampung kami ditenggelami banjir bulan lepas.
Setiap
Segala
Seluruh
Segelintir
Dalam masa __________ hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
berapa
beberapa
seluruh
setengah
