wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

sains upsr 3

Total questions: 79

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.
Apakah yang akan berlaku jika pokok kayu bakau dan nipah  ditebang secara berterusan?
 I Memperlahankan aliran air
 II Memusnahkan hidupan akuatik
 III Menghasilkan bahan kimia bertoksid
IV Menambahkan hakisan tanah pada tebing sungai
a)
I dan II 
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
2.
Tiram , daging Ayam dan telur

Makanan di atas menunjukkan beberapa jenis makanan. Mengapakah makanan di bawah penting kepada manusia?

a)
Untuk menjaga kesihatan
b)
Untuk mendapatkan tenaga
c)
Untuk membantu tumbesaran
d)
Untuk melancarkan peredaran darah 
3.
Antara individu berikut, siapakah yang mempunyai kadar pernafasan yang paling tinggi?
a)
tidur
b)
berlari
c)
membaca
d)
menonton tv
4.
Seorang ahli keluarga anda mengalami selesema dan batuk. Apakah cara terbaik yang dilakukan untuk menghalang penyakit itu daripada berjangkit kepada ahli keluarga yang lain?
a)
memakai penutup kepala
b)
memakai topeng penutup mulut
c)
melupuskan barangan peribadi
d)
berkurung di dalam rumah sehingga sihat
5.
Sesebuah binaan yang kukuh tidak mudah retak, patah atau runtuh. Pernyataan manakah yang betul tentang faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur?
 I Bentuk binaan
 II Jenis bahan yang digunakan
 III Luas tapak struktur
IV Ketinggian
a)
I dan II
b)
I dan III 
c)
II dan IV
d)
III dan IV
6.
Seorang murid yang tidak dapat mengingati nombor telefon. Apakah yang boleh dia lakukan untuk mengatasi had keupayaan ingatannya?
a)
B Susun nombor-nombor itu mengikut urutan
b)
Dail nombor-nombor itu setiap hari
c)
Simpan nombor-nombor itu ke dalam komputer
d)
Hafal nombor-nombor itu satu per satu
7.
Apakah yang dimaksudkan dengan mesin ringkas?
a)
Satu cara untuk melakukan kerja dengan lebih mudah
b)
Alatan yang membolehkan kita menggunakan daya yang sedikit bagi memudahkan dan mempercepatkan kerja
c)
Alatan yang digunakan untuk menggerakkan kotak yang berat
d)
Radas yang digunakan untuk mengangkat beban yang berat
8.
Pernyataan di bawah merujuk kepada situasi pada suatu malam. Malam yang gelap kelihatan terang benderang seperti siang. Bulan kelihatan bulat dan bersinar . Apakah peringkat fasa Bulan pada malam tersebut?
a)
Bulan sabit
b)
Anak bulan
c)
Bulan separa
d)
Bulan purnama
9.
Bahan-bahan manakah yang boleh digunakan untuk membuat objek ini tanpa mengubah sifat bahan-bahan itu?
a)
Pembaris besi dan penutup tin
b)
Pembaris besi dan kadbod
c)
Pembaris besi dan kadbod
d)
Pembaris kayu dan kadbod
10.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan bahan buangan terbiodegradasi?
a)
Botol kaca
b)
Besi
c)
Beg pastik 
d)
Sisa makanan 
11.
