wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

pstong - Kata Nama Terbitan Tahun 6_1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Dia telah hilang __________ selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya tiga tahun lalu.

a)

laluan

b)

ingatan

c)

batasan

2.

Akibat __________ diri pasukan bola sepak Senegal, Persatuan Bola Sepak Malaysia terpaksa mencari sebuah pasukan lain sebagai pengganti.

a)

penarikan

b)

penolakan

c)

pernafasan

d)

pendengaran

3.

Mereka diseru supaya menggunakan __________ yang ada pada mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat.

a)

pelajaran

b)

pertubuhan

c)

penjadualan

4.

"Badan __________ merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam menegakkan undang-undang negara," kata Cikgu Din kepada murid-muridnya.

a)

keadilan

b)

kedaulatan

c)

kehakiman

d)

kementerian

5.

Dato' Azhar Mansor telah menulis sebuah buku mengenai __________ beliau bersama-sama Jalur Gemilang mengelilingi dunia.

a)

pengetahuan

b)

pertunjukan

c)

pengalaman

d)

pendidikan

6.

Semasa di Kuala Lumpur, Ismail dan keluarganya sempat menyaksikan __________ senjata anjuran Angkatan Tentera Malaysia.

a)

pasukan

b)

pameran

c)

keluaran

7.

Berkat rajin dan usaha, abang telah berjaya melanjutkan __________ ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang kedoktoran.

a)

pelajaran

b)

pendidikan

c)

pengalaman

d)

pengetahuan

8.

Kemeriahan pada malam hari raya dihiasi dengan __________ lampu neon yang pelbagai warna.

a)

pancutan

b)

saluran

c)

kilauan

9.

Gaya penyampaian yang baik dan suara yang merdu membolehkan Cik Anita diterima sebagai __________ di stesen radio swasta.

a)

jurutaip

b)

juruhias

c)

juruhebah

d)

jurubahasa

10.

Negara kita kekurangan __________ yang sanggup bekerja apabila berlaku bencana alam.

a)

sukarelawan

b)

budayawan

c)

negarawan

d)

wartawan

11.

__________ yang cekap dan jujur akan sentiasa mendapat sokongan daripada rakyat.

a)

Penduduk

b)

Pengganas

c)

Pekerja

d)

Pemimpin

12.

Mereka terpaksa menyalakan tungku pemanas bilik untuk mengimbangi __________ semasa berada di Tanah Tinggi Cameron.

a)

kegelapan

b)

kepanasan

c)

kedinginan

d)

kelembapan

13.

Jusoh berjaya melanjutkan __________ ke luar negara dalam bidang perubatan.

a)

pelajaran

b)

pengajaran

c)

mengajarkan

d)

pembelajaran

14.

Datuk Abdullah seorang yang __________ kerana sanggup menolong sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

a)

jutawan

b)

seniman

c)

budiman

d)

negarawan

15.

Anak-anak muda kelihatan kagum melihat __________ pesilat-pesilat dalam pertunjukan pencak silat.

a)

kebolehan

b)

kelembutan

c)

kerancakan

d)

ketangkasan

16.

Setelah selesai bersolat, mereka pun pulang ke tempat __________ masing-masing.

a)

kedutaan

b)

kediaman

c)

ketimuran

17.

Pelbagai __________ kebudayaan diadakan di Dataran Merdeka sempena tahun melawat Malaysia.

a)

peraduan

b)

permainan

c)

pertandingan

d)

persembahan

18.

Beliau memperoleh pangkat itu dengan __________ dan pengorbanannya sendiri.

a)

kekuatan

b)

keganasan

c)

keberanian

19.

Bersopan-santun merupakan __________ yang harus diterapkan kepada pelajar-pelajar di peringkat prasekolah lagi.

a)

tatabahasa

b)

tatatertib

c)

tatasusila

d)

tatacara

20.

Saya dan Sudir terkejut bercampur takut apabila mendengar __________ yang kuat dari kawasan perkuburan itu.

a)

jeritan

b)

tarikan

c)

mainan

d)

teguran