WorksheetsPERIBAHASA (DIDIK 6 OGOS 2018)
Total questions: 15
Worksheet time: 10mins
Puan Salmah berasa ___________ dengan sikap anak-anaknya yang jarang menjenguknya di kampung.
buta hati
gelap hati
jauh hati
ada hati
Pasukan bola sepak itu terpaksa memilih pemain secara _____________ sahaja kerana kesuntukan masa untuk perlawanan itu.
bidan terjun
serkap jarang
membuta tuli
tangkap muat
Pak Yahya digelar ____________ oleh penduduk kampung kerana dia selalu memeras ugut para nelayan yang menyewa bot-botnya.
lintah darat
cekik darah
lipas kudung
paku belanda
Encik Azmi menjadi _____________ apabila ditawarkan habuan ribuan ringgit jika beliau meluluskan projek tersebut.
gelap mata
makan suap
bunga dedap
menongkat langit
Anak-anak Puan Anita semuanya _____________ kerana mudah menerima pelajaran yang diajarkan oleh guru-guru.
cekal hati
terang hati
lembut hati
makan hati
Sebagai seorang perantau, kita hendaklah menghormati adat resam penduduk setempat kerana _____________.
di mana ada gula, di situ ada semut
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
Lengkapkan peribahasa berikut :
Kalau tidak dipecahkan ruyung, _________________________.
lama-lama menjadi kain
manakan dapat sagunya
bulat manusia kerana muafakat
Sehari selembar benang , __________________________.
manakan dapat sagunya
lama-lama menjadi kain
bulat manusia kerana muafakat
Lengkapkan peribahasa berikut :
Bulat air kerana pembentung , _________________
manakan dapat sagunya
lama-lama menjadi kain
bulat manusia kerana muafakat
Maksud perumpamaan di bawah ialah :
Bagai aur dengan tebing
Tolong-menolong atau bantu-membantu antara satu sama lain (hubungan yang baik)
Orang yang tidak tahu mengenang budi
Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh
Pilih perumpamaan yang sesuai :
Orang yang tidak tahu mengenang budi.
Bagai aur dengan tebing
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai melepaskan batuk di tangga
Pilih perumpamaan yang sesuai :
Melakukan sesuatu dengan tidak bersungguh-sungguh.
Bagai aur dengan tebing
Bagai kacang lupakan kulit
Bagai melepaskan batuk di tangga
Pilih pepatah yang sesuai :
Bagaimana ibu bapa, begitulah juga anak-anaknya. Perkara yang mengikut asalnya.
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Ikut resmi padi, makin berisi semakin tunduk
Berani kerana benar, takut kerana salah
Maksud bidalan :
Alah bisa tegal biasa
Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
Perkara yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan
Maksud bidalan :
Indah khabar daripada rupa
Perkara yang susah akan menjadi mudah jika selalu dilakukan.
Perkhabaran yang selalu dilebih-lebihkan daripada keadaan yang sebenarnya.
