wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Semester 1 STPM - Bahasa Melayu Klasik (2)

Total questions: 15

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang pada

a)

abad ketujuh Masihi

b)

abad kesembilan belas Masihi

c)

zaman perkembangan Islam di Nusantara

d)

zaman kerajaan Melayu Sriwijaya dan Majapahit

2.

Yang manakah BUKAN bukti kewujudan bahasa Melayu klasik?

a)

Batu bersurat

b)

Surat raja-raja Melayu

c)

Tulisan pada kulit-kulit kayu

d)

Naskhah undang-undang lama

3.

Yang manakah termasuk dalam golongan hukum kanun?

a)

Sejarah Melayu

b)

Undang-undang Kedah

c)

Syair Singapura Terbakar

d)

Undang-undang 99 Perak

4.

Yang manakah ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Menggunakan bahasa Sanskrit

b)

Banyak terdapat perkataan Jawa

c)

Penggunaan ayat songsang dan ayat pasif

d)

Menceritakan hal perkembangan kerajaan Sriwijaya

5.

Naskhah sastera klasik yang menceritakan sejarah raja-raja Melayu Perak ialah

a)

Misa Melayu

b)

Sejarah Melayu

c)

Hikayat Melayu

d)

Sulalatus Salatin

6.

Imbuhan yang manakah digunakan semasa perkembangan bahasa Melayu klasik?

a)

mar-

b)

diper-

c)

mang-...-i

d)

par-...-an

7.

Yang manakah kata bahasa istana yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik?


I Prasida

II Beradu

III Bersiram

IV Sawarsa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

d)

II dan IV

8.

Yang manakah BUKAN ciri bahasa Melayu klasik?

a)

Menggunakan tulisan Jawi

b)

Penggunaan kata pangkal ayat

c)

Binaan ayat mengikut struktur bahasa Arab

d)

Mengalami perancangan bahasa yang sistematik

9.

Satu daripada masalah yang dialami dalam penggunaan tulisan Jawi ialah

a)

menggunakan vokal

b)

mempunyai homograf

c)

terdapat tanda diakritik

d)

saingan daripada tulisan Rumi

10.

Perkataan yang manakah mengandungi huruf Jawi yang ditambah semasa perkembangan tulisan itu di Malaysia?


I Kaca

II Bunga

III Kalaulah

IV Syarahan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.

Yang manakah fungsi bahasa Melayu klasik?

a)

Bahasa pengantar

b)

Bahasa kebangsaan

c)

Bahasa pentadbiran

d)

Bahasa antarabangsa

12.

Batu bersurat yang mengandungi bahasa Melayu klasik ialah


I batu bersurat Kedukan Bukit

II batu bersurat Talang Tuwo

III batu bersurat Sungai Teresat

IV batu bersurat Pagar Ruyung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Yang manakah naskhah undang-undang yang paling awal wujud di Semenanjung Melayu?

a)

Hukum Kanun Melaka

b)

Hukum Kanun Pahang

c)

Undang-undang Johor

d)

Undang-undang Kedah

14.

Apakah yang terkandung dalam pengukiran batu bersurat Terengganu?

a)

Warta dan doa dalam bentuk sajak

b)

Perintah raja yang bertulis dalam huruf India

c)

Perintah supaya orang-orang besar mematuhi ajaran Islam

d)

Susun lapis dan peraturan hidup dalam masyarakat Melayu lama

15.

"Hikayat Hang Tuah" termasuk dalam kategori

a)

hukum kanun

b)

sastera klasik

c)

batu bersurat

d)

surat raja Melayu