wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Asid dan Alkali

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Asid ialah sebatian yang menghasilkan

a)

ion hidroksida

b)

ion klorida

c)

ion hidrogen

d)

ion sulfat

2.

Alkali ialah sebatian yang menghasilkan

a)

ion hidrogen

b)

ion karbonat

c)

ion nitrat

d)

ion hidroksida

3.

Larutan X mempunyai nilai pH 4. Larutan X bersifat...

a)

asid

b)

alkali

c)

neutral

d)

amfoterik

4.

Larutan yang mempunyai nilai pH 8 ialah merupakan

a)

alkali kuat

b)

asid kuat

c)

asid lemah

d)

alkali lemah

5.

Manakah antara larutan berikut yang dapat menggantikan asid sulfurik cair sebagai elektrolit?

a)

asid etanoik glasial

b)

asid hidroklorik cair

c)

larutan glukosa

d)

Air

6.

Larutan Y bertindak balas dengan asid nitrik cair untuk menghasilkan gas yang tidak berwarna. Gas ini larut di dalam air untuk membentuk larutan dengan nilai pH kurang daripada 7. Bahan Y ialah

a)

natrium klorida

b)

natrium oksida

c)

natrium hidroksida

d)

natrium karbonat

7.

Sengatan tebuan dapat dirawat dengan

a)

serbuk penaik

b)

batu kapur

c)

kapur soda

d)

cuka

8.

50 cm3 kalsium hidroksida digunakan untuk meneutralkan 100 cm3 asid nitrik 1.0 mol dm-3. Apakah kemolaran larutan kalsium hidroksida?

a)

0.10 mol dm-3

b)

0.20 mol dm-3

c)

1.0 mol dm-3

d)

2.0 mol dm-3

9.

Sekumpulan murid menjalankan dua proses pentitratan menggunakan asid dan alkali seperti pada rajah. Penunjuk fenolftalein digunakan pada kedua-dua proses. Pada takat akhir kedua-dua proses pentitratan, yang manakah tidak mungkin berlaku dalam campuran di dalam kelalang kon?

a)

Larutan merah jambu bertukar kepada tanpa warna

b)

Tidak mengubah warna kertas litmus biru

c)

Mempunyai kepekatan ion H+ dan OH- yang sama

d)

Menghasilkan gas tidak berwarna apabila pita magnesium dimasukkan ke dalamnya

10.

Proses peneutralan banyak digunakan dalam kehidupan manusia. Antara berikut, yang manakah bukan kepentingan proses peneutralan dalam kehidupan harian?

a)

Asid cair digunakan untuk menanggalkan lapisan oksida di permukaan keluli

b)

Asid etanoik digunakan untuk membuat cuka dan mengawet makanan

c)

Kalsium oksida digunakan untuk mengurangkan keasidan tanah

d)

Ammonia digunakan untuk mencegah penggumpalan lateks

11.

Apakah larutan piawai?

a)

Larutan yang disediakan dengan menggunakan kelalang volumetrik

b)

Larutan yang disediakan menggunakan air suling

c)

Larutan yang isi padu dan kepekatannya diketahui dengan tepat

d)

Larutan yang digunakan untuk tindak balas kimia

12.

Antara asid berikut, yang manakah mempunyai kekuatan yang sama dengan asid hidroklorik?

a)

Asid nitrik

b)

Asid sulfurik

c)

Asid etanoik

d)

Asid fosforik

13.

Alkali kuat mempunyai nilai pH

a)

14

b)

7

c)

8

d)

3

14.

Gas berbau tengik dihasilkan apabila suatu alkali bertindak balas dengan suatu garam ammonium. Apakah gas tersebut?

a)

hidrogen

b)

ammonia

c)

oksigen

d)

karbon dioksida

15.

Seorang ibu mendapati anaknya sedang sakit perut akibat gastrik. Bolehkah ibu tersebut memberi susu kepada anaknya supaya sakit perutnya reda? Terangkan.

a)

Boleh. Susu bersifat alkali dan dapat meneutralkan asid dalam perut

b)

Tidak boleh. Susu mempunyai lemak yang tidak sesuai diminum ketika perut sakit

c)

Boleh. Susu mempunyai pelbagai vitamin yang membantu badan sembuh dengan cepat

d)

Tidak boleh. Susu hanya diminum ketika perut tidak sakit