wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulum al-Quran Ting 2 (KKQ)

Total questions: 17

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Antara tahap pertama penulisan mushaf ialah

a)

tidak diletakkan titik dan baris

b)

diletakkan tanda-tanda baris pada semua huruf

c)

al-Quran dibaca dengan satu cara sahaja oleh umat Islam

d)

Abu Aswad ad-Du'ali memperkenalkan baris dalam bentuk kaedah titik

2.

"Ayat Madaniah diturunkan selepas hijrah walaupun bukan di Madinah"

Pilih pernyataan yang benar mengenai tanda-tanda ayat Madaniah

a)

menjelaskan soal akidah

b)

mengandungi ayat-ayat pendek

c)

menjelaskan soal akhlak

d)

mengandungi keizinan atau perintah perang

3.

"Ulamak berselisih pendapat mengenai ayat pertama yang diturunkan"

Berikut adalah pendapat ulamak mengenai ayat pertama yang diturunkan KECUALI

a)

Surah al-Baqarah ayat 278

b)

Surah al-Fatihah ayat 1-7

c)

Surah al-Muddathir ayat 1-5

d)

Surah al-A'laq ayat 1-5

4.

"Para sahabat memberi tumpuan terhadap al-Quran"

Pilih pernyataan yang tidak benar berkenaan amalan sahabat terhadap al-Quran.

a)

Beberapa orang sahabat dilantik menjadi guru al-Quran

b)

Sanggup berjaga malam semata-mata untuk menghafaz al-Quran

c)

Mereka seakan-akan bertanding untuk mengingati al-Quran

d)

Mereka mengadakan pertandingan tilawah al-Quran

5.

Pilih faktor al-Quran ditulis semula pada zaman Saidina Abu Bakar

i. Mengekang gejala murtad

ii. Hasil cadangan Saidina Uthman b Affan

iii. Ramai sahabat terkorban dalam Peperangan Yamamah

iv. Saidina Abu Bakar bimbang berlaku penyelewengan dalam penyusunan al-Quran

a)

i dan ii

b)

i dan iii

c)

iii dan iv

d)

ii dan iv

6.

Apakah tindakan Rasulullah SAW selepas menerima wahyu daripada Malaikat Jibril?

a)

Menghafaz dan mentadabbur kepada para sahabat

b)

Menghafaz dan membacakannya kepada para sahabat

c)

Menghafaz dan memerintahkan para sahabat menulis

d)

Menulis ayat al-Quran dan membacakannya kepada para sahabat

7.

Pilih jawapan yang tepat mengenai mengenai tanda-tanda ayat Makkiyah.

a)

Ayat-ayat yang menerangkan hukum syariah

b)

Ayat-ayat yang mengandungi keizinan berperang

c)

Ayat-ayat yang menceritakan kisah orang munafik

d)

Ayat-ayat yang menjelaskan persoalan akidah dan akhlak

8.

X ialah.......

a)

Zaman Abu Bakar as-Siddiq

b)

Zaman Umar al-Khattab

c)

Zaman Ali Abi Talib

d)

Zaman Mu'awiyyah b Abi Sufyan

9.

Haram menyalahi tulisan mushaf Uthmani baik pada "و" atau "ا" atau "ي" selain daripada itu.

Pernyataan di atas merujuk kepada pendapat......

a)

Imam Hanafi

b)

Imam Malik

c)

Imam Syafie

d)

Imam Ahmad b Hanbal

10.

Siapakah yang mencadangkan supaya al-Quran ditulis dalam bentuk mushaf pada zaman Saidina Abu Bakar?

a)

Saidina Umar al-Khattab

b)

Zaid bin Thabit

c)

Saidina Uthman b Affan

d)

Saidina Ali bin Abi Talib

11.

"Al-Quran yang telah disusun pada zaman Saidina Abu Bakar telah disimpan oleh khalifah kedua iaitu Saidina Umar al-Khattab, kemudian disimpan pula oleh anak perempuannya"

Siapakah anak perempuannya?

a)

Fatimah binti Umar al Khattab

b)

Hafsah binti Umar al-Khattab

c)

Asma' binti Umar al-Khattab

d)

Juwairiyah binti Umar al-Khattab

12.

Pendapat yang paling rajih tentang ayat terakhir yang diturunkan ialah......

a)
b)
c)
d)
13.

Al-Quran telah diedarkan ke wilayah-wilayah Islam bersama seorang guru KECUALI

a)

Mekah

b)

Syam

c)

Basrah

d)

Parsi

14.

Faktor utama ayat-ayat al-Quran ditulis semula pada zaman Khulafa' ar-Rasyidin yang ketiga ialah

a)

memudahkan khalifah membuat rujukan

b)

terdapatnya perbezaan bacaan dalam kalangan sahabat

c)

penulisan al-Quran pada zaman Rasulullah hanya pada pelepah tamar

d)

penulisan al-Quran pada zaman Saidina Abu Bakar tidak mutawatir

15.

Mushaf al-Quran yang disimpan oleh khulafa Uthman bin Affan dikenali dengan nama

a)

Mushaf al-Kufi

b)

Mushaf al-Makki

c)

Mushaf al-Imam

d)

Mushaf al-Madani

16.

Siapakah yang bertanggung jawab dalam meletakkan titik pada huruf-huruf al-Quran?

a)

Yahya bin Yu'mar dan Nasr bin 'Asim al-Laithi

b)

Abu Aswad ad-Dualli dan Nasr bin 'Asim

c)

Abu Aswad ad-Dualli dan Yahya bin Yu'mar

d)

Nasr bin 'Asim dan Zaid bin Thabit

17.

Berapakah bilangan mushaf yang telah disempurnakan oleh jawatankuasa penulisan al-Quran pada zaman khalifah Uthman?

a)

sebuah mushaf

b)

empat buah mushaf

c)

enam buah mushaf

d)

dua buah mushaf