NEW
Font size
Worksheetspstong - Kata Nama Terbitan Tahun 6_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Penduduk taman itu akan menubuhkan __________ penduduk untuk menyelesaikan segala masalah.
persatuan
perpaduan
permainan
perusahaan
Kementerian Kebudayaan dan Kesenian dengan kerjasama Kementerian Pelajaran telah menghidupkan __________ tradisional yang telah dilupakan oleh generasi baru.
penyampaian
persembahan
pertandingan
permainan
Cik Sarimah yang berkebolehan menguasai lima bahasa ialah __________ di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
juruaudit
juruacara
juruhebah
jurubahasa
__________ angin pada petang itu membuatkan ahli pengakap yang berkhemah di situ berasa segar.
Deruman
Pukulan
Hembusan
Terjahan
Di negeri Melaka, banyak terdapat kesan __________ penjajah dahulu.
kezaliman
kelebihan
pemerhatian
peninggalan
Emak menyuruh adik menyimpan semua __________ lama di dalam stor.
pertalian
perhiasan
permainan
perhubungan
Buah durian di kebun Tok Mat telah masak dan gugur __________ semalam.
lalui
mulai
akhiri
sudahi
Fitnah dan __________ kotor tidak begitu mudah digembar-gemburkan dalam masyarakat kita.
buatan
kritikan
tuduhan
hasutan
__________ yang telah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik tahun ini telah menderma separuh daripada wang hadiahnya kepada tabung gempa bumi.
Biduanita
Seniwati
Seniman
Biduan
Berkat kesabaran dan kerajinan, Majid telah berjaya membuka dua buah gedung __________ di Petaling Jaya.
pakaian
makanan
minuman
bangunan
__________ ombak yang tidak berhenti itu memecahkan timbunan batu-batan.
Tamparan
Kisaran
Lompatan
Kerajaan sentiasa mengambil berat tentang __________ di luar bandar untuk kepentingan rakyat.
pembangunan
pembersihan
pendudukan
pembukaan
Kajian tentang __________ penyu di Terengganu akan dijalankan oleh kerajaan negeri.
kepupusan
kerosakan
kehabisan
kelaparan
Untuk menjaga __________ badan, kita hendaklah mengamalkan pemakanan seimbang.
kebaikan
kesihatan
kegemaran
kegemukan
Pihak __________ sentiasa peka akan masalah kemiskinan yang dihadapi oleh rakyat di luar bandar.
atasan
luaran
dalaman
bawahan
Jabatan Belia dan Sukan diarahkan memantau setiap __________ belia supaya dapat menjalankan aktiviti yang bermanfaat.
permainan
pendidikan
pertubuhan
persembahan
Beberapa orang __________ dari universiti tempatan telah diundang untuk menjadi ahli panel dalam rancangan itu.
usahawan
negarawan
sukarelawan
cendekiawan
Abang Nor telah dilantik sebagai __________ untuk mengendalikan temasya sukan terbuka Jabatan Penyiaran Negeri Kelantan.
juruhias
juruulas
juruacara
juruhebah
Nelayan-nelayan di Pantai Sabak bebas daripada orang tengah semenjak penubuhan __________ nelayan.
pelajaran
persatuan
permainan
perbadanan
__________ kontang yang diusahakan olehnya telah berhasil.
Ternakan
Tanaman
Jualan
Peliharaan