Rahman menjalankan penyiasatan untuk membuktikan sifat gas. Dia menarik omboh picagari yang kosong. Dia menutup rapat hujung picagari dengan tangan. Pada masa yang sama dia menekan omboh picagari sehingga satu tahap omboh terhenti. Apabila dia melepaskan jari yang menekan, omboh tersebut kembali kedudukan asal. Apakah sifat gas yang ingin dibuktikan?
a)
Udara mempunyai isipadu.
b)
Udara boleh dimampatkan.
c)
Udara mempunyai jisim.
d)
Udara memenuhi ruang.
12.
Dua orang lelaki cuba untuk menggerakkan sebuah perahu ke pantai. Apakah cara terbaik untuk memudahkan kerja itu?
a)
Letakkan penggolek di bawah perahu itu
b)
Tolak perahu itu dengan bantuan seorang lelaki lain
c)
Tarik perahu itu dengan tali
d)
Gunakan troli untuk membawa perahu itu
13.
Sesebuah binaan yang kukuh tidak mudah retak, patah atau runtuh. Pernyataan manakah yang betul tentang faktor yang mempengaruhi kekuatan struktur?
 I Bentuk binaan
 II Jenis bahan yang digunakan
 III Luas tapak struktur
IV Ketinggian
a)
I dan II 
b)
I dan III
c)
II dan IV
d)
III dan IV
14.
Apabila Hasri hendak menguji serbuk penaik dengan menggunakan kertas litmus merah, ia kekal berwarna merah.Apakah yang patut Hasri lakukan?
a)
Uji menggunakan kertas litmus biru
b)
Basahkan kertas litmus sebelum uji kaji dilakukan
c)
Ujian ini perlu dilakukan di bawah cahaya matahari
d)
Panaskan serbuk penaik sebelum diuji dengan kertas litmus
15.
Susun bahan buangan tersebut dari yang mudah mengurai kepada yang susah mengurai.
w= surat khabar 
x = tulang ikan 
y= baju
z= botol 
a)
X, Y, Z, W 
b)
W, Z, X, Y 
c)
W, X, Y, Z
d)
X, W, Y, Z
16.
Pengawetan makanan iaitu pengeringan. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan prinsip bagi aktiviti itu?
a)
Menjadikan makanan lebih ringan
b)
Menyingkirkan udara daripada makanan
c)
Menyahkan kelembapan daripada makanan
d)
Menjadikan makanan lebih sedap
17.
Apakah yang dimaksudkan dengan pembiasan cahaya?
a)
Cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain.
b)
Cahaya dipantulkan apabila melalui objek lut cahaya.
c)
Cahaya dibiaskan apabila melalui objek legap.
d)
Cahaya bergerak lurus apabila melalui objek lut sinar.
18.
Berikut adalah kesan daya kecuali
a)
Mengubah tempat
b)
Mengubah arah
c)
Mengubah bentuk
d)
Menghentikan objek
19.
Mengapakan pokok bunga kertas mempunyai akar yang panjang.
a)
Untuk lebih kukuh
b)
Mudah mendapatkan air
c)
Agar susah untuk dipindahkan
d)
untuk kelihatan cantik
20.
Namakan planet P dan Q
a)
Utarid dan Neptun
b)
Zuhrah dan Bumi
c)
Utarid dan Bumi
d)
Zuhrah dan Neptun
21.
Planet apa yang ada hidupan?
a)
planet ultra
b)
planet bumi
c)
planet marikh
d)
planet hitam
22.
Apakah tujuan penyiasatan ini
a)
untuk menyiasat hubungan antara lembu dengan jentera
b)
untuk menyiasat hubungan antara kaedah membanjak dengan masa diambil
c)
untuk menyiasat hubungan antara 1 hari dengan 2 jam
d)
untuk menyiasat hubungan antara kaki lembu dengan roda
23.

