Font size
WorksheetsSPM K1 T5B1
Total questions: 51
Worksheet time: 13hrs 45mins
SPM 2017
Maklumat berkaitan dengan seorang tokoh nasionalis di Asia Tenggara. T5 B1 ms 19 [ P1 B1- B2 ]
Jose Rizal (Filipina) = dijatuhi hukuman bunuh oleh penjajah Sepanyol
Mengapakah tokoh nasionalis tersebut dijatuhi hukuman bunuh ?
Bersubahat dengan Amerika Syarikat
Dituduh menyertai gerakan pemberontakan
Disyaki mengkhianati agama Kristian
Membunuh pegawai tinggi kerajaan
SPMU 2017
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut? T5 B1 ms 22 [ P2 B15 ]
Dasar tutup pintu dikuatkan
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuh
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
SPMU 2017
Jadual 2 berkaitan dengan tindakan pemerintah Thailand.
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?
T5 B1 ms 13 [ P1 B13 ]
Persaingan kuasa besar
Pemantapan kuasa pemerintah
Pengekalan kemerdekaan negara
Penguasaan ekonomi oleh pembesar
SPMU 2017
Mengapakah penduduk tempatan Filipina menentang penjajah Sepanyol walaupun menganut kepercayaan yang sama? T5 B1 ms 15 [ P2 B14 ]
Menjadi buruh paksa
Dianggap kelas kedua
Mazhab agama berbeza
Dikerah menjadi tentera
SPMU2017
Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.
Pak Sako = Tanah Melayu
Jose Rizal = Filipina
Chairil Anwar = Indonesia
Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka? T5 B1 ms 15 [ P3 B4-B5 ]
Pembentukan kerajaan sendiri
Penggunaan bahasa peribumi
Penindasan terhadap rakyat
Pembelaan terhadap wanita
SPM 2016
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda.
Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah? T5 B1 ms 9 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Syarat kerakyatan ketat
Harga komoditi rendah
Imigran bertambah
Cukai tinggi
SPM 2016
Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranyadaripada cengkaman penjajah asing. T5 B1 ms 23 [ RUMUSAN ] B12-B13
Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?
Bantuan golongan bangsawan
Perpaduan penduduk peribumi
Kerjasama dengan kuasa asing
Kepelbagaian hasil dalam negara
SPM 2016
Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku? T5 B2 ms 16 [ P4 B1 ]
Kemasukan kaum imigran tidak terkawal
Kemunculan ramai golongan intelek
Kewujudan golongan bangsawan
Kepelbagaian sukatan mata pelajaran
SPMU 2016
Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya? T5 B1 ms 13 [ P1 B12 ]
Kekuatan tentera
Perkongsian kuasa
Kedudukan strategik
Pemodenan pentadbiran
SPMU 2016
Sepanyol telah memperkenalkan Sistem
Polo di Filipina.Apakah kesan pengenalan sistem tersebut? T5 B1 ms 15 [ P1 B5-B6 ]
Pertambahan tenaga kerja asing
Penindasan penduduk peribumi
Pengangguran semakin meningkat
Pengeluaran hasil pertanian berkurangan
SPM 2015
Gambar 2 menunjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam.
Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik? T5 B1 ms 11 [ P2 B6 ]
Keputusan pembesar tradisional
Pemilihan oleh rakyat
Perlantikan oleh penjajah
Melalui sistem peperiksaan
SPM 2015
Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914.
Apakah keistimewaan wilayah tersebut? T5 B1 ms 5 [ P1 B5-B6 ]
Politik stabil
Pentadbiran mantap
Banyak bahan mentah
Mata wang sistematik
SPM 2015
Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara ? T5B1 [P4B2]
Perang Rusia-Jepun
Perang Dingin di Eropah
Perjuangan golongan Luddite
Perjuangan Parti Komunis Malaya
SPMU2015
Liga Antipemisahan adalah sebuah gerakan nasionalisme di Burma yang menentang tindakan British memisahkan pentadbiran India dengan Burma pada tahun 1920an. T5 B1 ms 22 [ P1 B7 ]
Mengapakah Liga Antipemisahan menentang tindakan tersebut?
