wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SEJARAH SARAWAK 2018

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah sungai menjadi pilihan penempatan tamadun awal?

a)

Kedatangan pedagang

b)

Kubu untuk pertahanan

c)

Kemajuan pelabuhan

d)

Kesuburan tanah

2.

Pada pengetahuan sejarah anda apakah persamaan undang-undang di atas?

a)

Hukuman berdasarkan keturunan

b)

Rakyat berhak mendapat keadilan

c)

Seseorang tidak bersalah tanpa bukti

d)

Hukuman berteraskan legalisme

3.

Mengapakah tokoh di atas sangat penting dalam perkembangan tamadun awal?

a)

Membina empayar yang kuat

b)

Mencipta monumen yang hebat

c)

Menjalankan perdagangan laut

d)

Memahat undang-undang pada tiang

4.

Apakah kepentingan peperangan ini dalam sejarah dan tamadun India?

a)

Pertukaran sistem kerajaan

b)

Penyebaran agama Buddha

c)

Pembinaan empayar India

d)

Penyingkiran Raja Asoka

5.

Kerajaan Funan merupakan kerajaan agraria yang berubah menjadi kerajaan maritim. Apakah faktor yang menyebabkan perubahan ini?

I Mempunyai kawasan pertanian

II Pemerintah yang berwibawa

III Kedudukan pelabuhan strategik

IV Terlindung daripada tiupan angin monsun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

6.

Bagaimanakah konsep tersebut dapat memanfaatkan kedua-dua pihak?

a)

Pertukaran barang dagangan

b)

Pembekalan pekerja mahir

c)

Perkahwinan kerabat diraja

d)

Perpindahan beramai-ramai

7.

Perang al-Basus telah berlaku selama empat puluh tahun yang melibatkan Bani Bakar dengan Bani Taghlib.

Apakah sebab utama perang itu berlaku?

a)

Perebutan kawasan perdagangan

b)

Menguasai telaga zamzam

c)

Pembunuhan ahli kabilah

d)

Mempertahan kota Mekah

8.

Keengganan Nabi Muhamad S.A.W menghentikan dakwah islamiah di Kota Mekah telah menyebabkan orang Quraisy mengadakan pemulauan. Pada pendapat anda, bagaimanakah pemulauan tersebut dilakukan?

I Tidak dibenarkan keluar dari Kota Mekah

II Tidak dibenarkan bercucuk tanam di Kota Mekah

III Tidak dibenarkan mengahwini keluarga Nabi Muhamad S.A.W

IV Tidak dibenarkan menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi Muhamad S.A.W

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah peranan tokoh-tokoh di atas dalam sejarah perkembangan islam?

a)

Menyebarkan islam ke Taif

b)

Membantu proses hijrah

c)

Membuka kota Madinah

d)

Memerangi orang Quraisy

10.

Mengapakah orang islam menguasai Kota Mekah selepas Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani?

a)

Menyelesaikan perbalahan orang Quraisy

b)

Memberi keadilan terhadap orang islam

c)

Meningkatkan ekonomi Kota Mekah

d)

Masyarakat Quraisy membunuh Bani Khuzaah

11.

Bagaimanakah kerajaan Bani Umaiyah memastikan keberkesanan sistem pentadbiran kerajaannya yang luas?

a)

Memberikan gaji lumayan

b)

Melantik pegawai tentera

c)

Melantik gabenor wilayah

d)

Membina kubu pertahanan

12.

Kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah juga adalah disebabkan oleh ketidakpuasan hati golongan mawali terhadap pemerintahan Bani Umaiyah.

Pada pengetahuan anda, apakah perkara yang tidak memuaskan hati itu?

a)

Tidak mendapat jawatan sewajarnya

b)

Dilarang terlibat dalam ekonomi

c)

Kurang mendapat bantuan

d)

Tiada pendidikan forma

13.

Apakah kepentingan masjid tersebut kepada kerajaan islam di Demak, Pulau Jawa?

a)

Pusat perkembangan ilmu

b)

Pusat perbincangan ulam a

c)

Pusat pemerintahan islam

d)

Pusat dakwah islamiah

14.

