Worksheetspstong - Kata Berimbuhan Tahun 6_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Wakil Rakyat itu telah __________ dalam majlis peletakan batu asas bangunan masjid di Kampung Semerak.
mengucapkan
diucapkan
terucapkan
berucap
Para pemimpin negara kini sedar bahawa __________ insan penting bagi seluruh rakyat dalam menghadapi dunia globalisasi hari ini.
terbangun
dibangunkan
pembangunan
membangunkan
Kanak-kanak tidak digalakkan membeli __________ ringan kerana tidak mengandungi sebarang khasiat, malah memudaratkan kesihatan.
pemakan
memakan
termakan
makanan
Beberapa orang wartawan akhbar tempatan telah tiba awal-awal lagi di hadapan bangunan mahkamah untuk __________ perbicaraan kes kesalahan ahli perniagaan itu.
mendengar
terdengar
pendengar
memperdengarkan
Emak __________ kami supaya bangun awal esok untuk membantu bapa mengutip buah durian yang gugur.
ingatan
teringat
beringat
mengingatkan
Sesiapa yang ingin menjadi __________ yang terkenal, haruslah menghasilkan novel yang berkualiti.
karangan
pengarang
mengarang
pekarangan
Dawai ampaian itu dipasang __________ sedikit.
mengendurkan
terkendur
mengendur
kekenduran
Hujan sudah berhenti, hanya kabus yang mula __________ semula.
menebal
menebalkan
mempertebal
Sebagai __________ beca untuk sektor pelancongan, mereka perlu pandai berbahasa Inggeris.
tarikan
penarik
menarik
mempertarikkan
Pasukan polis telah berjaya __________ sebutir bom yang diletakkan berhampiran sebuah pasar raya.
kematian
dimatikan
mematikan
bermati-matian
Dato' Amir berusaha membawa corak __________ yang berbeza dalam syarikat itu daripada pemimpin-pemimpin sebelumnya.
pemimpin
pimpinan
memimpin
kepemimpinan
Saya __________ peti radio kemudian menutupnya supaya tidak mengganggu abang yang sedang mengulang kaji pelajaran.
dekat
terdekat
berdekat
mendekati
Pihak pendakwa raya berusaha mengumpulkan bukti-bukti tentang pembunuhan Nurul untuk __________ pihak mahkamah.
diyakini
keyakinan
meyakinkan
berkeyakinan
Aksi pelawak yang melucukan di kaca televisyen itu __________ adik-adik saya ketawa tidak kering gusi.
memperbuatkan
membuatkan
perbuatan
membuat
Pameran LIMA di Langkawi mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelancong dalam dan luar negeri yang __________ pulau legenda itu.
kunjungan
berkunjung
pengunjung
mengunjungi
__________ tanah dapat dielakkan jika penerokaan hutan secara haram dapat dikawal oleh pihak berkuasa.
Hakis
Hakisan
Menghakis
Menghakiskan
Lama benar dia tidak __________ saudara-maranya di kampung.
mengunjungi
kunjungan
dikunjung
kunjung
Guru disiplin sekolah itu telah __________ Kursus Kepimpinan Pengawas sekolahnya pada bulan hadapan.
berjadual
menjadualkan
penjadual
penjadualan
Pengawal keselamatan telah menahan seorang pemuda kerana mencuri barang __________ di pasar raya itu.
bermain
pemain
mainan
mainankan
Kami masih belum __________ antara satu sama lain dalam kumpulan itu.
kenal
kenalan
mengenali
berkenalan