A. Memperjuangkan kemerdekaan negara
B. Menyekat perluasan fahaman komunis
C. Melindungi kepentingan golongan petani
D. Mempertahankan kedudukan golongan pelajar
SPMU2015
Rajah 3 menunjukkan wilayah yang disatukan oleh Perancis dalamPersekutuan Indochina ( Union Indochinoise ). T5B1 ms 11 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Apakah tujuan Perancis menyatukan wilayah tersebut?
Mempertahankan sistem monarki
Memperkukuhkan penguasaan politik
Memantapkan pentadbiran tradisional
Meningkatkan taraf penduduk peribumi
SPMU2015
Apakah kesan pengenalan akta berikut terhadap Burma?
T5 B1 ms 11 [ P1 B3-B4 ]
1887 - Akta Kampung Ulu Burma
1889 - Akta Perkampungan Burma
Pengaruh golongan agama meningkat
Sistem pentadbiran tradisional terhapus
Pendapatan penduduk tempatan merosot
Kedudukan raja semakin kukuh
SPM 2014
British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan? T5 B1 ms 12 [ P3 B10-B11 ]
Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
Pengaruh golongan agama merosot
Pemimpin kehilangan kuasa
Tanah peribumi dirampas
SPM 2014
Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina. T5 B1 ms 9 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?
Ekonomi sara diri terjejas
Cukai yang membebankan
Perusahaan tradisional terancam
Perdagangan tukar barang terganggu
SPMU 2014
Rajah 2 merujuk kepada perubahan corak perjuangan nasionalisme di Asia Tenggara. T5 B1 ms 18 [ P2 B4 ]
Mengapakah perubahan corak perjuangan tersebut berlaku?
Blok kuasa dunia dibentuk
Perjuangan awal kurang berjaya
Kerjasama dengan negara serantau
Sumber kewangan tidak mencukupi
SPMU 2014
Penjajah Sepanyol telah memperkenalkan jawatan Encomiendero di Filipina.
Apakah tugas jawatan tersebut? T5 B1 ms 9 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Mengutip cukai
Memelihara keamanan
Menggubal undang-undang
Memajukan kegiatan pertanian
SPMU 2014
Imperialis Barat telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara. T5 B1 ms 8 [ JADUAL ]
Apakah perubahan yang diperkenalkan melalui sistem tersebut?
Penekanan konsep persamaan taraf
Perluasan peluang pendidikan
Pembesar mengetuai jabatan
Penubuhan kerajaan pusat
SPM 2013
Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.
T5 B1 ms 8 [ JADUAL ]
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?
Pengekalan pemerintahan beraja
Pelantikan pembesar daerah
Pengenalan sistem ufti
Pentadbiran melalui biro
SPM 2013
British telah memperkenalkan jawatan berikut di Tanah Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20. T5 B1 ms 12 [ P2 B12 ]
Residen Penasihat
Apakah persamaan tugas pegawai yang menjawat jawatan tersebut?
Menjaga kepentingan penduduk tempatan
Menasihati sultan dalam pentadbiran
Memperkukuh pentadbiran tradisional
Melatih pembesar tempatan mentadbir
SPM 2013
Maklumat menunjukkan perubahan corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. T5 B1 ms 18 [ P2 B4 ]
Tahap Pertama - Bercorak sederhana Tahap Kedua - Bercorak radikal
Mengapakah gerakan tersebut bercorak radikal pada tahap kedua?
Sokongan pemerintah tempatan
Kekurangan sumber kewangan
Sekatan pengaruh dari luar
Perjuangan tidak berkesan
SPM 2012
British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu.
Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
T5 B1 ms 12 [ P3 B10-B11 ]
Tanah peribumi dirampas
Pemimpin kehilangan kuasa
Pengaruh golongan agama merosot
Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
SPM 2012
Apakah kesan Sistem Tanaman Paksa terhadap penduduk Indonesia?
