NEW
Font size
WorksheetsTadbir Urus Negara (Pengajian Am)
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Yang manakah komponen utama tadbir urus mantap?
I. Mengkritik setiap dasar
II. Mengamalkan kejujuran
III. Mengutamakan pelanggan
IV. Membangunkan modal insan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
prosedur
budi bicara
akauntabiliti
kawalan dalaman
Yang manakah yang melambangkan tadbir urus baik dalam perkhidmatan awam?
Proses kerja yang jelas
Peningkatan peruntukan
Peningkatan pembabitan rakyat
Pengurangan saiz tenaga pekerja
Bagi meningkatkan kecekapan pelaksanaan sesuatu program, organisasi hendaklah memberikan penekanan kepada
I. Proses kerja
II. Bilangan tenaga kerja
III. Peraturan pelaksanaan
IV. Sumber kos pengurusan
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah ciri untuk memastikan tadbir urus baik dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam perkhidmatan awam?
I. Proses kerja yang jelas
II. Tahap keilmuan yang tinggi
III. Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
IV. Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
I dan III
I dan IV
II dan III
II dan IV
Yang manakah benar tentang tadbir urus yang baik?
Keputusan dibuat berdasarkan budi bicara
Ketelusan dalam perkongsian maklumat dan prosedur kerja
Penambahan masa perkhidmatan di kaunter dengan kerja lebih masa
Penambahan pegawai kerajaan yang mempunyai kelulusan ikhtisas dalam perkhidmatan
Tadbir urus yang terbaik dalam sektor awam adalah berteraskan prinsip
I. integriti
II. prosedur
III. budi bicara
IV. akauntabiliti
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang manakah tindakan untuk meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kaunter?
I. Memasang kamera litar tertutup
II. Menswastakan perkhidmatan kaunter
III. Meningkatkan keselesaan di ruang menunggu
IV. Memberikan latihan kepada pegawai khidmat pelanggan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Tadbir urus yang cekap bertujuan untuk
meningkatkan keupayaan kerajaan melaksanakan dasar
menambahkan sumber manusia berasaskan kelayakan
mengekalkan kerenah birokrasi dalam prosedur kerja
melaksanakan penguatkuasaan secara budi bicara
Yang manakah pernyataan yang boleh menjejaskan integriti tadbir urus yang baik?
Prosedur kerja yang kompleks
Kepimpinan yang bersifat terbuka
Penggunaan sumber yang maksimum
Struktur organisasi diperkemas dari semasa ke semasa
