wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TINGKATAN 4 BAB 9 PERKEMBANGAN DI EROPAH

Total questions: 15

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah selepas kejatuhan tamadun Rom, Eropah dikatakan menghadapi Zaman Gelap?

a)

Masyarakatnya buta huruf

b)

Penduduknya hidup berpindah randah

c)

Pengaruh gereja semakin merosot

d)

Kemerosotan dalam bidang ilmu dan perdagangan

2.

Apakah faktor kemunculan golongan baron di Eropah?

a)

Kemerosotan kuasa pusat

b)

Kongkongan gereja katolik

c)

Kemunculan monarki baru

d)

Kemasukan penduduk dari luar

3.

Pada Zaman Pertengahan, kegiatan perdagangan di perairan pantai utara dan barat sering diganggu oleh orang gasar seperti

a)

Parsi dan Viking

b)

Parsi dan Mozarab

c)

Viking dan Maygar

d)

Maygar dan Mozarab

4.

Bagaimanakah status individu diukur pada Zaman Kemuncak Pertengahan?

a)

Kekayaan

b)

Pemilikan Tanah

c)

Kecemerlangan akademik

d)

Peranan dalam masyarakat

5.

Gambar berikut menunjukkan Francesco Petrarch.


Tokoh tersebut dikenali sebagai

a)

Medici

b)

Patron

c)

Bapa Humanisme

d)

Tokoh Reformation

6.

Apakah kepentingan bandar Venice pada Zaman Renaissance?

a)

Tempat beribadat

b)

Kawasan pertanian

c)

Bandar perindustrian

d)

Pusat perdagangan antarabangsa

7.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan gerakan Reformation di Eropah Barat pada abad ke-16?

a)

Agama Kristian

b)

Semangat inkuiri

c)

Pemerintahan monarki

d)

Perdagangan antarabangsa

8.

Apakah yang boleh dikaitkan dengan gerakan Reformation di Eropah Barat pada abad ke-16?

a)

Agama Kristian

b)

Semangat inkuiri

c)

Pemerintahan monarki

d)

Perdagangan antarabangsa

9.

Apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan gerakan Reformation di Jerman?

a)

Kemajuan pertanian

b)

Penciptaan mesin cetak

c)

Perkembangan perdagangan

d)

Kemajuan kapal berkuasa wap

10.

Mengapakah kerajaan Sepanyol berusaha menjajah daerah Amerika Latin (Dunia Baru)?

a)

Menyaingi kuasa British

b)

Mendapatkan emas dan perak

c)

Memperkenalkan pentadbiran moden

d)

Mentamadunkan masyarakat tempatan

11.

Apakah perbezaan antara Revolusi Perindustrian dan Revolusi Politik?

a)

Tidak berlaku secara mendadak

b)

Tidak berlaku secara berterusan

c)

Tidak mengambil masa yang lama

d)

Tidak memberikan kesan yang lain

12.

Apakah sumbangan Lord Townshend terhadap Revolusi Pertanian di Britain?

a)

Pengenalan tanaman bergilir

b)

Mencipta mesin pemintal benang

c)

Mencipta alat menggali dan menugal

d)

Pengenalan tanaman epal dan ubi kentang

13.

Mengapakah Parlimen Britain meluluskan beberapa akta semasa Revolusi Perindustrian?

a)

Membela nasib pekerja

b)

Pengaruh Pergerakan Luddite

c)

Desakan daripada kesatuan sekerja

d)

Menjaga kepentingan golongan majikan

14.

Apakah maksud imperialisme?

a)

Penguasaan sesebuah negara kuat terhadap negara yang lemah

b)

Sikap ingin tahu tentang dunia di luar Eropah

c)

Usaha mentamadunkan masyarakat luar Eropah

d)

Semangat berlumba-lumba untuk menjadi kuasa paling kuat di dunia

15.

Apakah kesan dasar British membawa masuk buruh dari negara lain untuk menjad tenaga kerja di tanah jajahan?

a)

Membuka banyak bandar baharu

b)

Kemajuan dalam bidang perindustrian

c)

Perubahan demografi dan komposisi etnik

d)

Mempelbagaikan budaya penduduk tempatan