NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Seerti Tahun 5_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kakak mencium dan memeluk ibu sebelum menaiki bas.
Perkataan seerti bagi memeluk ialah
membelai
mendakap
memegang
mendukung
Pak Abu sedang menarik perahunya ke darat.
Perkataan seerti bagi menarik ialah
menyentap
menghela
membawa
mendorong
Encik Saiful menengking pekerjanya yang selalu datang lewat ke tempat kerja.
Perkataan seerti bagi menengking ialah
menjerit
memekik
membentak
membantah
Kita mestilah menghindari semua perkara yang merosakkan akhlak.
Perkataan seerti bagi menghindari ialah
menjauhi
menjejaki
mengawasi
merintangi
Bakul yang berisi padi itu dibawa oleh Mak Cik Leha.
Perkataan seerti bagi dibawa ialah
dihela
diheret
diseret
dijunjung
Rasa tidak puas hati telah ditimbulkan dalam mesyuarat itu.
Perkataan seerti bagi ditimbulkan ialah
dinaikkan
dinyatakan
diapungkan
dibangkitkan
Para tamu telah dihidangkan dengan pelbagai juadah.
Perkataan seerti bagi dihidangkan ialah
disajikan
diletakkan
dipamerkan
didedahkan
Budin mengurut-urut kakinya yang terhantuk pada batu.
Perkataan seerti bagi terhantuk ialah
terkena
tergesel
terhalang
terlanggar
Anak-anak kapal diarahkan membongkar sauh sebelum kapal itu belayar.
Perkataan seerti bagi membongkar ialah
menaikkan
membuang
memunggah
menyelongkar
Encik Ishak mendapat imbuhan daripada majikannya.
Perkataan seerti bagi imbuhan ialah
hadiah
ganjaran
pulangan
keuntungan
Ayah memamah kacang goreng sambil menonton televisyen.
Perkataan seerti bagi memamah ialah
menyiat
menggigit
mengoyak
mengunyah
Jawatan yang disandangnya sangat cocok dengan kebolehannya.
Perkataan seerti bagi cocok ialah
kenal
luas
serasi
masuk
Kakak memekik meminta tolong apabila terserempak dengan seekor ular sawa.
Perkataan seerti bagi memekik ialah
menjerit
meraung
melambai
melompat
Wajah Shazrina seiras dengan ibunya.
Perkataan seerti bagi seiras ialah
seperti
serupa
sesuai
semacam
Ibu sedang menghidangkan makanan di atas meja.
Perkataan seerti bagi menghidangkan ialah
meletakkan
menempatkan
mempamerkan
menyajikan
Tiang elektrik di belakang bangunan itu menjadi senget selepas ribut kencang.
Perkataan seerti bagi senget ialah
tegak
rebah
tumbang
condong
Puan Siti sedang menunggu kepulangan anaknya di muka pintu.
Perkataan seerti bagi menunggu ialah
menanti
menengok
menjemput
menyambut
Cikgu Razif sedang menerangkan format baru soalan penulisan kepada murid-muridnya.
Perkataan seerti bagi menerangkan ialah
mewartakan
menjelaskan
mengemukakan
menterjemahkan
Rumah usang di tepi sawah itu telah roboh dipukul ribut.
Perkataan seerti bagi usang ialah
baru
lama
robek
buruk
Karim membentak dengan berang apabila dia dituduh mencuri rantai itu.
Perkataan seerti bagi berang ialah
ralat
kesal
marah
kecewa