Bunga Ros


Apakah deri yang terlibat untuk memerhatikan bunga ini?

a)

bau, lihat dan sentuh

b)

Rasa, bau dan dengar

c)

sentuh, dengar dan rasa

d)

Lihat, sentuh dan dengar

24.

Cikgu Wan hendak mengantikan lantai simen di pejabatnya berukuran 20 meter panjang dan 15 meter lebar dengan kepingan jubin bersaiz 4 meter persegi setiap satu. Berapakah bilangan jubin yang dia perlukan

a)

75

b)

80

c)

300

d)

1200

25.

Didapati sering kali kemalangan berlaku di dalam bilik air. Diantara berikut yang manakah langkah terbaik mengelakkan kejadian kegelinciran di bilik air.

a)

kurangkan penggunaan sabun

b)

lap kaki sebelum memasuki bilik air

c)

gunakan alas kaki di dalam bilik air

d)

sentiasa berhati hati semasa berada di bilik air

26.

Saiz bumi adalah 4 kali lebih besar daripada saiz bulan tetapi 100 kali lebih kecil dari saiz matahari.


Diantara berikut, yang manakah akan berlaku jika saiz Bumi menjadi bertambah besar?

a)

suhu bumi menjadi lebih tinggi

b)

tempoh putaran bumi di atas paksinya bertambah

c)

kecerahan permukaan bumi di waktu siang bertambah

d)

kelajuan putaran bumi di atas paksinya menjadi bertambah laju

27.

PISANG


antara kaedah kaedah berikut, yang manakah boleh digunakan untuk mengekalkan kesegaran buah diatas.

a)

pembungkusan vakum dan penjerukan

b)

pendinginan dan pempasteuran

c)

pengasapan dan pendidihan

d)

pelilinan dan pendinginan

28.

Apakah yang patut dilakukan supaya saiz bayang-bayang menjadi lebih besar?

a)

Guna bola yang lebih besar

b)

dekatkan jarak antara bola dengan lampu suluh

c)

kurangkan jarak antara bola dengan skrin

d)

gunakan lampu suluh dengan bateri yang lebih berkuasa

29.

Apakah jenis gigi yang terdapat pada haiwan herbivor

a)

kacip & taring

b)

kacip & geraham

c)

taring & geraham

d)

