wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KONSEP ASAS ISLAM

Total questions: 25

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Allah Taala telah anugerahkan pelbagai keistimewaan kepada __________ untuk melaksanakan _____________ yang diamanahkan.

a)

manusia / kerja

b)

makhluk / kerja

c)

manusia / tanggungjawab

d)

manusia / urusan

2.

Islam ialah _______ yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia.

a)

An-Nas

b)

Ad-Din

c)

Ad-Dunia

d)

Al-Akhirat

3.

Ad-Din merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia iaitu

a)

Aqidah

b)

Syariah

c)

Akhlak

d)

Semua di atas

4.

Apakah bukti ketundukan kepada Allah Taala ?

a)

Penuh paksaan dan tidak bersyukur

b)

Redha menerima agamaNya diikuti dengan penuh kesedaran

c)

Melakukan amalan kerana malu pada manusia lain

d)

Berserah pada takdir tanpa apa-apa usaha

5.

Dharuriyyat merujuk kepada ....

a)

Perkara asas dunia seperti makan, minum dan tidur.

b)

Perkara asas akhirat seperti balasan syurga dan neraka.

c)

Perkara dunia tanpa sempadan

d)

Perkara asas dunia dan akhirat seperti akal, agama, nyawa, keturunan dan harta.

6.

Hajiyyat merujuk kepada ...

a)

Perkara yang diperlukan oleh orang yang memerlukan sahaja.

b)

Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup.

c)

Perkara yang tidak diperlukan oleh sesiapa.

d)

Perkara yang tidak diperlukan oleh manusia untuk hidup.

7.

Tahsiniyyat merujuk kepada ...

a)

Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup lebih mulia.

b)

Perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup susah.

c)

Perkara yang tidak diperlukan oleh manusia untuk hidup.

d)

Perkara yang diperlukan untuk alam semesta sahaja.

8.

Maksud aqidah dari segi bahasa ialah

a)

sampulan

b)

simpulan

c)

simpanan

d)

sampukan

9.

Maksud aqidah dari segi istilah ialah

a)

kepercayaan dan keyakinan yang biasa sahaja kepada kewujudan dan keesaan Allah Taala.

b)

kepercayaan dan keyakinan yang bersungguh-sungguh kepada ketiadaan Allah Taala.

c)

kepercayaan dan keyakinan yang bersungguh-sungguh kepada kewujudan dan keesaan Allah Taala.

d)

kurang yakin dengan kewujudan dan keesaan Allah dan hidup tanpa pegangan agama

10.

Apakah maksud perkara samiyyat ?

a)

Perkara-perkara ghaib

b)

Perkara-perkara yang tidak pernah wujud

11.

Rukun Iman ada berapa perkara ?

a)

6

b)

5

c)

7

d)

4

12.

Syahadah kepada Allah bermaksud mentauhidkan Allah dengan ...

a)

Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma' Wa Sifah

b)

Tauhid Hajiyyah, Tauhid Rububiyyah dan Tauhid Sifah

c)

Tauhid Rububiyyah, Tauhid Tahsiniyyat, Tauhid Asma

d)

Tauhid Uluhiyyah, Tauhid Asma Wa Sifah

13.

"Pengakuan dan kepatuhan bahawa Allah Taala sahaja yang layak disembah dengan sebenarnya dan diserahkan pengabdian diri kepadaNya semata-mata"


Ini merujuk kepada jenis tauhid ...

a)

Tauhid Uluhiyyah

b)

Tauhid Rububiyyah

c)

Tauhid Asma Wa Sifah

d)

Tauhid Rubiyyah dan Asma Wa Sifah

14.

Manakah antara berikut yang BENAR mengenai Kitab Allah...

a)

Kitab Zabur + Nabi Daud A.S

b)

Kitab Taurat + Nabi Musa A.S

c)

Kitab Injil + NabiIsa A.S

d)

Kitab Al-Quran + Nabi Muhammad SAW

e)

Semua di atas adalah benar

15.

Maqasid Syariah ialah memelihara lima perkara asas kepada kehidupan manusia iaitu ....

a)

agama, nyawa, akal, makanan, harta.

b)

agama, tubuh badan, akal, maruah, harta.

c)

agama, nyawa, akal, maruah, barangan peribadi.

d)

agama, nyawa, akal, maruah, harta.

16.

Cabaran utama dalam membentuk akhlak ialah hawa nafsu. Nafsu terbahagi kepada tiga iaitu ...


(Pilihan jawapan adalah multiple)

a)

Ammarah

b)

Lawwahah

c)

Lawwamah

d)

Mutmainnah

17.

"Seorang lelaki dan perempuan yang tinggal bersama atau sebumbung tanpa ikatan pernikahan yang sah atau tanpa sebarang hubungan mahram"


Ini merupakan takrifan bagi...

a)

Sumbang mahram

b)

Bersekedudukan

c)

Silaturrahim

d)

Hedonisme

18.

Definisi solat dari segi syarak ialah ...

a)

Perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan niat dan diakhiri dengan salam kedua dengan syarat tertentu

b)

Perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram serta niat dan diakhiri dengan tahiyyat akhir

c)

Perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram serta niat dan diakhiri dengan salam kedua

d)

Perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbiratulihram serta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat tertentu

19.

Rukun solat ada berapa perkara ?

a)

13

b)

12

c)

11

d)

14

20.

Umar sedang menunaikan solat subuh. Beliau sering menggerakkan kelopak mata ketika solat. Adakah solat Umar sah ?

a)

Sah

b)

Tidak sah

21.

Mengamalkan cara hidup Islam banyak memberikan impak kepada individu. Mementingkan pengurusan masa ialah salah satu faktor utama untuk ....

a)

tidak buang tabiat

b)

menjaga kebersihan

c)

mendisiplinkan diri

d)

membazir masa

22.

"Satu fahaman yang memisahkan dan mengasingkan urusan kehidupan dengan akhirat dalam semua aspek"


Fahaman ini merujuk kepada ...

a)

Sekularisme

b)

Liberalisme

c)

Pluralisme

d)

Ajaran Sesat

23.

"Satu fahaman yang menganggap semua agama adalah sama bagi seorang individu"


Fahaman ini merujuk kepada ....

a)

Sekularisme

b)

Pluralisme

c)

Liberalisme

d)

Ajaran Sesat

24.

"Kebebasan untuk memilih agama dan mengamalkan apa yang dipercayainya selaras dengan prinsip rasional seseorang"


Fahaman ini merujuk kepada ...

a)

Sekularisme

b)

Pluralisme

c)

Liberalisme

d)

Ajaran Sesat

25.

"Amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan orang Islam yang mendakwa bahawa amalan tersebut adalah berdasarkan Islam tetapi hakikatnya bertentangan dengan Islam"


Fahaman ini merujuk kepada ...

a)

Sekularisme

b)

Pluralisme

c)

Liberalisme

d)

Ajaran sesat