NEW
Font size
Worksheetspstong - Penjodoh Bilangan Tahun 6_2
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
__________ buah anggur beratnya boleh mencecah dua kilogram.
Sebiji
Segugus
Setompok
Selonggok
__________ gajah membuat persembahan yang sangat mengagumkan para penonton semasa pertunjukan sarkas itu.
Segugus
Sekawan
Sepasukan
Segerombolan
Siti Misha menerima __________ kalung mutiara kerana telah berjaya dalam peperiksaannya.
seurat
seuntai
sebentuk
serangkai
Beberapa __________ sawah Pak Karim telah siap dibajak.
deret
baris
ketul
relung
Pencari rotan itu membawa pulang beberapa __________ rotan manar dan __________ buah salak yang sudah masak.
ruas ... seulas
perdu ... sebiji
ikat ... setandan
rumpun ... setangkai
Pasukan keselamatan negara telah berjaya menewaskan __________ pengganas yang bersembunyi di Hutan Benom.
sepasukan
segugusan
sekumpulan
segerombolan
Ayah menghadiahkan __________ kalung mutiara dan __________ cincin berlian kepada ibu sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka.
seurat ... sebutir
seutas ... sebentuk
selingkar ... sebutir
seuntai ... sebentuk
Dia mengambil __________ perca kain untuk mengesat __________ dakwat yang tumpah di lantai.
sehelai ... setitik
secebis ... secubit
seutas ... sejemput
secarik ... setompok
Penyelam itu telah berjaya mendapatkan beberapa __________ mutiara daripada tiram yang dipeliharanya.
biji
utas
butir
bentuk
Hanya __________ penduduk Desa Suria yang keluar bergotong-royong untuk membersihkan kawasan tanah perkuburan itu.
secebis
segelintir
sepasukan
segenggam
Pada hari raya tahun lalu, ayah memberi hadiah kepada nenek __________ baju kurung dan beberapa __________ mutiara asli yang dibeli dari Sabah.
sehelai ... biji
sehelai ... buah
sepasang ... biji
sepasang ... butir
Kesan beberapa __________ cat masih terlekat di lantai semasa abang meletakkan __________ berus cat di situ.
titik ... sebuah
titik ... sebatang
titis ... sebentuk
tompok ... sebilah
Rohayu mengambil __________ beras dari genak itu lalu ditaburkan kepada anak-anak ayam.
secubit
secekak
sejemput
segenggam
Kastam berjaya merampas beribu-ribu __________ mercun yang hendak diseludup melalui pengkalan haram di Pengkalan Kubur.
papan
keping
bidang
kajang
Pulau Sipadan adalah antara __________ pulau yang mempunyai alam semula jadi yang menarik.
selonggok
kelompok
gugusan
helai
Ayah pergi ke tepi hutan dengan membawa __________ parang untuk mencari __________ kayu api.
sebilah ... seberkas
selaras ... selonggok
sebentuk ... setimbun
sebatang ... sepuntung
Penjual sate di Jalan Wakaf Bahru telah menjual beratus-ratus __________ sate dalam tempoh beberapa jam sahaja.
ketul
bilah
batang
cucuk
Tukang masak itu memasukkan __________ garam dan __________ asam ke dalam gulai ikan kelinya itu.
segengam ... sebiji
sebutir ... sepotong
secubit ... sekeping
sebungkus ... sebiji
Para peserta pertandingan deklamasi puisi itu dimestikan mengarang lima __________ pantun dan __________ sajak.
pasang ... sebaris
rangkap ... seuntai
buah ... serangkap
bentuk ... sepatah
Dalam longgokan lengkuas di jemuran rumah Mak Kiah terdapat __________ kunyit yang muda.
seruas
sekaki
serumpun
setongkol
