wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz P.Islam SPM - Kertas 1 (2)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Hikmah Islam mengharuskan khuluk ialah ___________


I. dapat memberi bayaran yang dituntut oleh suami supaya menceraikan isteri

II. isteri dapat menunjukkan kuasa dan haknya dalam rumahtangga

III. membuktikan keadilan Islam terhadap wanita

IV. dapat menyelesaikan masalah jika suami enggan menceraikan isteri

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

· tidak boleh rujuk isteri dalam tempoh iddah

. perlu akad nikah baru untuk kembali menjadi suami isteri


Pernyataan di atas menerangkan kesan daripada _________

I. fasakh

II. zihar

III. Khuluk

IV. Nusyuz

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

Faktor manakah yang akan menyebabkan seorang isteri dikira nusyuz?

a)

pulang lewat dari tempat kerja

b)

tidak mahu berkongsi nafkah sara hidup dengan suami

c)

enggan melakukan kerja rumah

d)

berkasar dengan suami

4.

Nasihat > Memisahkan tempat tidur > memukul dengan niat mendidik


Perkara di atas merupakan kronologi penyelesaian masalah yang melibatkan

a)

zihar

b)

nusyuz

c)

li'an

d)

isteri menuntut cerai

5.

Kesan `A' yang ditunjukkan dalam rajah di atas ialah

a)

fasakh

b)

khuluk

c)

li'an

d)

nusyuz

6.

Pilih pernyataan yang menunjukkan situasi tidak berlaku zihar.

a)

Menyandarkan zihar kepada anggota isteri

b)

Menyamakan perangai isteri dengan ibunya

c)

Menyamakan isteri dengan fizikal ibu susuannya

d)

Melakukan zihar kepada isteri dalam iddah talak raj'i

7.

Pilih susunan kifarah zihar mengikut tertib yang betul

a)

Memberi makan orang miskin, puasa dua bulan atau merdekakan hamba

b)

Memberi makan orang miskin, merdekakan hamba atau puasa dua bulan

c)

Merdekakan hamba, puasa dua bulan atau memberi makan orang miskin

d)

Memerdekakan hamba, memberi makan orang miskin atau puasa dua bulan

8.

Proses li'an di pihak suami melibatkan.


I. Sumpah tuduhan

II. Pengakuan laknat dari Allah

III. Penafian tuduhan

IV. Penafian laknat Allah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

9.

Manakah yang berikut bukan kesan li'an kepada suami?

a)

Tidak boleh berkahwin dengan bekas isteri selama-lamanya

b)

Sumpahan suami menyebabkan dia boleh dihukum qazaf

c)

Wajib memberi nafkah kepada anak jika tidak menafikan nasab

d)

Tidak wajib memberi nafkah iddah kepada isteri

10.

Seseorang lelaki yang memohon untuk berpoligami mestilah mematuhi syarat.


I. Mendapat keizinan isteri pertama

II. Belum memiliki empat isteri

III. Mampu memberi kemewahan

IV. Boleh berlaku adil

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

11.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang hikmah poligami.

a)

Dapat menyambung keturunan zuriat

b)

Membela nasib anak-anak yatim

c)

Melahirkan generasi yang cemerlang sahsiah

d)

Mengelak melakukan maksiat

12.

Manakah yang tidak benar mengenai mahkamah syariah?

a)

Menyelesaikan kes penderaan suami kepada isteri

b)

Menyelesaikan tuntutan poligami.

c)

Menyebarkan maklumat perundangan keluarga

d)

Menyediakan perkhidmatan rundingcara

13.

Menurut Imam as-Syafie, melihat bakal isteri hukumnya _______

a)

harus

b)

haram

c)

sunat

d)

makruh

14.

Lelaki manakah yang tidak sah berkahwin?


I. Belum baligh

II. Beristeri empat

III. Dalam ihram

IV. Bukan mahram

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

15.

· Bapa

. Datuk


Maklumat di atas berkaitan dengan __________

a)

hak mengahwinkan gadis tanpa persetujuan

b)

mendapat kuasa daripada sultan menjadi wali

c)

hak memindahkan kuasa wali kepada wali hakim

d)

kuasa menentukan perceraian anak atau cucu mereka

16.

Pilih susunan wali yang betul mengikut tertib.

a)

Bapa, datuk, anak saudara lelaki sebelah bapa, saudara lelaki

b)

Datuk, bapa, anak saudara lelaki, saudara lelaki

c)

Bapa, datuk, saudara lelaki, anak saudara lelaki sebelah bapa

d)

Datuk, bapa, saudara lelaki, anak saudara lelaki

17.

Sebab yang boleh memindahkan kuasa wali nasab kepada wali hakim ialah ___________.


I. wali menyembunyikan diri

II. wali tidak tahu membaca dan menulis

III. wali sendiri ingin berkahwin dengan gadis

IV. wali tidak dimaklumkan tarikh pernikahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

18.

Pilih kenyataan yang benar tentang mahar.


I. Tidak boleh berhutang mahar

II. Merupakan pemberian wajib dari suami

III. Mesti diserahkan semasa akad nikah

IV. Bentuk nilai yang tertentu

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

19.

Hikmah diwajibkan mahar adalah seperti berikut kecuali

a)

tanda kesanggupan suami memikul amanah

b)

lambang tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri

c)

penghargaan kepada bapa isteri yang mewalikan anaknya

d)

untuk menggembirakan hati isteri yang sanggup meninggalkan keluarga

20.

Aktiviti manakah yang dilarang ketika mengadakan majlis walimatul urus?

a)

pertunjukan silat

b)

lagu berunsur nasihat

c)

penghargaan kepada tetamu

d)

tepung tawar tolak bala