Penyataan di atas merupakan teori kedatangan islam ke Asia Tenggara. Apakah persamaan teori tersebut?

a)

Golongan ulama mengislamkan raja

b)

Penempatan awal di Sumatera

c)

Islam dibawa oleh pedagang

d)

Persamaan bahan penulisan

15.

Apakah peranan istana Melaka semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur Shah?

a)

Pusat penterjemahan

b)

Pusat pengajian agama

c)

Pusat pentadbiran madrasah

d)

Pusat pengislaman golongan diraja

16.

Apakah yang hendak disampaikan oleh pendidikan tidak formal di atas?

a)

Menjadi hiburan selepas menuai padi

b)

Menerapkan nilai dan budaya murni

c)

Mengajar semangat assabiah

d)

Mencerminkan keindahan bahasa

17.

Kepesatan aktiviti perdagangan di Itali telah membawa kepada kemunculan golongan pedagang kaya iaitu patron.

Bagaimanakah golongan patron menggunakan kekayaan mereka?

a)

Menggalakkan penterjemahan

b)

Mencipta teknologi canggih

c)

Membiayai penerokaan luar

d)

Menaungi golongan cendekiawan

18.

Apakah pengajaran penting yang kita raih daripada Zaman Renaissance di Eropah?

I Membina bandar yang indah

II Mempunyai semangat inkuiri

III Meneroka pelbagai bidang baru

IV Menyekat perluasan kuasa negara barat

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah faktor yang menyebabkan British memperkenalkan enakmen tersebut?

a)

Mengawal kedatangan buruh Cina

b)

Menyekat kesan pengaruh komunis

c)

Menseimbangkan pertumbuhan sekolah

d)

Memberikan nilai komersial kepada sekolah

20.

Pada awal abad ke-20, industri perlombongan bijih timah telah dikuasai oleh pelombong dan pemodal dari Eropah?

Bagaimanakah mereka mampu menguasai sektor tersebut?

a)

Memberikan cukai rendah

b)

Menggalakkan penerokaan

c)

Melombong secara paksaan

d)

Memperkenalkan kapal korek

21.

Mengapakah pengenalan akta tersebut mendapat tentangan daripada rakyat Burma ?

a)

Menggalakkan pendidikan moden

b)

Menghapuskan pentadbiran tradisional

c)

Melenyapkan pendidikan tradisional

d)

Mengekalkan sistem pemerintahan beraja

22.

Gambar di atas merupakan tokoh yang berperanan penting dalam mengekalkan kedaulatan negara Thailand.

Apakah sumbangan mereka terhadap Thailand?

a)

Meningkatkan pendidikan barat

b)

Mengamalkan dasar tertutup

c)

Memperkenalkan birokrasi barat

d)

Meminta perlindungan British

23.

Mengapakah Gerakan Islah terpaksa berpindah ke Negeri-negeri Selat?

a)

Menuntut pembaharuan

b)

Menentang sekularisme barat

c)

Melancarkan pemberontakan

d)

Mengkritik raja dan pembesar Melayu

24.

Mengapakah Kaum Tua menentang perjuangan Kaum Muda di Tanah Melayu?

a)

Tiada pendidikan

b)

Hilang kepercayaan

c)

Pertentangan fahaman

d)

Menolak pembaharuan

25.

Dalam sistem pentadbiran tradisional, raja bertanggungjawab menjamin keselamatan rakyat dan sebagai balasan rakyat akan memberikan kesetiaan.

Mengapakah kesetiaan sangat penting kepada pentadbiran kerajaan Melayu tradisional?

a)

Sumpah tidak menderhaka

b)

Mengembangkan empayar

c)

Mengukuhkan kedudukan

d)

Sempadan kerajaan

26.

Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas dalam membentuk negara bangsa moden di Eropah?

a)

Mengamalkan sistem realpolitik

b)

Memperkuatkan angkatan tentera

c)

Memperkenalkan dasar monarki

d)

Meningkatkan ekonomi negara

27.

Mengapakah Perlembagaan 1941 menjadi tuntutan kepada rakyat Sarawak semasa menentang British?

a)

Penguasaan ekonomi rakyat

b)

Pemilikan pelaburan pribumi

c)

Pembentukan kerajaan sendiri

d)

Pembentukan kerajaan campuran

28.