T5 B1 ms 15 [ P1 B7-B8 ]
Meningkatkan ekonomi
Mewujudkan jurang ekonomi
Menghapuskan cukai pertanian
Menyediakan peluang pekerjaan
SPM 2012
Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?
T5 B1 ms 6 [ P1 B2 ]
Bahan mentah banyak
Tenaga mahir ramai
Tanah subur
Pasaran luas
SPM 2011
Maklumat di bawah berkaitan dengan kejayaan Jepun dalam bidang ketenteraan.
1895 - Menewaskan China
1905 - Menewaskan Rusia
Apakah kesan kejayaan tersebut terhadap Asia Tenggara? T5 B1 ms 17 [ P4 B1 & B7 ]
Pengukuhan sistem pertahanan
Perluasan semangat nasionalisme
Kemunculan semangat nasionalisme
Kemantapan kuasa pemerintahan tempatan
SPM 2011
X dalam rajah berikut adalah pertubuhan nasionalisme tahap awal di Burma. T5 B1 ms 21 [ P2 B4 ]
Apakah X ?
Liga Antipemisahan
Persatuan Belia Buddha
Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis
Parti Dobama Asiayone
SPM 2010
Apakah kesan akta berikut terhadap masyarakat Burma? T5 B1 ms 11 [ P1 B3-B4 ]
· Akta Kampung Ulu Burma (1887)
· Akta Perkampungan Burma (1889)
Peningkatan taraf hidup
Penindasan golongan petani
Pengukuhan golongan agama
Penghapusan pentadbiran tradisional
SPM 2009
Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-19.
T5 B1 ms 13 [ P1 B13 ]
Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?
Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja
Memantapkan pentadbiran kerajaan
Memelihara kedaulatan negara
Memenuhi tuntutan rakyat
SPM 2009
Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. T5 B1 ms 20 [ P2 B4 ]
Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
Memperjuangkan kemajuan ekonomi
Menghindari ancaman sekularisme
SPM 2008
Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan
kemudahan pendidikan di Indonesia?
T5 B1 ms 16 [ P3 B12 ]
Menghalang perkembangan sekolah agama
Mengehadkan aktiviti budaya tempatan
Menyekat rakyat mendapat pekerjaan
Memecahbelahkan perpaduan rakyat
SPM 2008
Jadual 1 merujuk kepada novel yang dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua.
T5 B1 ms 15 [ P3 B4-B5 ]
Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut?
Nasib kaum wanita
Penindasan oleh penjajah
Peningkatan status sosial
Tuntutan kemerdekaan
SPM 2008
Mengapakah sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu ditentang?
T5 B1 ms 14 [ P3 B6 ]
Menjejaskan eksport negara
Mengundang kehadiran pekerja asing
Mengehadkan jenis tanaman komersial
Mengekalkan kemunduran rakyat tempatan
SPM 2007
Dialog dia atas mungkin berlaku di Eropah pada abad ke -17
Apakah tindakan yang akan diambil oleh tokoh A?
T5 B1 ms 6 [ P1 B2 ]
Mencari pasaran
Mencipta kapal wap
Mendirikan lebih banyak kilang
Mengadakan hubungan diplomatik
SPM 2007
Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?
T5 B1 ms 18 [ P3 B9 ]
Hak mengundi
Hak kebebasan bersuara
Pengembalian kuasa raja
Pemerintahan kerajaan sendiri
SPM 2007
RADEN ADJENG KARTINI
HABIS GELAP TERBITLAH TERANG PENULISAN SEORANG PUTERI JAWA
Karya di atas mendedahkan tentang
T5 B1 ms 19 [ P4 B7-B8 ]
kemunduran rakyat
kemerosotan ekonomi
ketidakadilan undang-undang
kelemahan sistem pemerintahan
SPM 2006
# 1887 - Akta Kampung Ulu Burma
# 1889 - Akta Perkampungan Burma
Apakah implikasi pengenalan akta di atas kepada Burma?
