wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 1 STPM - Bahasa Melayu Klasik [1]

Total questions: 20

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah batu bersurat yang diukir pada zaman bahasa Melayu klasik?

a)

Batu bersurat Kedukan Bukit

b)

Batu bersurat Pagar Ruyung

c)

Batu bersurat Minye Tujoh

d)

Batu bersurat Kota Kapur

2.

Batu bersurat yang bertarikh 1303 - 1397 Masihi ialah batu bersurat

a)

Kuala Berang

b)

Pagar Ruyung

c)

Kedukan Bukit

d)

Malik al-Saleh

3.

Yang manakah contoh naskhah sastera klasik bahasa Melayu?

a)

Hikayat Hang Tuah

b)

Undang-undang Melaka

c)

Kisah Pelayaran Abdullah

d)

Undang-undang 99 Perak

4.

Perkembangan bahasa Melayu klasik sezaman dengan

a)

kegemilangan kerajaan Sriwijaya

b)

kedatangan pengaruh agama Islam

c)

kecemerlangan kerajaan Majapahit

d)

kemunculan pengaruh Eropah di Nusantara

5.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Penggunaan awalan mar- dan mang-

b)

Perkembangannya mengalami perancangan

c)

Pengaruh struktur bahasa Sanskrit sangat ketara

d)

Menggunakan tulisan Jawi dalam penulisan surat

6.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik dalam aspek tatabahasa?

a)

Menggunakan abjad daripada bahasa Arab

b)

Tulisan Jawi menambah beberapa huruf baharu

c)

Ketara menggunakan ayat pasif dan ayat songsang

d)

Banyak kosa katanya dipinjam daripada bahasa Arab

7.

Masalah yang timbul dalam penggunaan tulisan Jawi pada peringkat awal ialah

a)

kewujudan huruf vokal

b)

ejaannya dikemas kini Raja Ali Haji

c)

terdapat perkataan yang berhomograf

d)

masyarakat Melayu tidak mahu menggunakan tulisan Jawi

8.

Dalam tulisan Jawi, perkataan-perkataan yang berikut mengandungi huruf yang baru dicipta, KECUALI


I kaca

II bunyi

III mantap

IV kemudian

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Yang manakah fungsi bahasa Melayu klasik?

a)

Bahasa pengantar

b)

Bahasa persuratan

c)

Bahasa kebangsaan

d)

Bahasa ilmu tahap tinggi

10.
  • Berasal daripada naskhah Hikayat Melayu
  • Merupakan teks sastera sejarah
  • Kandungannya tentang salasilah kerajaan Melayu Melaka


Yang manakah berkaitan dengan pernyataan-pernyataan di atas?

a)

Misa Melayu

b)

Sulalatus Salatin

c)

Hikayat Hang Tuah

d)

Hikayat Raja-Raja Pasai

11.

Naskhah yang manakah merupakan hukum kanun yang paling awal di Tanah Melayu?

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Hukum Kanun Pahang

c)

Undang-undang 99 Perak

d)

Undang-undang Laut Melaka

12.

Yang manakah bukan bukti tentang bahasa Melayu klasik?


I Batu bersurat Gandasuli

II Batu bersurat Kedukan Bukit

III Batu bersurat Sungai Teresat

IV Batu bersurat Pagar Ruyung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

13.

Naskhah yang manakah tentang raja Melayu yang memerintah negeri Perak?

a)

Misa Melayu

b)

Sejarah Melayu

c)

Sulalatus Salatin

d)

Hikayat Raja-Raja Pasai

14.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Menggunakan kosa kata Sanskrit

b)

Kerap menggunakan kata pangkal ayat

c)

Awalan mar- dan nipar- masih digunakan

d)

Banyak mengisahkan kehidupan masyarakat purba

15.

Maka Maharaja Dewa Sura pun dibawa oranglah pada Seri Bija Diraja.


Yang manakah ciri yang TIDAK terdapat dalam ayat bahasa Melayu klasik di atas?

a)

Partikel penegas

b)

Kata pangkal ayat

c)

Penggunaan ayat pasif

d)

Penggunaan ayat songsang

16.

Permulaan bahasa Melayu klasik ditandai oleh

a)

pelayaran peniaga Arab ke kepulauan Melayu

b)

penemuan prasasti Kuala Berang di negeri Terengganu

c)

bermulanya pengaruh Sanskrit secara ketara di alam Melayu

d)

terjumpanya batu-batu bersurat di Sumatera dan di sekitarnya

17.

Apakah media awal penyebaran aksara Jawi di kepulauan Nusantara?

a)

Penulisan hikayat Melayu asli

b)

Surat daripada raja-raja Melayu

c)

Penggunaan tulisan Jawi di sekolah Melayu

d)

Penerbitan surat khabar dan majalah dalam tulisan Jawi

18.

Apakah ciri utama tulisan Jawi pada peringkat pengaruh Arab?

a)

Menggunakan huruf vokal

b)

Menggunakan tanda diakritik

c)

Menggunakan huruf Arab gondol

d)

Menggunakan huruf vokal dan huruf konsonan

19.

Batu nisan yang menggunakan bahasa Arab sepenuhnya ditemukan di

a)

Aceh

b)

Pasai

c)

Jawa

d)

Jambi

20.

Yang manakah zaman terjadinya perkembangan bahasa Melayu klasik?

a)

Keagungan kerajaan Sriwijaya

b)

Terbentuknya kerajaan Saleindra

c)

Penyebaran pengaruh agama Islam

d)

Kewujudan pengaruh bahasa Sanskrit