kacip, taring & geraham

30.
Antarazat manakana berikut yang manakah akan menyebabkan kegemukan apabila diambil berlebihan
a)
Protein
b)
Mineral
c)
Vitamin
d)
Karbohidrat
31.
Antara penyakit berikut, yang manakah berkaitan dengan merokok?
a)
Diabetes
b)
Darah tinggi
c)
Kanser paru-paru
d)
Kencing berdarah
32.
Apakah organ pernafasan organ dibawah.
a)
Peparu
b)
kulit
c)
Insang
d)
Spirakel
33.
Antara haiwan berikut, yang manakh bernafas menggunakan peparu?
a)
katak
b)
udang
c)
kucing
d)
Rama-rama
34.
Semasa  proses fotosintesis, klorofil menyerap tenaga daripada cahaya matahari. Apakah fungsi tenaga itu?
a)
untuk memberi tenaga kepada tumbuhan untuk bertumbuh
b)
Untuk menukarkan karbon dioksida kepada nitrogen
c)
untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada kanji dan oksigen
d)
untuk menukarkan air kepada wap air
35.
Kanji yng terhasil disimpan
sebagai makanan dalam daun.
Apakah fungsi kanji kepada tumbuhan?
a)
untuk tumbuhan membuat makanan
b)
untuk tumbuhan berkumuh
c)
untuk tumbuhan bergerakbalas
d)
untuk tumbuhan mengeluarkan bunga dan  buah
36.
Apakah kepentingan fotosintesis kepada manusia?
a)
sumber makanan
b)
membebaskan oksigen untuk manusia bernafas
c)
memberi manusia air untuk minum
d)
memberi manusia tenaga untuk bergerak
37.
Apakah yang dimaksudkan dengan fotosintesis
a)
proses pergerakan tumbuhan
b)
proses pembiakan tumbuhan
c)
Proses perkumuhan tumbuhan
d)
proses tumbuhan membuat makanan
38.
Berapakah jisim lima buah buku jika sebuah buku berjisim 233g?
a)
0.233 kg
b)
0.466 kg
c)
1.000 kg
d)
1.165 kg
39.
Antara berikut yang manakah bersamaan dengan 60 saat?
a)
1 saat
b)
1 minit
c)
1 jam
d)
1 hari
40.
Alat yang manakah boleh digunakan untuk mengukur jisim?
a)
jam ramdik
b)
neraca
c)
ayunan bandul
d)
pita pengukur
41.
Hani mengambil masa 15 minit untuk ke sekolah dari rumahnya. Berapakah masa yang diambil oleh Hani jika dia berulang alik ke sekolah selama 5 hari?
a)
30 minit
b)
2 jam
c)
1 jam 30 minit
d)
2 jam 30 minit
42.
Antara bahan berikut, yang manakah sesuai untuk membuat payung?
a)
pelet plastik
b)
kulit
c)
kain sintetik
d)
getah
43.
Apakah sumber asas bagi menghasilkan barang kemas?
a)
Tumbuhan
b)
Batuan
c)
Haiwan
d)
Petroleum
44.
Apakah faktor-faktor pengaratan?
a)
air sahaja
b)
udara sahaja
c)
udara dan air
d)
cahaya, udara dan air
45.
Pernyataan yang manakah betul tentang pengaratan?
a)
semua objek yang diperbuat daripada plastik akan berkarat
b)
semua objek yang diperbuat daripada logam akan berkarat
c)
semua objek yang diperbuat daripada besi akan berkarat
d)
semua objek yang diperbuat daripada benda semulajadi akan berkarat
46.
Planet yang manakh berada paling jauh dalam sisitem Suria?
a)
Utarid
b)
Marikh
c)
Bumi
d)
Neptun
47.
Bola keranjang dan guli digunakan bagi mewakili saiz Matahari dan Bumi. Apakah objek yang sesuai untuk mewakili saiz Bulan?
a)
Bola sepak
b)
Bola tenis
c)
Biji sagu
d)
Bola ping pong
48.
Antara yang berikut, yang manakah merupakan kebaikan teknologi?
a)
manusia tidak perlu berfikir lagi
b)
kerja dilakukan dengan lebih pantas
c)
masa perjalanan menjadi lebih panjang
d)
menyebabkan pencemaran alam sekitar
49.
Antara berikut, aktiviti yang manakah menunjukkan had keupayaan manusia?
a)
mengangkat kotak seberat 100 g
b)
berlari sejauh 200m dalam masa 25 saat
c)
memakan 10 keping pizza
d)
memerhati bintang dan planet
50.
Alia pergi ke  pasar  untuk  membeli  dua kilogram  ikan  keli.  Apakah  alat  yang  sesuai digunakan  untuk mengukur jisim  ikan  tersebut ?
a)
Neraca mampatan
b)
Jam randik
c)
Pita pengukur
d)
Pembaris
51.
Pernyataan yang manakah benar tentang interaksi di atas ?
a)
Interasi yang merugikan satu pihak
b)
Interaksi yang hanya menguntungkan satu pihak
c)
Kedua-dua spesies bersaing untuk mendapatkan makanan
d)
Interaksi yang menguntungkan kedua-dua pihak.
52.
Apakah kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan rajah di atas ?
a)
Bilangan gajah semakin banyak
b)
Gajah semakin terancam
c)
Program pemuliharaan gajah dijalankan
d)
Gajah merupakan haiwan yang terancam
