Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Kerja Tahun 6_1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Encik Hanafi sedang __________ pencuri itu dengan sekuat hatinya.

a)

menuju

b)

menghala

c)

menghambur

d)

menghambat

2.

Puan Fatimah mengambil upah __________ kain di bengkel majikannya.

a)

menekan

b)

menekap

c)

mengecop

d)

mengecap

3.

Nelayan itu __________ perahunya dengan tidak berhenti-henti kerana kebocoran sewaktu berada di tengah sungai.

a)

menimba

b)

menolak

c)

mengambil

d)

membubuh

4.

Encik Ayub sedang __________ dua guni baja ke sawahnya.

a)

memunggah

b)

mengusung

c)

mengandar

d)

menatang

5.

Pak Dali meracun di kebunnya untuk __________ tanamannya daripada serangan penyakit dan serangga.

a)

membiarkan

b)

menghilangkan

c)

menghindarkan

6.

Pengantin perempuan terpaksa menahan nafas semasa __________ baju sutera halus untuk majlis persandingan.

a)

menyarungkan

b)

memasangkan

c)

meletakkan

7.

Aiman __________ basikalnya dengan laju ke sekolah kerana kesiangan.

a)

mengayuh

b)

membawa

c)

mengheret

d)

menghela

8.

Ayah mengajar adik __________ dalam kolam di hadapan rumah.

a)

berlari

b)

berjalan

c)

berenang

d)

berehat

9.

Kebun sayur yang berhampiran dengan tebing sungai boleh diairi dengan cara __________ air daripada sungai itu.

a)

menimba

b)

menarik

c)

menolak

d)

menyembur

10.

Jururawat itu berhati-hati ketika __________ balutan di kaki Romzi yang luka supaya tidak berlaku pendarahan.

a)

menutup

b)

menjahit

c)

mengikat

d)

membuka

11.

Muhaimin telah ditangkap oleh guru disiplin kerana __________ pada dinding sekolah.

a)

menyapu

b)

melukis

c)

membasuh

d)

menconteng

12.

Pak Jusoh sedang __________ benih padi di petak semaian.

a)

meratakan

b)

membuangkan

c)

mencampurkan

d)

menghamburkan

13.

"Awak masuklah dahulu. Sekejap lagi saya akan __________," kata Aiman kepada Nizam.

a)

mengekori

b)

mengikuti

c)

mengejar

d)

menyusul

14.

Apabila hampir pukul 12.30 tengah hari, murid tahun satu sibuk __________ peralatan sekolah kerana hendak segera pulang ke rumah.

a)

membersihkan

b)

mengemaskan

c)

memasukkan

d)

memberikan

15.

Banyak orang gemar __________ burung sebagai hobi pada masa lapang.

a)

menggangguk

b)

mengurung

c)

menyimpan

d)

memelihara

16.

Cikgu Salmah menasihati para pelajarnya agar __________ kawan-kawan yang miskin.

a)

mencebik

b)

membantu

c)

membiarkan

d)

menghindari

17.

Pelayan itu berjalan sambil __________ sedulang hidangan yang dipesan oleh pelanggannya.

a)

menatang

b)

membimbit

c)

mengangkat

d)

mengangkut

18.

Murid-murid yang menghadapi masalah di dalam bilik darjah dikehendaki __________ segera kepada guru.

a)

berdebat

b)

bertanya

c)

berunding

d)

bertengkar

19.

Penagih dadah itu telah __________ rantai berlian Kakak Ruhana sehingga lehernya berdarah.

a)

merampas

b)

meragut

c)

menarik

d)

merebut

20.

Salwani berjaya __________ tempat pertama dalam acara olahraga di sekolahnya.

a)

menerima

b)

menjuarai

c)

mendapati

d)

menggondol