Apakah persamaan taktik tokoh di atas?

a)

Menggunakan nama sultan

b)

Menggunakan tipu muslihat

c)

Menghasut pembesar-pembesar negeri

d)

Menentang penyerahan negeri kepada British

29.

Pada tahun 1955, pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan [MPP] telah diadakan di Tanah Melayu dan dimenangi oleh Parti Perikatan.

Apakah faktor kemenangan Parti Perikatan dalam pilihan raya tersebut?

a)

Manifesto yang berkesan

b)

Menjamin kepentingan orang Melayu

c)

Mengekalkan pentadbiran cara barat

d)

Menggalakkan penubuhan pelbagai parti

30.

Mengapakah Suruhanjaya Reid dibentuk pada tahun 1956?

a)

Menyusun perlembagaan negara

b)

Mendapatkan pandangan rakyat

c)

Menyediakan pendidikan percuma

d)

Mengatasi masalah perpaduan kaum

31.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Apakah kandungan perjanjian tersebut?

I Pentadbiran republik diperkenalkan

II Kerajaan Persekutuan kuat dibentuk

IIITanah Simpanan Melayu dikekalkan

IV Ketua Menteri menjadi ketua negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Indonesia telah melancarkan kempen Ganyang Malaysia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia pada tahun 1963? Mengapakah Indonesia menentang keras pembentukan Malaysia?

a)

Menentang idea komunisme

b)

Menentang dasar neokolonialisme

c)

Menentang penjajahan terhadap Sabah

d)

Menentang penyatuan negeri-negeri Melayu

33.

Pelbagai langkah telah diusahakan oleh Tunku Abdul Rahman untuk merealisasikan penubuhan Malaysia.

Apakah peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum [ JPPK] 1961?

a)

Mengumpul pandangan rakyat

b)

Melantik menteri dan Exco negeri

c)

Menjalankan pilihanraya negeri

d)

Menggubal perlembagaan negara

34.

Mengapakah lambang tersebut sangat penting kepada negara Malaysia?

a)

Lambang kekuatan

b)

Lambang keindahan

c)

Lambang kemegahan

d)

Lambang kesuburan

35.

Malaysia mengamalkan pengagihan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Apakah bidang kuasa bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?

a)

Hiburan awam - Pelajaran

b)

Biasiswa - Hal ehwal luar negeri

c)

Hari cuti negeri - Kesihatan dan kebersihan awam

d)

Parit dan tali air - Taman Negara

36.

Apakah persamaan peranan kedua-dua agensi di atas?

a)

Menyediakan pinjaman modal perniagaan

b)

Membuka premis perniagaan kepada rakyat

c)

Membangunkan ekonomi penduduk luar bandar

d)

Membangunkan ekonomi dan prasarana kawasan bandar

37.

Dasar Pertanian Negara [DPN] telah dilancarkan pada 12 Januari 1984 untuk meningkatkan sektor pertanian ke tahap yang maksimum. Bagaimanakah dasar ini dapat mencapai matlamatnya?

a)

Menggalakkan pensyarikatan

b)

Memperkenalkan pembangunan in-situ

c)

Melancarkan program pelaburan pertanian

d)

Mengawal penglibatan sektor swasta

38.

Mengapakah Rancangan Malaya Pertama [1956-1960] telah gagal pelaksanaannya?

a)

Ancaman komunis

b)

Ketiadaan pelabur

c)

Teknologi rendah

d)

Rusuhan kaum

39.

Apakah kepentingan konsep Zone of Peace, Free and Neutrality [ ZOPFAN] ke atas negara –negara Asia Tenggara?

a)

Menerima pengaruh kuasa-kuasa besar

b)

Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik

c)

Menjadi laluan dan pusat perdagangan dunia

d)

Menjamin hubungan yang erat dengan blok Timur

40.

Malaysia menyedari kepentingan ICT dan telah berusaha untuk mencapainya dengan menyediakan prasarana untuk kegunaan jangka masa panjang.

Apakah usaha tersebut?

a)

Membina sekolah wawasan

b)

Membangunkan Bandar Putrajaya

c)

Melancarkan Koridor Raya Multimedia

d)

Mempertingkatkan k-ekonomi dan k-masyarakat