NEW
Font size
Worksheetspstong - Penjodoh Bilangan Tahun 6_1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Semasa pulang ke kampung, ibu membawa beberapa __________ pakaian untuk dihadiahkan kepada nenek.
pasang
keping
bungkus
Emak menyediakan beberapa __________ sup untuk hidangan kami tengah hari ini.
senduk
pinggan
mangkuk
Puan Latifah menjahit beberapa __________ kain perca dengan menggunakan __________ benang emas sebagai alas meja.
carik ... sebuku
helai ... segulung
keping ... sehelai
cebis ... selembar
Batin Angah memikul __________ bambu untuk membuat lemang.
sebilah
seberkas
sepotong
serumpun
Se__________ rumah kedai dua tingkat di Jalan Hang Tuah telah hangus dalam kebakaran malam tadi.
deret
longgok
kumpulan
kelompok
Negarawan-negarawan asing telah membawa beberapa __________ bunga untuk diletakkan di Tugu Peringatan sebagai penghormatan kepada yang berjasa.
kalung
jambak
tangkai
jambangan
Emak menyulam __________ selendang dengan beberapa __________ benang emas.
sekayu ... urat
sehelai ... cebis
sehelai ... lembar
sepasang ... helai
Petani itu memikul beberapa __________ padi dengan __________ pengandar sambil berjalan di atas permatang.
gugus ... selaras
tangkai ... sebilah
gemal ... sebatang
jambak ... sekeping
Pak Samad menyirat __________ jala di bawah pokok kelapa.
serawan
sebidang
selembar
Tuk Wan makan beberapa __________ cempedak goreng yang masih rangup.
biji
ulas
pangsa
pinggan
Antara bintang-bintang yang bergemerlapan di langit, terdapat __________ Bintang Timur yang terang cahayanya.
sebuah
sebutir
setompok
sekelompok
Datuk mengirimkan beberapa __________ petai dan lima __________ durian dari kampung.
papan ... biji
butir ... gugus
ikat ... longgok
tangkai ... buah
Sultan Alauddin berjanji akan menganugerahkan sepuluh __________ wang emas kepada sesiapa yang dapat menangkap __________ penderhaka itu.
cekak ... sekawan
cebis ... sekumpulan
lembar ... sekelompok
uncang ... segerombolan
Hanya dengan sebuah perahu kecil yang mempunyai __________ layar, nelayan itu pergi ke laut untuk menangkap ikan.
sehelai
secebis
sebidang
selembar
Pemuda itu didenda kerana kesalahan membuang __________ rokok di dalam kawasan taman bunga.
puntung
batang
keping
buah
Semasa berjalan ke tapak semaian itu, Pak Dollah terkejut kerana benih-benih padinya telah dimakan oleh __________ burung.
sekawan
sepasukan
sekumpulan
segerombolan
Dia telah menjumpai __________ bom tangan lama semasa mencangkul tanah di kebun sayurnya.
sebutir
sebuah
sebiji
sedas
Puan Suzila mengelap kuah yang tertumpah di atas meja dengan __________ kain.
secebis
sekeping
sepasang
segumpal
Sebelum majlis peminangan itu dimulakan, wakil pihak lelaki menyampaikan beberapa __________ pantun.
buah
baris
potong
rangkap
Perdana Menteri telah mendeklamasikan __________ sajak ciptaannya pada malam 'Sekalung Budi' di Dewan Petaling Jaya semalam.
serangkap
sepotong
bilah
utas
