Worksheetspstong - Kata Ganda Tahun 6_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Encik Chong sentiasa __________ sejak kematian isteri yang disayanginya.
tergesa-gesa
terburu-buru
terenjut-enjut
termangu-mangu
Apabila tiba di Kuala Lumpur, Nabilah __________ melihat bangunan yang tinggi-tinggi.
tercengang-cengang
tercungap-cungap
termangu-mangu
terkapai-kapai
__________ kering yang gugur bertimbun di bawah pokok mangga itu telah dibakar oleh ayah.
Dedaun
Rerumput
Lelalang
Beburung
Kerani lelaki itu telah ditegur oleh majikannya kerana berpakaian __________.
kusut-masai
remeh-temeh
lintang-pukang
serbah-serbih
Pembantu rumah itu membuka pintu __________ supaya angin dapat masuk ke dalam rumah itu.
luas-luas
lebar-lebar
cepat-cepat
panjang-panjang
Kereta yang mereka naiki __________ menghempaskan penumpang apabila melalui jalan yang rosak itu.
terbuai-buai
terangkat-angkat
tercungap-cungap
terlambung-lambung
Orang yang berjalan __________ di hadapan kedai emas itu ialah mata-mata yang berpakaian biasa.
berapi-api
hiruk-pikuk
gopoh-gapah
mundar-mandir
Pemenang peraduan itu boleh memilih __________ pusat peranginan di dalam negara ini sebagai hadiah.
siapa-siapa
bila-bila
mana-mana
apa-apa
Kelambu pengantin itu tidak boleh digunakan lagi kerana __________nya telah rosak.
lelabi
tetupai
kekuda
lelangit
__________ roda basikal itu bengkok akibat terlanggar seketul batu yang besar.
Jejari
Kekisi
Bebuli
Sesiku
Banyak pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Antah __________ akibat keracunan makanan.
segar-bugar
pucat-lesi
haru-biru
cirit-birit
Majikan itu tidak suka membincangkan perkara yang __________ dalam mesyuarat.
huru-hara
kacau-bilau
desas-desus
remeh-temeh
__________ Acapan sedang bermain __________ di kawasan sekolah.
Anak-anak, kejar-kejar
Anak-anak, sorok-sorok
Ayam-ayam, kejar-kejar
Antara __________ yang kami lawati, Pulau Tiomanlah memiliki pemandangan yang tercantik.
laut-laut
pulau-pulau
pantai-pantai
Akibat tersepak tunggul kayu, dia berjalan __________ ke sekolah pagi ini.
terhuyung-hayang
terhincut-hincu
terkesot-kesot
terkial-kial
Rohaya dan Salbiah __________ tentang kekalahan pasukan mereka dalam perlawanan bola baling peringkat daerah.
tumbuk-menumbuk
tentang-menentang
fitnah-memfitnah
salah-menyalah
Helikopter itu __________ di ruang angkasa untuk meninjau keadan banjir.
berfoya-foya
berasak-asak
berlegar-legar
berhimpit-himpit
Berjalan kaki memakan masa agak lama kerana jalan menuju ke Gua Kelam yang __________.
bersiul-siul
berobak-rabik
bersimpang-siur
berpincang-pincang
Mak Limah dan suaminya __________ hendak mengunjungi anaknya, Hasan yang tinggal di Kuala Lumpur pada minggu hadapan.
berkira-kira
berpusu-pusu
beregu-regu
berkawan-kawan
Sulur-suluran __________ pada sebatang tiang pagar itu.
bertubi-tubi
berbelit-belit
bertukar-tukar
berpanjang-panjang