53.
Pilih kedudukan mata yang betul semasa mengukur panjang pensel itu.
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
54.
METER
SENTIMETER
Antara yang berikut, manakah menggunakan unit ukuran di atas ?
a)
Isipadu
b)
Panjang
c)
Luas
d)
Jisim
55.
Mengapakah barangan peribadi seperti tuala dan sikat rambut tidak patut dikongsi dengan orang lain ?
a)
barangan tersebut boleh rosak dan hilang
b)
barang tersebut adalah hak peribadi
c)
berkongsi adalah amalan yang baik
d)
penyakit boleh merebak melalui perkongsian
56.
Susun kelajuan murid itu daripada yang paling laju kepada yang paling perlahan.
a)
Iman, Dani, Ali, Amin
b)
Ali, Amin, Dani, Iman
c)
Ali, Dani, Amin, Iman
d)
Iman, Amin, Dani, Ali
57.
Apakah tujuan haiwan ini berendam didalam lumpur ?
a)
untuk mencari makanan
b)
untuk menyejukkan badan ketika panas
c)
untuk melindungi diri daripada musuh
d)
untuk membersihkan diri
58.
Sekumpulan pelajar  hendak  menuju  ke arah Selatan,  apakah  buruj  yang  boleh membantu menunjukkan arah  destinasi mereka?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
59.
Yang manakah digunakan oleh doktor untuk mendengar denyutan jantung pesakit ?
a)
mikroskop
b)
periskop
c)
stetoskop
d)
binokular
60.
Apakah mesin ringkas yang terdapat dalam alat ini ?
a)
Roda dan gandar, skru, baji
b)
Tuas, skru, baji
c)
Baji, takal, skru
d)
Roda dan gandar, satah condong
61.
Apakah nama bahagian yang berlabel X ?
a)
Asteroid
b)
Meteor
c)
Paksi
d)
Orbit
62.
Fasa manakah yang terbentuk di T
a)
bulan sabit
b)
bulan purnama
c)
bulan separa
d)
anak bulan
63.
Antara haiwan berikut, yang manakah boleh dikelaskan seperti haiwan ini ?
a)
Gajah
b)
Orang utan
c)
Burung dodo
d)
Penyu belimbing
64.
Apakah organ yang diwakili oleh penyedut minuman ?
a)
hidung
b)
peparu
c)
diafragma
d)
trakea
65.
Apakah sifat cahaya yang membolehkan dia melihat objek di belakang dinding itu?
a)
cahaya bergerak lurus
b)
cahaya boleh dibiaskan
c)
cahaya bergerak laju
d)
cahaya boleh dipantulkan
66.
Tenaga manakah boleh dibaharui ?
a)
A
b)
B
c)
C
d)
D
67.
Mengapa lelaki itu menyapu minyak pada rantai basikalnya ?
a)
supaya rantai itu menyerap air
b)
supaya rantai itu menjadi berkilat
c)
supaya rantai itu tidak berkarat
d)
supaya rantai itu tidak putus
68.
Antara berikut, bahan manakah menukarkan kertas litmus merah menjadi biru ?
a)
cuka masakan
b)
buah nanas
c)
ubat gigi
d)
air suling
69.
Sekiranya mentol X rosak, apakah yang akan terjadi kepada mentol Y ?
a)
Mentol Y turut terpadam
b)
Mentol Y menyala lebih terang
c)
Mentol Y terus menyala
d)
Mentol Y akan terbakar
70.
Mengapakah kereta lumba adalah lebih stabil berbanding sebuah bas ?
a)
kereta lumba lebih kuat daripada bas
b)
kereta lumba  lebih rendah daripada bas
c)
kereta lumba lebih laju daripada bas
d)
kereta lumba mempunya luas tapak lebih kecil daripada bas
71.
Pada hari keberapakah anak bulan kelihatan mengikut Takwim Qamari ?
a)
Hari pertama
b)
Hari ke 10
c)
Hari ke 15
d)
Hari ke 25
72.
Pernyataan manakah betul tentang fenomena di atas ?
a)
bulan kelihatan amat terang ketika gerhana separa
b)
korona akan kelihatan ketika gerhana penuh
c)
berlaku dalam tempoh masa yang lama
d)
berlaku pada waktu malam
73.
Pernyataan manakah benar tentang putaran bumi pada paksinya?
a)
bumi mengambil masa 365 hari untuk melengkapkan satu putaran
b)
putaran bumi menyebabkan kejadian siang dan malam
c)
putaran bumi menyebabkan kejadian 4 musim
d)
bumi berputar dari timur ke barat
74.
Berapakah isipadu batu itu ?
a)
5 cm3
b)
6 cm3
c)
7 cm3
d)
8 cm3
75.
Manakah yang berkaitan dengan maklumat di atas ?
a)
Persaingan
b)
Pemuliharaan
c)
Simbiosis
d)
Kemandirian spesies
76.
Apakah ukuran panjang yang ditunjukkan ini ?
a)
Ukuran piawai
b)
Depa
c)
Hasta
d)
Jengkal
77.
Apakah agen pencaran bagi tumbuhan ini ?
a)
air
b)
angin
c)
haiwan
d)
mekanisme letupan
78.
Antara berikut, manakah merupakan protozoa ?
a)
Yis
b)
Mukor
c)
Spirulina
d)
Paramesium
79.
Apakah tenaga yang ada pada gelang getah yang diregangkan ?
a)
tenaga haba
b)
tenaga kimia
c)
tenaga kinetik
d)
tenaga keupayaan