wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Ganti Nama Tahun 6_1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

"Apa pendapat __________, sekiranya kita berlima pergi berguru dengan Adi Putra di sebuah gua yang tidak jauh dari Melaka?" tanya Hang Kasturi kepada Hang Tuah.

a)

patik

b)

tuanku

c)

hamba

d)

tuan hamba

2.

Para peladang akan berkumpul di balai raya pada pagi esok. __________ akan diberi penerangan tentang penanaman kelapa sawit.

a)

Dia

b)

Kami

c)

Kamu

d)

Mereka

3.

Dengan pengalaman yang ada pada dirinya, __________ telah dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan __________.

a)

dia ... saya

b)

beliau ... kami

c)

engkau ... aku

4.

Syafikah dan Hidayah menangis kerana __________ diugut oleh sekumpulan budak nakal.

a)

kalian

b)

awak

c)

dia

d)

mereka

5.

Afiq sangat dimanjakan oleh datuknya kerana __________ merupakan cucu tunggal dalam keluarga Datuk Azman.

a)

kita

b)

dia

c)

kami

d)

kamu

6.

"Biar __________ yang menyelesaikan masalah serangan lanun itu," kata Panglima Ali kepada Sultan Melaka.

a)

aku

b)

beta

c)

saya

d)

patik

7.

"__________ dikehendaki berhati-hati semasa menyeberangi jalan raya yang sibuk itu," pesan ibu kepada adik.

a)

Dia

b)

Anda

c)

Kamu

d)

Hamba

8.

Fatin dan Amelia merupakan sahabat karib. Lebih-lebih lagi, __________ tinggal berjiran.

a)

dia

b)

kalian

c)

mereka

d)

engkau

9.

Laden dan Laleh ialah kembar siam dari Iran. Kematian __________ selepas menjalani pembedahan di Singapura menggemparkan dunia.

a)

dia

b)

kami

c)

beliau

d)

mereka

10.

Sultan Alaudin Riayat Shah sangat prihatin terhadap rakyat. __________ selalu meronda pada waktu malam.

a)

Dia

b)

Beliau

c)

Mereka

d)

Baginda

11.

Pengawas peperiksaan meminta __________ berkumpul dan beratur sebelum masuk ke dalam dewan. __________ meminta kami tidak membuat bising.

a)

kami ... Beliau

b)

aku ... Awak

c)

baginda ... Tuanku

d)

kita ... Kami

12.

Roslan dan Sudirman menyertai pertandingan nyanyian. __________ mencipta sendiri lagu untuk pertandingan itu.

a)

Dia

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

13.

Sharif menumpang kereta bapa __________ jika hari hujan untuk ke sekolah.

a)

patik

b)

saya

c)

awak

d)

baginda

14.

"Siapakah yang memulakan pergaduhan ini, _______ atau dia?" tanya guru disiplin kepada Subramaniam dan Rajagopal.

a)

saya

b)

kami

c)

kamu

d)

beliau

15.

"__________ bukan sahaja aktif dalam kokurikulum malah bijak dalam akademik," kata Azman kepada Bidin sambil menunjuk ke arah Jamil.

a)

Dia

b)

Engkau

c)

Kalian

16.

"Oh Tuhanku! Hanya kepada __________ tempat aku berlindung dan meminta pertolongan!" keluh Hamzah.

a)

Dia

b)

Anda

c)

Awak

d)

Engkau

17.

"__________ hendaklah menutup pintu dan tingkap sebelum keluar dari pusat sumber ini," kata Cikgu Rosni kepada murid-murid Tahun 6 Amanah.

a)

Kita

b)

Kami

c)

Kalian

d)

Mereka

18.

"Marilah __________ bergotong-royong membersihkan kampung kita," kata tok penghulu itu.

a)

kita

b)

kami

c)

kalian

d)

baginda

19.

"__________ memohon maaf kerana sentiasa menyusahkan __________ selama ini," kata Puan Hasnah kepada Puan Hamidah.

a)

Saya ..... awak

b)

Anda ..... mereka

c)

Aku ..... dia

d)

Kami ..... kamu

20.

Pemuda yang menipu itu telah berjaya diberkas oleh polis dan __________ akan didakwa di mahkamah.

a)

dia

b)

beliau

c)

awak

d)

kalian