T5 B1 ms 11 [ P1 B3-B4 ]
Pengaruh golongan agama meningkat
Sistem pentadbiran tradisional tehapus
Kedudukan institusi beraja diperkukuhkan
Pendapatan penduduk tempatan merosot
SPM 2006
Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui ...
T5 B1 ms 11 [ P2 B6 ]
peperiksaan
pemilihan rakyat
pelantikan maharaja
persetujuan golongan bangsawan
SPM 2006
Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke-19
Bandar = Anak golongan priyayi Kampung = Anak orang kebanyakan
Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut? T5 B1 ms 16 [ P3 B12 ]
Mengelakkan masalah pemberian bantuan
Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar
Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan
Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan
SPM 2006
Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal?
T5 B1 ms 18 [ P2 B4 ]
Sekatan pengaruh luar
Perjuangan tidak berkesan
Kekurangan sumber kewangan
Sokongan pemerintah tempatan
SPM 2006
Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai?
T5 B1 ms 13 [ P1 B13 ]
Persaingan kuasa Barat
Pemantapan kuasa raja
Pengekalan kemerdekaan
Penguasaan ekonomi oleh pembesar
SPM 2005
SLOGAN BRITISH = BEBAN ORANG PUTIH
X = PERANCIS
Rajah di atas adalah slogan penjajah Barat Timur. T5 B1 ms 7 [ P3 B7-B8 ]
X ialah
Asia untuk orang Asia
Asia tanggungjawab Barat
Tugas menyebarkan tamadun
Agama tanggungjawab bersama
SPM 2005
Sistem Ecomienda telah diperkenalkan oleh Sepanyol di Filipina
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan sistem di atas? T5 B1 ms 9 [ SUDUT MAKLUMAT ]
Mengutip cukai
Menjaga tanaman
Menasihati pemerintah
Mengkristiankan penduduk
SPM 2005
Terdapat persamaan pemilihan golongan Mandarin dalam birokrasi di Vietnam dengan sistem pentadbiran Tanah Besar China
Merujuk pernyataan di atas, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan T5 B1 ms 11 [ P2 B6 ]
Pungutan suara rakyat
Pencapaian dalam peperiksaan
Pelantikan oleh Gabenor Jeneral
Pencalonan oleh pembesar tempatan
SPM 2005
Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya? T5 B1 ms 18 [ P3 B11 ]
Menubuhkan Kapitunan
Membentuk Liga Filipina
Melancarkan revolusi bersenjata
Menyebar fahaman melalui akhbar
SPM 2004
· Beban orang putih
· Tugas mentamadunkan manusia
Pernyataan manakah berkaitan dengan maklumat di atas ?
T5 B1 ms 7 [ P3 B2 ]
Melaksanakan dasar imperialisme
Mengatasi masalah kepadatan penduduk
Memajukan ekonomi penduduk tempatan
Masyarakat Timur memerlukan bantuan Barat
SPM 2004
Antara berikut yang manakah berkaitan dengan pentadbiran birokrasi Barat
di Asia Tenggara? T5 B1 ms 8 [ JADUAL ]
Kedudukan pemimpin setempat dikekalkan
Gabenor Jeneral berkuasa memungut cukai
Jabatan kerajaan diketuai oleh pegawai Barat
Undang-undang Barat digunakan secara meluas
Antara berikut yang manakah ciri-ciri persamaan gerakan nasionalisme peringkat awal di Asia Tenggara? T5 B1 ms 18 [ P1 B5 & B7-B8 ]
Membentuk organisasi politik
Mengutamakan isu kebudayaan
Golongan intelek menjadi pemimpin
Perjuangan secara militan
SPM 2004
Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua? T5 B1 ms 18 [ P2 B10-B11]
Memajukan kegiatan ekonomi
Membebaskan diri daripada penjajah
Menyebarkan ilmu pengetahuan
Menimbulkan kesedaran politik
