Font size
WorksheetsPerniagaan F4 Set 1
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?
Pembuatan
Penternakan
Pemasangan
Pengangkutan
Pasar Raya Murnimenjual pelbagai barang keperluan harian. Syarikat Logistik Gempak menyediakan penghantaran barang untuk pelanggannya.
Antara yang berikut, yang manakah tujuan perniagaan sesuai dengan situasi di atas?
Menawarkan barang pada harga kos
Menawarkan barang secara percuma
Menawarkan barang atau perkhidmatan
Menawarkan barang di bawah harga kos
Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?
Menambah kos perbelanjaan
Meningkatkan imej perniagaan
Untuk mengembangkan perniagaan
Meningkatkan kadar bayaran cukai
Kerajaan memberi subsidi minyak agar harga minyak di pasaran tidak meningkat secara berterusan. Apakah kaedah perniagaan yang digunakan?
Jualan pada harga di bawah kos
Jualan pada harga kos
Jualan pada harga di atas kos
Wina ingin memulakan perniagaan pakaian secara kecil-kecilan. Apakah kelebihan jenis pemilikan perniagaan tersebut?
Kemahiran yang pelbagai
Kos penubuhan yang rendah
Mudah mendapat keuntungan
Menanggung risiko bersama dengan pelanggan
Antara yang berikut, aspek yang manakah menerangkan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?
Jangka hayat pendek
Liabiliti terhad
Mudah ditubuhkan
Encik Lim berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran dalam bentuk royalti. Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Arif dengan menjalankan perniagaan tersebut?
Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual
Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah
Perniagaan boleh dilakukan secara berterusan
Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor
Pernyataan yang manakah benar tentang sektor ketiga?
Membekalkan perkhidmatan tertentu kepada pengguna
Melibatkan pembinaan dan pemasangan barang
Memproses bahan mentah untuk menjadikan barang separuh siap
Mendapatkan sumber semula jadi untuk mengeluarkan bahan mentah
Deflasi merupakan satu keadaan
Pengurangan import barang dan perkhidmatan secara berterusan
Penambahan import barang dan perkhidmatan secara berterusan
Kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Gaya pengurusan yang menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dikenal sebagai
Gaya pengurusan sokongan
Gaya pengurusan autokratik
Gaya pengurusan sederhana
Gaya pengurusan laisez-faire
"Faktor dalaman yang membawa kesan negatif kepada perniagaan seperti kekurangan kepakaran".
Menurut SWOT, faktor di atas dikenal sebagai
Peluang
Ancaman
Kekuatan
Kelemahan
Apakah maksud visi perniagaan?
Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
.Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?
Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi
Terdiri daripada objektif fungsian dan objektif bahagian
Antara yang berikut, yang manakah merupakan organisasi bermotifkan untung?
Majlis Belia Malaysia
Syarikat Pertiwi KK Sdn.Bhd.
Kedai Makanan Sedap Mak Kunir
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Sara
"Objektif yang dibentuk mempunyai peluang atau tidak mustahil untuk dicapai"
Apakah ciri-ciri SMART tersebut?
Spesifik
Munasabah
Jangka masa
Boleh diukur
Butiran yang manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kilang
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Antara yang berikut, yang manakah faktor dalaman yang boleh mempengaruhi perubahan visi, misi, dan objektif perniagaan?
Sumber manusia
Pemasaran
Kewangan
Pernyataan yang manakah merupakan peranan bahagian fungsian jualan?
Menyediakan sebut harga barang yang dijual
Mengenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan
Membuat promosi melalui pelbagai media komunikasi
Pernyataan yang manakah merupakan maksud pembangunan produk baharu?
Mencari pasaran baharu untuk produk sedia ada
Memperkenalkan produk baharu untuk pasaran lama
Memasuki pasaran yang berlainan dengan pasaran lama
Meningkatkan jualan produk sedia ada dalam pasaran lama
Mengapakah penggunaan e-mel sangat penting kepada sesebuah organisasi?
Meningkatkan komunikasi di kalangan pekerja
Maklumat yang disampaikan dengan e-mel lebih tepat
Maklumat perniagaan boleh dihantar dengan mudah dan cepat
Mengurangkan gangguan yang berlaku dalam proses komunikasi
